Jumaat, 30 Oktober 2015

Setahun dua bulan

Assalamualaikum...

salam jumaat semua..genap setahun dua bulan (14bulan) ammar Muhammad hari ni. dan Alhamdulillah dia dah boleh berjalan sendiri tanpa bantuan :)

Dah jadi mak-mak ni memang semangat kan bila tengok anak dah pandai buat satu-satu benda..macam contoh masa memula anak pandai nak meniarap dulu. kemain mak dia yang hepi siap tepuk tangan lompat bintang bagai. hehe

Sekarang ni tiap kali tengok motorsikal mesti Ammar Muhammad akan cakap vrom vromm.. siap tunjuk motor tu. setiap hari nak minta papanya bawak naik motor round kampung. demi anak yang satu ni papa penat balik kerja pun bawa jugak dia jenjalan naik motor. wah bahagia betul dia dapat bediri atas bakul motor sambil tangan genggam erat kat bingkai cermin. tak menoleh kebelakang dah dia :P

agaknya budak memang macam tu kan.. penat balik kerja pun boleh hilang bila dah jumpa anak. telatahnya membahagiakan.
 
 
letak gambar Muhammad masa umur 6 bulan sebab rindu masa dia baby.
 
 
 
 
SELAMAT ULANG BULAN YANG KE14 AMMAR MUHAMMAD :)

Isnin, 13 Julai 2015

Ramadhan dan Ammar..

Assalamualaikum dan salam Ramadhan yang ke 26..

Bulan mulia sudah semakin hampir pergi meninggalkan kita..terasa berat melepas pergi bulan penuh barakah ini. Apakah Ramadhan kali ini telah di isi dengan sebaik baik amal ibadah ataupun kita cuma membiarkan Ramadhan berlalu pergi

Hari ini hari terakhir aku bekerja sebelum mula bercuti  Raya pada esok hari..Kerja pun sudah ku siapkan awal-awal lagi..aku saja menaip nama Ammar di laman ‘youtube’, nama yang ku berikan buat anakanda sulung ku, namanya Ammar Muhammad. Apa yang keluar semua kisah tentang Ahmad Ammar iaitu seorang anak muda Malaysia yang telah syahid di Turki..perginya pada tahun 2013 dalam satu kemalangan di Turki tempat arwah melanjutkan pelajaran

Aku buka satu persatu cerita mengenai arwah Ahmad Ammar..cerita mengenai dia dari kenalan rapat, dari ayah dan ibunya. Sungguh dia seorang anak yang baik dan berbudi pekerti yang mulia. Semangat jihad di dalam dirinya sudah tertanam sedari kecil. Cukup terkesan dihati membaca sajak mengenai Ammar yang di kongsi :


Ammar,
Kau dipersiapkan oleh ayah dan bondamu
Untuk menjadi pemimpin ummah
Kau menelusuri sirah uthmaniyyah
Agar al-fateh teresap di jiwamu
Namun takdir Tuhan hanya Dia yang tahu

Ammar,
Saat anak muda lain leka mencari dunia
Engkau sibuk mengejar syurga
Saat anak muda mengeluh lelahnya dakwah
Engkau giat mengorak langkah
Merasai manisnya hidup bersyahadah

Ammar,
Kini kau lena abadi
Di sisi Abu Ayub Al-Ansari
Namun lenamu inilah
Yang mengejutkan lenanya hati-hati kami
Bahawa untuk tujuan apa kami di dunia
Sungguh benar kata-katamu
Cukuplah mati sebagai penasihatku

Ammar,
Engkau kini menjadi tauladan
Pencetus semangat
Untuk pemuda-pemuda di luar sana
Yang dipersiapkan demi ummah
Menjadi seperti al-Fateh
Menjadi seperti Ahmad Ammar

Berbahagialah di sisi Rabbul Izzati


**Sejuknya perut ibu mengandungkan arwah..semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Memiliki budi pekerti semulia Ahmad Ammar. tenanglah dikau di sana. Al Fatihah..


Selasa, 2 Jun 2015

Ulang tahun kedua perkahwinan

Assalamualaikum...



Sudah 2 tahun ikatan janji termetrai. sampai hari ini orang masih bertanya "macam mana boleh kenal husband?" kawan kerja ka..kawan masa study ka? aku senyum saja. Negeri kita jauh berbatu.. aku di Sabah dan kau di Melaka. Pada aku ukuran jarak itu hanya pada nombor sahaja. Jodoh itu rahsia Allah, siapa kita mahu menolak andai itu takdir ketentuanNya..

Kenal tak lama terus decide nak jumpa keluarga. 6 bulan tunang kita terus di satukan. Alhamdulillah...semuanya dipermudahkan dan aku harap semoga bahagia itu selamanya milik kita.


