Dalam tawa kita, ada hati yang menahan sebak, ada air mata yang tak terbendung menerima perkhabaran pilu.
Pagi khamis, langit turut berduka seolah mengerti akan perginya mereka di gedung ilmu itu. Tempat mulia, sedangkan kita tidak tahu pengakhiran kita nantinya bagaimana.
Hendak mengharap kalian tabah, aku juga tidak setabah itu. Hanya mampu mendoakan mereka di berikan tempat sebaiknya di sisi Yang Esa.
Salam takziah, Al fatihah buat anak anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat.
Insan kerdil,
Jastia Taza
#CoretanJas
Khamis, 14 September 2017
Selasa, 15 Ogos 2017
Ikan Kembung Air Asam
Resepi ni yang paling simple dan mudah nak buat. Balik kerja laju laju masuk dapur masak lauk ni.
Ikan kembung Air Asam untuk makan malam ni. Satu lauk ja dah cukup, makan dengan nasik panas.
Bahan bahan :
3 ekor ikan kembung
3 biji tomato
2 biji limau kasturi
Cili padi (tumbuk kasar)
Secawan Air asam
Sedikit belacan
Gula
Garam
Cara cara :
1) Rebus ikan kembung, tos dan masukkan dalam bekas
2) tumbuk cili padi, kemudian satukan dengan tomato yang dipotong dadu dalam satu bekas.
3) Campurkan air asam, perahan limau kasturi, belacan gula dan garam.
4) Lepas dah sebati semua bahan, tuangkan ke dalam bekas yang berisi ikan tadi. Siap.
Ikan kembung Air Asam untuk makan malam ni. Satu lauk ja dah cukup, makan dengan nasik panas.
Bahan bahan :
3 ekor ikan kembung
3 biji tomato
2 biji limau kasturi
Cili padi (tumbuk kasar)
Secawan Air asam
Sedikit belacan
Gula
Garam
Cara cara :
1) Rebus ikan kembung, tos dan masukkan dalam bekas
2) tumbuk cili padi, kemudian satukan dengan tomato yang dipotong dadu dalam satu bekas.
3) Campurkan air asam, perahan limau kasturi, belacan gula dan garam.
4) Lepas dah sebati semua bahan, tuangkan ke dalam bekas yang berisi ikan tadi. Siap.
Satu lauk dah cukup 😍
Come back
Assalamualaikum
Last Update : 30/10/2015
Hari ini 15/08/2017
Betul sudah sampir dua tahun tidak berupdate blog ni,
Jika di izinkan dan ada sedikit masa akan ku mulakan semula berkongsi cerita di sini.
Buat kawan kawan semua. ada kelapangan waktu nanti akan ku jejak rumah kalian.
salam mesra dariku.
salam ukhwah dari kejauhan
Last Update : 30/10/2015
Hari ini 15/08/2017
Betul sudah sampir dua tahun tidak berupdate blog ni,
Jika di izinkan dan ada sedikit masa akan ku mulakan semula berkongsi cerita di sini.
Buat kawan kawan semua. ada kelapangan waktu nanti akan ku jejak rumah kalian.
salam mesra dariku.
salam ukhwah dari kejauhan
Jumaat, 30 Oktober 2015
Setahun dua bulan
Assalamualaikum...
salam jumaat semua..genap setahun dua bulan (14bulan) ammar Muhammad hari ni. dan Alhamdulillah dia dah boleh berjalan sendiri tanpa bantuan :)
Dah jadi mak-mak ni memang semangat kan bila tengok anak dah pandai buat satu-satu benda..macam contoh masa memula anak pandai nak meniarap dulu. kemain mak dia yang hepi siap tepuk tanganlompat bintang bagai. hehe
Sekarang ni tiap kali tengok motorsikal mesti Ammar Muhammad akan cakap vrom vromm.. siap tunjuk motor tu. setiap hari nak minta papanya bawak naik motor round kampung. demi anak yang satu ni papa penat balik kerja pun bawa jugak dia jenjalan naik motor. wah bahagia betul dia dapat bediri atas bakul motor sambil tangan genggam erat kat bingkai cermin. tak menoleh kebelakang dah dia :P
agaknya budak memang macam tu kan.. penat balik kerja pun boleh hilang bila dah jumpa anak. telatahnya membahagiakan.
salam jumaat semua..genap setahun dua bulan (14bulan) ammar Muhammad hari ni. dan Alhamdulillah dia dah boleh berjalan sendiri tanpa bantuan :)
Dah jadi mak-mak ni memang semangat kan bila tengok anak dah pandai buat satu-satu benda..macam contoh masa memula anak pandai nak meniarap dulu. kemain mak dia yang hepi siap tepuk tangan
Sekarang ni tiap kali tengok motorsikal mesti Ammar Muhammad akan cakap vrom vromm.. siap tunjuk motor tu. setiap hari nak minta papanya bawak naik motor round kampung. demi anak yang satu ni papa penat balik kerja pun bawa jugak dia jenjalan naik motor. wah bahagia betul dia dapat bediri atas bakul motor sambil tangan genggam erat kat bingkai cermin. tak menoleh kebelakang dah dia :P
agaknya budak memang macam tu kan.. penat balik kerja pun boleh hilang bila dah jumpa anak. telatahnya membahagiakan.
letak gambar Muhammad masa umur 6 bulan sebab rindu masa dia baby.
SELAMAT ULANG BULAN YANG KE14 AMMAR MUHAMMAD :)
Isnin, 13 Julai 2015
Ramadhan dan Ammar..
Assalamualaikum
dan salam Ramadhan yang ke 26..
Bulan mulia
sudah semakin hampir pergi meninggalkan kita..terasa berat melepas pergi bulan
penuh barakah ini. Apakah Ramadhan kali ini telah di isi dengan
sebaik baik amal ibadah ataupun kita cuma membiarkan Ramadhan berlalu pergi
Hari ini hari
terakhir aku bekerja sebelum mula bercuti
Raya pada esok hari..Kerja pun sudah ku siapkan awal-awal lagi..aku saja menaip nama
Ammar di laman ‘youtube’, nama yang ku berikan buat anakanda sulung ku, namanya
Ammar Muhammad. Apa yang keluar semua kisah tentang Ahmad Ammar iaitu seorang anak muda Malaysia yang telah syahid di Turki..perginya
pada tahun 2013 dalam satu kemalangan di Turki tempat arwah melanjutkan
pelajaran
Aku buka satu
persatu cerita mengenai arwah Ahmad Ammar..cerita mengenai dia dari kenalan
rapat, dari ayah dan ibunya. Sungguh dia seorang anak yang baik dan berbudi
pekerti yang mulia. Semangat jihad di dalam dirinya sudah tertanam sedari
kecil. Cukup terkesan dihati membaca sajak mengenai Ammar yang di kongsi :
Ammar,
Kau dipersiapkan oleh ayah dan bondamu
Untuk menjadi pemimpin ummah
Kau menelusuri sirah uthmaniyyah
Agar al-fateh teresap di jiwamu
Namun takdir Tuhan hanya Dia yang tahu
Ammar,
Saat anak muda lain leka mencari dunia
Engkau sibuk mengejar syurga
Saat anak muda mengeluh lelahnya dakwah
Engkau giat mengorak langkah
Merasai manisnya hidup bersyahadah
Ammar,
Kini kau lena abadi
Di sisi Abu Ayub Al-Ansari
Namun lenamu inilah
Yang mengejutkan lenanya hati-hati kami
Bahawa untuk tujuan apa kami di dunia
Sungguh benar kata-katamu
Cukuplah mati sebagai penasihatku
Ammar,
Engkau kini menjadi tauladan
Pencetus semangat
Untuk pemuda-pemuda di luar sana
Yang dipersiapkan demi ummah
Menjadi seperti al-Fateh
Menjadi seperti Ahmad Ammar
Berbahagialah di sisi Rabbul Izzati
**Sejuknya perut ibu mengandungkan arwah..semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Memiliki budi pekerti semulia Ahmad Ammar. tenanglah dikau di sana. Al Fatihah..
Selasa, 2 Jun 2015
Ulang tahun kedua perkahwinan
Assalamualaikum...
Sudah 2 tahun ikatan janji termetrai. sampai hari ini orang masih bertanya "macam mana boleh kenal husband?" kawan kerja ka..kawan masa study ka? aku senyum saja. Negeri kita jauh berbatu.. aku di Sabah dan kau di Melaka. Pada aku ukuran jarak itu hanya pada nombor sahaja. Jodoh itu rahsia Allah, siapa kita mahu menolak andai itu takdir ketentuanNya..
Kenal tak lama terus decide nak jumpa keluarga. 6 bulan tunang kita terus di satukan. Alhamdulillah...semuanya dipermudahkan dan aku harap semoga bahagia itu selamanya milik kita.
Dariku,
Isterimu @ Mama Muhammad
#2ndAnniversary #01Jun2013
**rasa macam baru semalam kita disatukan..selamat ulangtahun perkahwinan buatmu
Selasa, 31 Mac 2015
Selamat Ulang bulan ke 7
Assalamualaikum...
