Selasa, 30 April 2013

Tentang rasa


Semalam...
engkau ada menegurku
menzahirkan rasa ati yang sedikit terkilan
meluahkan rasa yang berjauh hati padaku
maaf.

terkadang..
aku suka buat hal sendiri
terlupa ada hati yang perlu ku jaga
seminggu dua ini aku sedikit sibuk
ke sana sini menghabis masa
menguruskan perkara yang tak pernah sudah

dalam kita membilang waktu..
menunggu tiba hari bahagia
persediaan diri perlu di rapikan
semoga kita dapat harungi
permulaan sebuah tanggungjawab
yang ku harapkan kita dapat menggalasnya
dengan penuh rasa amanah
untuk hari esok, dan hari-hari seterusnya..

sabarlah..

pabila lafaz mulia itu mengikat kita
akan ku berikan sepenuh perhatian padamu
akan ku dahulukan dirimu dalam segala apa ku lakukan
mengharapkan restu mu selalu bersamaku


hari ini genap 5bulan ikatan janji kita. Perjalanan yang masih jauh, semoga kita terus sama seiring mengharungi liku-liku di sepanjang jalan sehingga kita temui DESTINASI itu..


 

10 ulasan:

  1. Ujian dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam tempoh bertunang kan.. :)

    Moga kalian berdua sabar dan tabah harunginya.. jangan terlalu melayan emosi. Isikan masa ni dengan lengkapkan diri, tambah ilmu yang perlu sblm melangkah kealam strusnya.. :)

    BalasPadam
  2. darah manis ni.. byk dugaan hehe.

    BalasPadam
  3. xda apa la nong, BUNDA..
    hadapi dengan senyuman :)
    sume ok je

    BalasPadam
  4. ehhehe... xD smga bhgia disisimu bersama redha driNya:)

    BalasPadam
  5. uit.. kita serupa. :)

    semoga dipermudahkan semuanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bulan berganti minggu
      minggu berganti hari
      cepat je msa blalu :)

      Padam
    2. tak rasa kan masa dah berlalu..
      jangan lupa bagi kad jemputan ye. :) boleh pg LD. hehe

      Padam