Rabu, 10 April 2013

Pisang Abu di lenyek

Assalamualaikum semua..

Pisang Abu? ehe..aku pun tak pasti apa nama pisang ni, kalau di Sabah orang panggil pisang goreng sebab selalunya ia di goreng dulu sebelum di makan. Tapi ada jugak orang makan bila kulit pisang ni dah bertukar warna jadi kekuningan.

Tak kisah pun sebenarnya ikut selera masing-masing kan. Kalau kat kampung bila dapat pisang abu yang masih mentah segar dari ladang mesti akan di goreng, tapi sadis jugak sebab pisang tu akan di lenyek dengan lesung batu bak kata orang kampung aku 'sanggar pappek'.haha..pelik je nama dia kan tapi rasanya memang sedap. rangup-rangup macam keropok..crunchy2 gitu.


sanggar  (pisang goreng) + pappek (di lenyek) = Sanggar pappek
      

Pisang abu yang masih muda kehijauan dan sudah mulai masak bertukar kekuningan
 
 
Kalau nak buat 'sanggar pappek' kena guna pisang yang masih muda (kulit kehijauan). Pisang abu yang muda bila di kupas akan ada getah yang keluar kalau taknak lekit kat tangan, leh balut tangan tu guna plastik takpun boleh cuba petua orang kampung cuma sapukan minyak masak di tangan kang bila basuh tangan guna sabun tiada kesan getah pisang yang lekat dekat tangan tu.
 
 
 dah elok goreng separuh masak boleh la lenyek guna lesung batu
 
 
Memula pisang yang dah kupas tu goreng atas minyak panas kejap je supaya senang nak lenyek. Kalau pisang tu besar macam kat atas ni leh potong dua sebab bila kita lenyek pisang tu akan jadi lebar. ikut la kalau nak bagi garing kena lenyek bagi nipis, kallau suka yang tebal pun ok jugak, empuk pisang tu lagi terasa. Bila dah siap kerja-kerja melenyek, pisang ni kena goreng balik atas minyak panas bagi dia lagi rangup dan garing.siap.
 
 
ni dia rupa pisang abu yang dah di lenyek.....dan selepas di goreng semula
 
 
 pisang dah siap goreng tu leh makan dengan sambal belacan + cili + tomato
 
Oh ya, pisang abu yang dah kekuningan tu sedap jugak bila di buat jemput/cekodok. selalunya kalau buat cekodok guna pisang abu, aku suka potong dadu. orang cakap kalau nak bagi tepung cekodok kita garing dan senang nak goreng (tidak lekat dekat kuali) boleh letak minyak yang dah panas tu dalam adunan cekodok tadi sebelum di goreng.
 
 
 
 
 
 
Hasilnya memang betul cekodok tu senang nak goreng dan tak berminyak. lagipun kita kalau boleh nak elakkan makanan yang berminyak baru sihat sentiasa.ehe..cekodok ni buat minum petang tambah dengan secawan teh o panas sangat menyelerakan.
 

dan isi la hasilnya..cekodok pisang abu kurang minyak :)


 
**** jika tiada halangan 5 Mei ni nak balik kampung mengundi, tunaikan tanggungjawab kepada negara. chewah.. boleh buat 'sanggar pappek' dengan cekodok ni kalau kat sana nak pisang abu terus gi tumbang sendiri kat pokok, takyah sesusah cari kat pasar malam.
 

17 ulasan:

  1. Hi beautiful tulip, wow, ths is smthg differrent.kalau di utara ni buat goreng pisang abu memang sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. to beautiful kak IM, try la buat macam ni kak..selalu orang hiris nipis2 buat kerepek kan pisang abu yang muda ni.sesekali lenyek2 sedap jugak...u must try sis :)

      Padam
  2. ooo petua cikodok tu baru 1st time dengar

    :)

    BalasPadam
  3. pisang abu...? baru pernah dengar. biasanya kami panggil pisang sabah hehe..

    resepi pisang abu penyek tu aku pernah nampak kawan perempuan suku kaum bugis buat dulu. sambal dia pedas gila o... tapi memang sedap! itu la kali pertama n terakhir aku pernah makan.. harapnya lain kali ada peluang merasa lagi hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya nong, pisang abu. di sabah orang panggil pisang sabah. bila dekat sini aku bagitau nak cari pisang sabah orang garu kepala.he...

      iya nong orang bugis yang selalu buat pisang lenyek tu. wajib ada sambal yang pedas. try la buat nong :)

      Padam
  4. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita adalah apa yang kita fikirkan,
      selalu berfikiran positif agar hari-hari mendatang lebih baik dari hari kelmarin :)

      Padam
  5. Salam kenal Bunga tulip, terima kasih kerna singgah blog akak..
    akak singgah balas n folow blog bunga kay..

    ohhhh..baru akak tau.. ni petua boleh pakai ni kan..kan..

    tq dear!

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah lama kenal la kak,
      cuma jarang bertandang je :)
      boleh sangat kak. ehe..
      petua yang sangat berguna tu

      Padam
  6. eh! akak dah lame folow kamu dik...heeee~

    BalasPadam
  7. sanggara pappek + peco lada.. pergh... terbaek!

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi bila mo buat makan-makan besar ni, mo merasa air tangan kak jan.ahaksss...

      Padam
  8. Balasan
    1. CKJ,
      mesti cuba buat cenggini.he..

      Padam
  9. waduh... sungguh menyelerakan.. esok nk cari pisang abu jugak lah.. nk try resipi baru ni... hehehe..

    Jom tgk blog saya
    http://vitaminformeandyou.blogspot.com/

    BalasPadam