Salam semuanya..sudah penghujung bulan tiga rupanya. suku tahun blog ini ditinggal sepi tanpa ada sebarang update terbaru..
Alhamdulillah semalam genap ulang bulan anak mama yang ke 7. Selama 7 bulan jugak Ammar Muhammad ku berikan 'titisan emas'. Harapnya dapatlah aku berikan sehingga dia dua tahun kelak.
Sibuk sekalipun..mama tetap akan selit sedikit masa untuk bekalmu sayang..
Sepanjang tempoh penyusuan ini aku jua pernah kecewa bilamana stok susu yang ku simpan semasa cuti bersalin rosak kesemuanya lebih kurang 400 oz jugak..kalau di kira-kira lebih kurang 80 botol penuh. Rasa nak nangis bila tau susu dah rosak (kes tertutup suis deep freezer masa balik kampung kat Sabah haritu) Aku fikir dari sudut positif, aku pujuk diri walaupun susah sebenarnya aku nak terima kenyataan yang kesemua susu tu dah rosak.uwaa..sedih
Mana tidaknya hampir setiap malam aku bangun semata-mata nak pam susu buat stok dengan harapan bila aku dah naik kerja nanti aku tidak perlu kelam kabut mengejar stok untuk bekal Muhammad ke rumah ibu pengasuhnya.ah...xmo la ingat cerita sedih tu lagi..sebab sekarang stok susu Muhammad dah cukup :) Syukur
tinggal kenangan...ini la stok susu Muhammad yang rosak tu
Aku akui bukan mudah sebenarnya untuk terus konsisten, kekuatan diri itu yang paling penting. Aku dari awal-awal mengandung memang dah pasang niat untuk terus susukan Muhammad.Alhamdulillah masih ada rezki untuk dia. semoga sentiasa cukup untuk bekalnya sehingga 2 tahun..perjalanan penyusuan masih jauh .
***oh ya harini dah 31 Mac 2015..selamat ulangtahun ke 37 buat abang sulung En. Jasman @ bapa sarah.. semoga terus diberikan kesihatan yang berpanjangan, bahagia di samping keluarga tersayang.
Selasa, 9 Disember 2014
Bercuti lagi
Assalamualaikum..
Jika tiada aral melintang esok aku akan mula bercuti..segan sebenarnya nak bercuti lagipun aku baru saja mula kerja selepas cuti bersalin 3 bulan..maafkan daku boss, kali ini aku terpaksa ambil cuti sebab hujung tahun begini mood balik kampung semakin membuak.ehe..lebih-lebih lagi kali ini kami pulang bertiga bersama 'orang baru'..
Cuti selalu ku manfaatkan untuk balik kampung :)
Dalam perancangan nak buat majlis Akikah sekali dah alang-alang balik kampung kan. kebetulan abang dan kakak semuanya balik. dapatlah kami 3 beradik berkumpul bersama. bukan senang nak berjumpa dalam satu masa tambah-tambah lagi bila semua dah kahwin. Kadang Hari Raya pun kami tidak dapat berkumpul semua sekali..
Dalam aku kalut tak sabar nak balik kampung, aku jua perlu siapkan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan kewangan. Semua kena di siapkan baru dapat bercuti dengan tenang tanpa fikirkan masalah kerja. ah.. cakap tu macam pekerja cemerlang kemain lagi.
Selasa, 2 Disember 2014
Kembali selepas tiga bulan
Assalamualaikum...
Sepanjang tempoh 3 bulan banyak yang berlaku, dari berbadan dua hingga sekarang sudah bertiga :) Alhamdulillah aku sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 30 Ogos 2014 yang lalu..nampaknya dia keluar awal sehari dari tarikh jangkaan doktor..kalau si anak bertahan sehari lagi boleh jadi 'Anak Merdeka'. takpe la yang penting semuanya selamat dan di permudahkan.
Sudah 3 hari aku naik kerja selepas cuti bersalin 3 bulan..masih mencari-cari mood kerja, tetiba rasa macam pekerja baru tak tau apa.. kebetulan office masih under renovation, dibesarkan bagi menampung penambahan ahli baru selepas penggabungan dua Bahagian, rakan sekerja pun makin bertambah dan aku harap moga semuanya boleh memberikan kerjasama yang baik.
Sesekali fikiran melayang terkenangkan si anak yang sudah 3 hari ku hantar ke rumah ibu pengasuhnya (bermula Jumaat lepas 28/11/2014). Alhamdulillah dia sepertinya serasi duduk di sana. bersabarla anak..bukan mama sengaja tinggalkanmu, mama harus bekerja sayang!
Assalamualaikum..nama kite Ammar Muhammad.
mama cuti 3 bulan rasa macam 3 ari je :P
**Melayan ragam anak kecil itu sebenarnya menyenangkan dan membahagiakan andai kita menjadi seorang ibu yang bersabar.
Selasa, 26 Ogos 2014
Over due
Assalamualaikum..
Kalau di ikutkan Jumaat lepas hari terakhir aku bekerja...Semalam aku ada temujanji dengan doktor di hospital yang mana semalam juga (25 Ogos 2014) merupakan hari aku di jangka melahirkan. Tapi siapalah kita untuk melawan ketentuanNya.. Hasil dari pemeriksaan doktor, aku masih belum ada tanda-tanda mahu bersalin, 'jalan' pun masih belum buka.
Alhamdulillah keadaan baby semuanya baik, bacaan gula, tekanan darah tinggi semuanya normal cuma baby je yang masih belum ada tanda mahu keluar. Doktor bagi aku tempoh 6 hari lagi, kalau tanda nak bersalin masih belum ada aku kena 'check in' jugak dekat wad hospital 31 Ogos 2014 ni. Mahu tak mahu aku kena datang menyerah diri di hospital pada tarikh itu. Mungkin akan di beri ubat untuk paksa bersalin. Takut sebenarnya..tapi kena jugak hadapi detik itu..orang lain mampu aku pun mesti boleh, kan..
Aku harapkan semoga dalam tempoh seminggu masa yang diberi ni akan adalah tanda-tanda bersalin, biar aku dapat melahirkan baby ini secara normal. Ramai yang nasihat suruh banyakkan berjalan, ya itu aku dah lakukan. Pasal tu aku mengambil keputusan untuk masih turun bekerja sedangkan aku boleh saja duduk berehat di rumah menunggu kelahiran ini..
**semoga semuanya di permudahkan...buatmu 'permata hati' yang bakal lahir, kami menantimu dengan penuh sabar, cepat atau lambat tidak mengapa asalkan kelak kamu akan keluar dengan sihat sempurna dan selamat..
Selasa, 5 Ogos 2014
Syawal 1435H
Assalamualaikum..
Dah masuk Syawal ke 9 hari ini..Harapnya masih belum terlambat untuk aku menitipkan Salam Hari Raya buat semua. mohon kemafaan andai ada salah dan silap.. Dalam kita bertegur sapa di alam maya mungkin ada silap yang mana aku sendiri tidak menyedarinya.
Raya tahun ni sambutan agak sederhana, aku tidak pulang ke kampung halaman seperti tahun-tahun yang lepas. Cuma merayakan Aidilfitri di sini bersama suami, lagi satu faktor keadaanku yang tidak mengizinkan untuk berjalan jauh. 1 syawal yang lepas genap 9 bulan usia kandunganku. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan dapat jua berpuasa penuh dalam keadaan berbadan dua. Baby tidak banyak meragam..cuma sesekali perut mengeras, orang kata itu perkara biasa..selagi tidak memudaratkan tidak mengapa.
Raya pertama aku dan suami ke rumah akak di Puchong, Selangor. Berjumpa emak di sana. Aku tahu jauh di lubuk hatinya dia rindu nak balik ke kampung. Rindu rumahnya yang sudah hampir setahun di tinggalkan, rindu saudara mara di sana, dan yang pastinya rindu akan suasana di kampung, yang sememangnya tidak akan sama dengan apa yang ada di sini. Sebenarnya sudah kerap kali emak menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung. Tapi buat masa ini kesihatan emak masih belum pulih sepenuhnya, kami adik beradik sepakat mahu mak terus tinggal di sini bersama akak. Biasa memang begitu orang tua mana mahu tinggalkan rumahnya, biar semua susah senang dia semahunya mahu berada di rumah sendiri..itu yang perlu kita paham.
**jika tiada aral melintang tahun depan boleh beraya di Sabah, masa tu balik beraya bertiga dah.. apa pun aku mengharapkan semoga dapat melahirkan 'cinta hati' ini dengan selamat. dah masuk minggu yang ke37, nurse bagitahu bila-bila masa baby akan keluar. doakan ye...
Jumaat, 23 Mei 2014
sotong katak?
Assalamualaikum...
Pernah tak korang dengar atau pun tau pasal kewujudan sotong katak? ke aku yang selama ni tak tau. Haritu gi beli barang dapur sekali beli lauk.. kebetulan terjumpa sotong katak ni. Memang la ada rupa macam sotong biasa cumanya sotong katak ni fizikal dia lebih pendek dan bulat. berwarna putih kelabu..rasanya kenyal-kenyal. Lagi satu tulang sotong katak ni lebar dan keras. ni la rupa sotong katak tu
ada rupa katak ke sotong ni? sampai digelar sedemikian..
...dan yang dah di masak, siap sedia untuk di makan
***antara sotong dan udang aku lebih gemarkan ketam.. wah
Jumaat, 16 Mei 2014
Selamat Hari Guru 2014
Assalamualaikum...
Selamat Hari Guru ku ucapkan buat semua guru di seluruh Malaysia. Jasa dan pengorbanan kalian selamanya dalam ingatan.. Tanpamu guru kami bukan siapa-siapa pada hari ini.
dulu....sewaktu bergelar pendidik.
Pengalaman mengajar suatu masa dahulu merupakan satu pengalaman yang amat berharga. aku doakan semoga kamu semua berjaya dan menjadi 'manusia' yang boleh membahagiakan ibu bapa serta berbakti kepada Negara.
Cikgu sayang kamu semua!!!
Cikgu sayang kamu semua!!!
Selasa, 6 Mei 2014
Masih trauma
Assalamualaikum buat semua sahabat maya yang di muliakan..
ya, aku masih trauma dengan kejadian yang menimpa semalam (05/05/2014) Hari ini masuk kerja dengan fikiran yang masih tertanya-tanya dengan seribu satu persoalan.. Bukan tidak redha dengan apa yang berlaku, tapi ada sedikit rasa terkilan barang yang betul-betul berharga telah lenyap sekelip mata.
Lewat petang semalam sekitar jam 5.45 petang aku dan ayah mentua tiba di rumah dari tempat kerja masing-masing..Pada pandangan luaran semuanya baik sahaja..pintu masih terkunci, tenang dan sunyi seperti selalunya. Bila melangkah ke dalam rumah ayah perasan lampu biliknya menyala dan pintu sedikit terkuak. Serasanya pagi tadi sebelum ke tempat kerja semua suiz telah di tutup..ah mungkin hari ini terlupa kot! masih ingin bersangka baik.. aku melangkah ke bilikku..terpandang pada bilik bertentangan yang pintunya terbuka luas..banyak barang atas katil, aku mula merasa semacam dan bila aku masuk ke bilik sendiri berderau darah tengok keadaan bilik yang berselerak.
Barang-barang dari dalam almari semua bertaburan di atas lantai, laci pula di angkat ke atas katil dengan isi di dalamnya sudah pun dikeluarkan. Almari solek jangan kata, habis di sepahkan segala apa yang ada di dalamnya. Ayah melarang aku menyentuh apa-apa di dalam bilik. Cuma mataku yang meneroka ke segenap pelusuk bilik. sah.. Laptop sebelah katil hilang, laptop yang setiap malam menemani tidur kami dengan alunan zikir yang sengaja di pasang oleh suamiku. katanya nak bagi baby dalam kandungan ini mendengarnya sekali. itu laptop milik suami dan laptop milikku yang ku simpan elok di dalam beg juga hilang sekali. Laptop yang ku beli zaman belajar dulu. Walaupun itu cuma laptop lama, namun nilai kenangannya tidak mungkin dapat ku beli semula :( Ya, aku masih terkejut dengan apa yang berlaku.
asalnya barang ni tersimpan kemas dalam kotak, habis semua di sepahkan..
salah satu laptop yang hilang dari dalam beg merah ni
Tidak lama lepas tu suami sampai ke rumah, dia pulang sedikit lewat dari kami.seperti biasa dia lebih selesa ulang alik ke tempat kerja menaiki motor. Aku tak mampu nak beritahu apa yang berlaku, biar dia melihatnya sendiri. dan lagi satu yang buat kami bertambah terkejut rupanya kereta suami di larikan sekali. Ya Allah... mungkin silap kami sendiri kunci kereta di letak elok di almari yang mudah untuk di lihat.
Ayah tanpa berlengah terus ke balai berdekatan nak buat report kecurian/kehilangan..Aku? masih kaku terduduk di kerusi ruang tamu. tidak tahu mahu berbuat apa. Apa pun aku bersyukur nyawa kami masih di lindungiNya..
anggota polis menjalankan kerja mereka...terima kasih atas keprihatinan kalian..
sekitar jam 8.00 malam ayah dapat panggilan telefon dari polis yang bertugas dan di maklumkan kereta di jumpa di satu kawasan perindustrian yang agak tersorok di dalam bangunan kosong. Kereta di dapati berkunci..mujur suami ada simpan kunci pendua kereta..kami segera ke sana dengan tiga lagi kereta polis. sah itu memang kereta milik suami, walaupun nombor pendaftaran kereta telah di cabut. Lajunya 'mereka' bertindak. Kami di maklumkan kawasan tersebut merupakan kawasan untuk meleraikan badan kereta. Jika polis sedikit terlewat mungkin kereta ini sudah menjadi 'korban' terpisah enjin dan badan.. Syukur ia dapat di temui semula.
di lokasi inilah kereta suami di jumpai 2 jam selepas laporan polis di buat
Selepas kereta di periksa dan di bawa ke balai, pihak Polis bergerak ke rumah pula. Mereka memeriksa sekitar kawasan rumah dan di dapati tiada kesan pecah ataupun umpilan di pintu dan tingkap.Tidak tahu bagaimana 'mereka' boleh masuk..
