Pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan disember sekarang..sudah sampai ke penghujung tahun.Hasil apa yang telah kita perolehi sepanjang 2011??? beruntung kah kita..berhutangkah kita..gembira ka kita..ataukah kita hanya bermuram durja sepanjang tahun..tercapai ka segala apa yang diazamkan awal tahun ini..urmm mesti banyak kan cerita suka duka sepanjang tahun..begitu juga aku
November~~
Petang 9 November 2011 sekitar jam 2.30pm usai aku kerjakan solat zohor di tempat kerja mata terpandang telefon itu..ada banyak panggilan masuk di telefon beserta beberapa sms yang semua penghantarnya merupakan saudara dari kampung..serta merta perasaanku jadi lain seolah boleh mengagak pasti ada sesuatu perkara penting yang ingin disampaikan kepadaku..belum sempat aku membuka sms itu telefon berdering lagi dan aku mendapat satu perkhabaran pilu, menerima panggilan dari anak saudara di kampung. Bapa telah kembali kerahmatullah..perkhabaran yang membuatkan aku merasa detakan jantungku berhenti di saat itu juga..perkhabaran yang membuat air mataku berasak laju keluar dari kelopak mata milikku..perkhabaran yang membuat aku terkedu terkaku dan kurasakan seolah tidak berpijak disaat itu..otak tidak tahu berfikir apa diketika itu serasa hampir menjadi hilang pedoman..darah ku rasakan berhenti mengalir..
Cepat-cepat mengucap panjang..mengingatkan diri sendiri untuk aku terus kuat, sabar dan redha..aku seka air mata dengan jemariku..cepat2 mencapai telefon walaupun jemari terasa ketar, aku mendail nombor emak..sayup2 kedengaran suara itu dihujung talian..aku tahu dia menahan sebak di sana mencuba untuk kuat depan anak-anak. Emak cuma berpesan agar kami berhati-hati disepanjang perjalanan balik ke kampung halaman..aku mengiyakan saja pesanan itu kepala kuanggukkan tanda aku paham sebolehnya aku kuatkan semangat aku tidak mahu suara tangisanku sampai di telinga emak walaupun diketika itu air mata sudah basah dipipiku hati kecilku terdetik tabahnya emak menghadapi situasi sebegini. namun jauh di sudut hatinya siapa tahu kan mungkin sedihnya lagi berlipat ganda dari kami.
jujur kukatakan saat itu apa yang ada difikiranku ialah mahu segera pulang ke kampung, mahu memeluk emak..mahu bersama dia sepanjang waktu..mahu menyeka air matanya..mahu dia tahu bahawa kami anak-anaknya akan sentiasa di sisinya walaupun bapa telah pergi jauh tinggalkan kami semua.
Petang itu jua aku terus pulang ke rumah sewa mengemas baju sehelai dua untuk ku bawa pulang..surah yassin ku bawa bersama, air mata baru sahaja kering namun saat terpandang akan baju itu perasaan sebak kembali bertandang..baju yang aku belikan buat arwah tempoh hari sewaktu bercuti di Langkawi baju itu sepasang satu untuk mak satu untuk bapa..Aku jua ada membelikan ubat gamat kerana aku tahu arwah cukup gemarkan ubat sebegitu..namun semuanya tidak kesampaian..aku yang sepatutnya balik hujung bulan ini perlu berangkat lebih awal bagi menghadiri upacara pengkebumian arwah bapa yang tercinta..
Petang itu aku, akak, abang ipar dan dua orang anak buahku pulang bersama ke kampung..di sepanjang perjalanan ke airport masing-masing hanya berdiam diri begitu jua kedua anak buahku yang masih kecil seolah memahami apa yang sedang berlaku. sayang.. saat kita pulang ke kampung nanti tiada lagi atok yang selalu membelikan kalian berdua keropok dan mainan. sungguh aku rindu bapa..
Hanya kenangan dan ingatan terhadap arwah bermain dibenak ku ketika itu.Bapa..akhirnya dikau pergi meninggalkan kami anak-anakmu, meninggalkan keluarga yang sangat menyayangimu.tapi aku harus redha..aku harus kuat..Sudah tertulis pada jam dan ketika itu engkau akan kembali kepada penciptamu
Pak..saat aku menulis coretan ini sesungguhnya aku terlalu dan amat-amat rindu kepadamu..teramat..2 hari lagi genap sebulan pemergian bapa ke alam sana. rasa baru semalam aku mendengar suara bapa di telefon..bercerita sakit yang bapa alami..kalau diikutkan bapa sudah cukup lama menanggung sakit itu sejak 2004 lagi saat aku masih di bangku sekolah menengah..tahun aku menduduki SPM..bapa sering keluar masuk wad..terkadang aku terkenang segala kesilapan dan keterlanjuran yang pernah ku lakukan terhadap arwah..aku akui aku suka memenangkan setiap pendapatku..hanya aku yang betul dalam setiap perkara..mungkin pengaruh anak bongsu buat aku mahu sentiasa menang..orang selalu kata muka aku dengan arwah iras, mungkin pasal itulah bapa sabar akan kerenahku..jarang sekali aku dimarahinya
Bayangan wajah emak difikiran..lantas doaku pohonkan ya Allah kuatkan lah semangat emakku menerima qada dan qadarmu.. emak telah kehilangan seorang yang menjadi peneman hidup sepanjang 35tahun hayatnya..seorang yang satu ketika dulu mengambil amanah daripada keluarga emak..lalu tanggungjawab itu digalasnya untuk melindungi emak..untuk memberikan kehidupan yang terbaik buat emak..ya..arwah bapa telah melaksanakan tugasnya sebagai ketua keluarga dengan sebaiknya.itu aku harus akui..
Terlalu banyak pengorbanan untuk kami sekeluarga..bapa cukup gigih berkerja membesarkan kami 4 anaknya (arwah abang telah kembali kepadaNya pada 26/11/1990) Aku diketika itu baru berumur 3tahun, arwah abang jua pergi pada bulan November..memang bulan 11 ni meninggalkan banyak kenangan buat kami sekeluarga..
buatmu arwah bapa yang tersayang..anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu selalu. Akan ku titipkan doa buatmu moga aman dan tenang di alam sana..janji kami akan menjaga emak sebaiknya..Insya Allah semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah
**baru perasan entri lepas jua berkait soal kematian..Aku jua harus bersedia menghadapi semua itu..cukupkah amalanku untuk bertemu penciptaku kelak?? Ya Allah jadikan aku seorang hamba yang sentiasa mengingatiMu..jauhkan aku dari segala laranganMu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan