Selasa, 25 Februari 2014

Hujan yang di nanti

Lamanya rintik hujan tidak turun kan. Bangun pagi tadi sebelum keluar gi keja cuaca kat luar rumah mendung dan berangin, seolah petanda hari akan hujan. Rupanya itu cuma ramalan semata..
 
Kadang bila balik kerja rasa badan letih semacam. nak kata buat kerja berat, rasanya kerja yang di buat sama sahaja seperti dulu. mungkin faktor cuaca yang buat badan cepat rasa letih mata pun bagi kerjasama padu tidur lebih awal untuk dapatkan rehat secukupnya. cuaca kering dan panas begini kita kena banyakkan minum air masak baru badan kan lebih bertenanga. kalau tak rasa lemah longlai je.
 
 

musim panas begini, bunga kertas galak mengeluarkan bunga..
rumput pula sudah mula bertukar warna semakin segan mahu hidup..
 
  
Adakalanya kita sebagai manusia biasa selalu mengeluh bila di turunkan hujan, akan ada yang bersuara, jika tak di luahkan mungkin cuma terdetik di hati 'asyik hujan je, nak keluar pun susah'. Namun bila nikmat itu ditarik sementara dan diganti pula dengan cuaca panas terik kita akan menagih hujan yang dulunya  tidak kita mahukan. terkadang nikmat depan mata susah untuk di syukuri, namun bila ia sudah tiada baru kita tercari-cari nikmat yang pernah kita miliki dulu..Setiap apa yang berlaku pasti ada baik dan buruknya. mungkin bukan pada kita, tapi pada orang lain. siapa tahu kan..
 
 
 
**dengarnya negeri Selangor akan ada catuan air, susahnya bila air tiada, nak buat apa pun semua payah. kesian pada keluarga yang ada anak kecil. semoga akan ada jalan penyelesaiannya nanti
 
 

39 ulasan:

  1. assalam...catuan air selangor xjadi pulak kata SYABAS n bukan di seluruh selangor hanya dibeberapa tempat saja...MB kata catu...SYABAS kata x...mcm2 hal ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...harapnya xda la catuan air dan biarlah bekalan tu sentiasa ada

      Padam
  2. Cantiknya bunga kertas di rumah kamu...

    Sini kk, seminggu panas terik.. rumput mula menguning... tapi alhamdulilah... semalam.. hujan sikit.

    Akak suka kalau waktu berhujan... myb sebab negara kita ni jenis panas sikit.. di kawaan beaufort pula banjir minggu lepas... ada yang kemarau.. ada pula yang sedang banjir... tu semua ujian dri DIA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Nong,

      bunga ni ayah mentua yang tanam elok je rimbun bunganya musim panas macam ni. cuma kena rajin siram jugak la.

      yap, haritu dengarnya Beaufort banjir, mesti diorang harapkan cuaca panas kan. tapi di sini mengharapkan hujan turun..

      Padam
  3. cantiknya bunga kertas tu..sejuk mata memandang.. :)

    di kunak ni pun sudah berkurun lamanya ada masalah air..d rumah tu air hidup 2 jam jak setiap hari..kadang ndak hidup langsung..

    haish..susah kan kalo masalah air ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. warna bunga tu yang menarik tie :)

      kalau di sana tak kira kunak or LD memang dari dulu masalah tu. pasal tu hampir setiap rumah di sana ada tangki wat takung air kan.

      masa kecik-kecik dulu sebelum ada air paip dan bila sudah lama xhujan. kami akan ke sungai untuk mandi dan bawa baju untuk di cuci. siap naik lori lagi tu. ehe..

      Padam
  4. tu la..susah kt keluarga yg ada ank2 kecil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kan..dengarnya ada beberapa tempat kat Selangor dah hujan bebaru ni

      Padam
  5. Bestlah kalau yg tanam bunga kertas. Macam kakak bunga raya, orkid dan ros bagaikan terbantut nak berbunga. Kalau bunga pun tak mekar besar. Sedih juga.

    Berita tadi kakak dengar instead of 24 hours dicatu akan jadi 36 hours tau catuan air di Selangor.. Johor tak lagi - risau juga. Sama-sama kita mohon pada Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang kata bunga kertas ni senang di jaga kak, tak perlu nak siram selalu..makin panas bunganya pun makin naik. tapi bila dah kelayuan beterbanganlah kuntumannya yang sudah kering :)

      Padam
  6. Bunga2 kertas ni mmg tahan panas dan mekar berbunga waktu2 panas mcm ni...adalah dua tiga pasu kat umah akk sis..cantik2 dan macam warna bunga kertas yg ayah mertua sis tanam...

    BalasPadam
  7. salam kenal dan join
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    BalasPadam
  8. salam bunga tulip.
    Kat kelantan pun panas memanjang dn entah bilalah hujan nak turun. Hari tu masyarakat kecoh sebab suhu sejuk tapi sekarnag kecoh pula sebab suhu/cuaca panas. Itulah kita, asyik tak kena jer.

    BalasPadam
  9. Memang dekat Selangor ni dah lama tak hujan kemarau memanjang. Di sebalik hikmah kemarau banyak pokok buah dan bunga dah mengeluarkan putik bunga.

    BalasPadam
  10. betul tu, kengkadang kita sendiri lupa nikmat yg ada depan mata...huhu...
    bila dah takde, tercarik2 pulak...

    peringatan utk diri aku jugak tu...

    BalasPadam
  11. datang & follow sini...kebetulan entri kita sama-bunga kertas...:)

    BalasPadam
  12. semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat yang belum hilang...cantik bunga kertas dilaman ini colorfull

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama5/3/14 5:15 PTG

    Salam BT,

    Semua orang dah mula merasa bahang panas akibat kemarau sekarang. Mudah2an Allah segera menurunkan hijau supaya segala sedikit ujian yang diturunkan ini cepat berlalu. Aamiin

    BalasPadam