Semalam hampir jam 12 tengah malam baru pihak polis meninggalkan rumah..sekali lagi aku menjenguk ke dalam bilik. sayu rasa hati melihat keadaan sebegitu..cincin merisik dan cincin duit mas kahwin pun hilang sekali. liciknya mereka...tidak mengapalah mungkin itu rezekinya.. aku cuba untuk memujuk diri walaupun terlalu sukar untuk aku meredhai kehilangan mahar tersebut :(
Semalam hampir jam 12 tengah malam baru pihak polis meninggalkan rumah..sekali lagi aku menjenguk ke dalam bilik. sayu rasa hati melihat keadaan sebegitu..cincin merisik dan cincin duit mas kahwin pun hilang sekali. liciknya mereka...tidak mengapalah mungkin itu rezekinya.. aku cuba untuk memujuk diri walaupun terlalu sukar untuk aku meredhai kehilangan mahar tersebut :(
Malam semalam tidurku tidak lena..aku asyik terjaga mungkin sebab terlalu berfikir. Risau perkara buruk terjadi lagi..Tapi aku yakin Allah itu sentiasa ada bersama...
Cerita ini aku kongsikan sebagai pengajaran buat semua, sentiasalah berjaga-jaga dalam apa keadaan sekalipun. Terkadang kita merasakan sudah cukup selamat sedangkan musibah itu ada di mana-mana. Elakkan dari menyimpan kunci pendua di luar rumah..Orang kita selalu kan letak kunci dalam pasu bunga, dalam kasut dan kat celah-celah pokok pun ada. Nasihat polis jangan berbuat sedemikian! Peranan jiran pun cukup penting, rasanya duduk di rumah teres lagi terjamin keselamatan kan. Ahhh...kalau benda nak jadi duduk di rumah berkunci penuh siap dengan CCTV pun boleh jugak di pecah masuk.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu...
Salam dariku, BungaTulip..
***Doakan semangatku pulih ye kawan-kawan. risau baby dalam perut pun terkejut sekali.
Isnin, 28 April 2014
Bunga Tulip di Cardiff, Wales
Assalamualaikum...
Ucapan terima kasih ini aku dedikasikan khas buat sahabat maya, Hartini Omar. Aku kenal dia beberapa tahun yang lalu, tidak pernah bersua muka tidak pernah mendengar suara, cuma aku membaca ceritera dia di sini. aku tertarik dengan gaya penceritaan dia di blog, terkadang kata-katanya itu satu motivasi buatku, gambar yang di rakamkan menceritakan segalanya, dulu Tini selalu rakam gambar raja sehari sekarang beralih kepada gambar pemandangan indah di luar Negara pula.
Tini kini menuntut di London, United Kingdom. Aku pernah beritahu dia, untung la kamu Tini muda-muda dapat duduk di negara orang, dapat kenal budaya mereka, katanya itu semua rezeki. Ya, memang rezeki Tini dan dengan izin Dia juga. Aku tahu ini yang kamu impikan sejak dulu.. pengorbanan kamu bukan sedikit di sana! semoga kamu akan pulang bersama kejayaan kelak. Itu doaku untukmu...
Tini sempat merakamkan beberapa keping gambar bunga tulip sepanjang percutiannya di Cardiff, Wales..Sangat cantik, berwarna warni. Alangkah bertuahnya andai dapat melihat keindahan ini di depan mata. Apa pun, terima kasih banyak ye Tini atas perkongsian ini, Bunga itu sudah cukup cantik, kreativiti kamu menangkap gambar menambah lagi keindahannya. Bakat seni yang memang ada pada kamu.. Ini antara gambar yang di tangkap sendiri oleh Tini..jom cuci mata :)
sedang Tini dok tangkap gambar, ada pula budak comel ni.. tak pasal-pasal dah jadi model.
Bunga Tulip di Cardiff biasanya di jadikan bunga hiasan untuk landscape
Bunga Tulip Kuning, sangat cantik..digabungkan dengan bungaan kecil berwarna putih
Menurut Tini kelopak Bunga Tulip ni macam kain baldu, keras dan tak mudah gugur bila di pegang. Biasanya tengok bunga tulip warna-warna terang dan ceria, rupanya ada juga tulip warna hitam. Terima kasih untuk infonya Tini...
Tulip Merah di selang seli kan dengan Tulip Putih...Naik gabungan dua warna ni
Bunga Tulip dan Bunga Sakura, aku bagitahu Tini kat Malaysia baru-baru ini pun ada musim 'Bunga Sakura' Ehe itu 'Bunga Sakura' iklim khatulistiwa kot :)
***semua gambar ihsan dari blog Tini, Ceritera Yang Tak Sudah.
Sekali lagi Tini, terima kasih untuk entri Musim Bunga ni ye..ini pun sudah cukup memadai dapat la tengok pokok-pokok bunga yang ada di sana. Bak kata Tini, jangan pernah henti berdoa, siapa tahu satu hari nanti dapat ke sana juga. Melihat sendiri keindahan ciptanNya kan.
Menjalani kehidupan sebagai pelajar di negara orang memang banyak dugaannya Tini. Kawan-kawan antara mereka yang paling rapat di sana. Semoga kamu diberikan kekuatan, agar nanti kamu kembali dengan kejayaan yang paling manis hadiah buat orang tua mu.
Salam sayang dari kejauhan,
Bunga Tulip~~
Labels:
Catatan Perjalanan,
Ketenangan,
Teman,
Ucapan
Jumaat, 11 April 2014
Jambu air berbuah lagi
Assalamualaikum..
Salam jumaat, Alhamdulillah cuaca sekarang dah semakin baik, hujan dan panas silih berganti..pokok-pokok pun sudah mulai 'hidup' semula. Hujan yang di tunggu kini selalu ada terkadang pagi kadang petang turun nya..tak kira masa kadang tengah kita di buai mimpi hujan turun menambah lena kita.
Pokok dekat kebun Ayah semakin subur tumbuhnya. yang dulu rumput bertukar kekuningan kini semakin naik warna hijaunya. pokok buah semakin galak mengeluarkan buah, dan bunga tentunya semakin kembang berseri.
Pokok jambu air yang ayah tanam tahun lepas tengah mengeluarkan buah buat kali yang kedua. Masa buah pertama dulu daunnya lebih lebat dari buah, tapi kali ini agak berbeza daun jambu air semakin berkurang, buahnya agak banyak jika dibanding dengan saiz pokoknya yang rendang.
ni buah kedua jambu air selepas buah pertamanya pada hujung tahun lepas..
tengoklah daun yang semakin kurang tak serimbun dulu. pokoknya tak tinggi mana pun
buah disebalik daun.. ada buah yang sudah boleh dipetik ada jugak yang baru berbunga.
hasil tuaian..
semoga akan terus menghasilkan buah yang ketiga, keempat dan seterusnya...
Dalam entri mengenai jambu air yang lepas, ada rakan bloger bagitau buah ini jua di panggil jambu bertih. mungkin sebab saiznya yang kecil, ada juga yang panggil jambu loceng kerana ia mirip loceng :) nama yang berbeza tapi buahnya sama sahaja. rasanya sedikit masam tapi sedap
Isnin, 7 April 2014
Ikan bilis mata biru
Assalamualaikum...
Ikan bilis mata biru? ya, itulah ikan bilis yang popular di Pulau Pangkor. Aku pun baru tau kewujudan ikan bilis mata biru ni. Kalau di Sabah selalu orang dok cari ikan bilis kering je..
Kebetulan minggu lepas aku dan dua orang rakan sekerja ke Lumut, Perak. Tiga hari di sana atas urusan kerja. Dah alang-alang sampai ke Lumut kami terus ke Pangkor (yang sebenarnya kami tersesat masa pegi tu tak jumpa jalan nak ke Marina Cove Resort. Tau-tau dah sampai ke Pangkor)
Lepas je program hari ketiga selesai, sebelum gerak balik ke Melaka kami ke Pangkor mencari hasil laut untuk di bawa pulang. Macam-macam jugak yang ada di sana. Ni cuma sebahagian je, tak dan nak tangkap gambar semua :)
ini la rupa ikan bilis mata biru..
kalau tengok dari jarak dekat baru perasan si pemilik mata biru ni :)
sotong yang bulat-bulat comel ni sedap jugak buat sambal,
ikan bilis pula di goreng buat pelengkap nasi lemak...
makanan ringan hasil laut yang ada, harganya ok la boleh tahan..kalau beli banyak boleh dapat diskaun.
tak ke seronok kalau macam tu. masing-masing bawa pulang beg besar :)
Gambar kenangan kami di sana...
ada ramai lagi sebenarnya tapi masing-masing dah panjang langkah
***Ada masa dan peluang nanti teringin juga nak bercuti ke Pulau Pangkor, naik feri gi seberang sana. masa ni kami memang tak sempat nak ke seberang.. sekadar jejakkan kaki di jeti je..
Selasa, 1 April 2014
Abang dan kakak
Tidak tahu kenapa petang-petang sebegini aku tetiba merindui mereka. Kami tak ramai cuma tiga beradik, yang sulung abang yang kedua kakak dan aku yang ketiga. Alhamdulillah ikatan persaudaraan kami sangat erat walaupun masing-masing kini tinggal berjauhan. Abang di Keningau, Sabah. Kakak pula menetap di Puchong, Selangor dan aku kini di Melaka.
di hari bahagiaku, kakak dan abang di hujung kiri dan kanan..susah nak tangkap gambar bertiga
Terkadang aku ingin kembali pada masa lalu, agar aku boleh duduk sebumbung dengan mereka. walaupun rumah di kampung tidak sebesar mana tapi di situlah kami membesar, menyemai kasih sayang adik beradik. Merasa suka duka perit dan payah kehidupan bersama. Mungkin kami tidak ramai itu yang buat kami bertiga rapat. Jarak umurku dengan kakak agak jauh lebih kurang 7 tahun. Masa kecil dulu aku selalu jadi mangsa suruhan abang dan kakak. yang sorang bagi arahan lain yang sorang pulak suh aku buat benda lain dalam satu masa. jadinya aku yang pening sendiri.. masa tu dalam kepala dah set yang diorang tu abang dan kakak, kuasanya lagi tinggi. boleh mengarah itu dan ini. Apa yang di suruh semua aku mesti lakukan! itu yang buat aku ingat sampai sekarang. ehe... Nasib la aku tiada adik kalau tak mesti jadi mangsa jugak di suruh buat itu dan ini :)
kakak masa sama-sama bercuti di Cameron Highland tahun lepas
Dengan abang pula jumpanya cuma sesekali sahaja kadang setahun cuma dua atau tiga kali jumpa itu pun pada Hari Raya atau sekiranya aku pulang ke kampung. Kami berutus berita dan cerita cuma di telefon itupun sudah cukup buat kami saling mengambil tahu dan bertanya khabar berita masing-masing.
Baru semalam abang menyambut ulang tahun yang ke-36 (31 Mac 1978) semoga abang terus di berikan kesihatan yang berpanjangan dan bahagia bersama isteri dan anak-anak. Panjang umur murah rezeki nanti kita jumpa lagi. Terima kasih atas pengorbananmu selama ini, lepas arwah bapa meninggal engkau lah abang engkaulah bapa. tanggungjawab yang tidak pernah kau abaikan sehingga kami adik-adikmu berumahtangga. Engkau abang yang terbaik buat kami berdua..
***Aku akui antara kita tiga beradik aku yang paling tidak cool. Selalu beremosi lebih..apa pun terima kasih atas kesabaran kalian berdua. Sedari aku kecil sampai sekarang perhatian dan kasih kamu berdua tidak pernah berkurang. Semoga kita bertiga dapat menjadi anak yang terus dapat berbakti dan menjaga emak sebaiknya.
Isnin, 24 Mac 2014
Di tepian pantai
Pantai Puteri, Melaka
Dua tahun lepas kami pernah ke pantai ini, buat yang pertama kalinya..kali ini kami kembali lagi, ingin mencari jejak dulu yang pastinya sudah hilang di telan ombak pantai.. Dulu datang waktu petang, semalam kami pegi waktu pagi, siap bawa bekalan dari rumah. Awal pagi dah bangun buat bihun goreng dan sandwich sardin tak lupa teh tarik buat sarapan pagi di sana. Selera lebih pula makan kat sini :)
Ramai jugak yang datang pagi-pagi macam ni. Suka tengok ragam bebudak kat sini, siap bawa pelampung bagai. ada yang mandi manda, ada yang main pasir, ada juga yang main layang-layang. Sesekali berhujung minggu di tempat sebegini seronok jugak sebenarnya. Menjelang tengah hari kami siap-siap untuk pulang sambung rehat di rumah pula.
**Cuti sekolah baru bermula rupanya, padanlah ramai yang datang dengan keluarga ke sini. memanfaatkan cuti bersama keluarga tersayang. Anak-anak pastinya antara mereka yang paling gembira
Rabu, 19 Mac 2014
Langgan:
Catatan (Atom)








