Dariku, 
Isterimu @ Mama Muhammad

#2ndAnniversary #01Jun2013

**rasa macam baru semalam kita disatukan..selamat ulangtahun perkahwinan buatmu

Selasa, 31 Mac 2015

Selamat Ulang bulan ke 7

Assalamualaikum...
 
 
Salam semuanya..sudah penghujung bulan tiga rupanya. suku tahun blog ini ditinggal sepi tanpa ada sebarang update terbaru..
 
Alhamdulillah semalam genap ulang bulan anak mama yang ke 7. Selama 7 bulan jugak Ammar Muhammad ku berikan 'titisan emas'. Harapnya dapatlah aku berikan sehingga dia dua tahun kelak.
 
 

Sibuk sekalipun..mama tetap akan selit sedikit masa untuk bekalmu sayang..
 
 
Sepanjang tempoh penyusuan ini aku jua pernah kecewa bilamana stok susu yang ku simpan semasa cuti bersalin rosak kesemuanya lebih kurang 400 oz jugak..kalau di kira-kira lebih kurang 80 botol penuh. Rasa nak nangis bila tau susu dah rosak (kes tertutup suis deep freezer masa balik kampung kat Sabah haritu) Aku fikir dari sudut positif, aku pujuk diri walaupun susah sebenarnya aku nak terima kenyataan yang kesemua susu tu dah rosak.uwaa..sedih
 
Mana tidaknya hampir setiap malam aku bangun semata-mata nak pam susu buat stok dengan harapan bila aku dah naik kerja nanti aku tidak perlu kelam kabut mengejar stok untuk bekal Muhammad ke rumah ibu pengasuhnya.ah...xmo la ingat cerita sedih tu lagi..sebab sekarang stok susu Muhammad dah cukup :) Syukur

 
 
 
tinggal kenangan...ini la stok susu Muhammad yang rosak tu



Aku akui bukan mudah sebenarnya untuk terus konsisten, kekuatan diri itu yang paling penting. Aku dari awal-awal mengandung memang dah pasang niat untuk terus susukan Muhammad.Alhamdulillah masih ada rezki untuk dia. semoga sentiasa cukup untuk bekalnya sehingga 2 tahun..perjalanan penyusuan masih jauh .


***oh ya harini dah 31 Mac 2015..selamat ulangtahun ke 37 buat abang sulung En. Jasman @ bapa sarah.. semoga terus diberikan kesihatan yang berpanjangan, bahagia di samping keluarga tersayang.

Selasa, 9 Disember 2014

Bercuti lagi

Assalamualaikum..

Jika tiada aral melintang esok aku akan mula bercuti..segan sebenarnya nak bercuti lagipun aku baru saja mula kerja selepas cuti bersalin 3 bulan..maafkan daku boss, kali ini aku terpaksa ambil cuti sebab hujung tahun begini mood balik kampung semakin membuak.ehe..lebih-lebih lagi kali ini kami pulang bertiga bersama 'orang baru'..

Cuti selalu ku manfaatkan untuk balik kampung :)

 
Dalam perancangan nak buat majlis Akikah sekali dah alang-alang balik kampung kan. kebetulan abang dan kakak semuanya balik. dapatlah kami 3 beradik berkumpul bersama. bukan senang nak berjumpa dalam satu masa tambah-tambah lagi bila semua dah kahwin. Kadang Hari Raya pun kami tidak dapat berkumpul semua sekali..
 
Dalam aku kalut tak sabar nak balik kampung, aku jua perlu siapkan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan kewangan.  Semua kena di siapkan baru dapat bercuti dengan tenang tanpa fikirkan masalah kerja. ah.. cakap tu macam pekerja cemerlang kemain lagi.



Selasa, 2 Disember 2014

Kembali selepas tiga bulan

Assalamualaikum...
 
Sepanjang tempoh 3 bulan banyak yang berlaku, dari berbadan dua hingga sekarang sudah bertiga :) Alhamdulillah aku sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 30 Ogos 2014 yang lalu..nampaknya dia keluar awal sehari dari tarikh jangkaan doktor..kalau si anak bertahan  sehari lagi boleh jadi 'Anak Merdeka'. takpe la yang penting semuanya selamat dan di permudahkan.
 
Sudah 3 hari aku naik kerja selepas cuti bersalin 3 bulan..masih mencari-cari mood kerja, tetiba rasa macam pekerja baru tak tau apa.. kebetulan office masih under renovation, dibesarkan bagi menampung penambahan ahli baru selepas penggabungan dua Bahagian, rakan sekerja pun makin bertambah dan aku harap moga semuanya boleh memberikan kerjasama yang baik.
 
Sesekali fikiran melayang terkenangkan si anak yang sudah 3 hari ku hantar ke rumah ibu pengasuhnya (bermula Jumaat lepas 28/11/2014). Alhamdulillah dia sepertinya serasi duduk di sana. bersabarla anak..bukan mama sengaja tinggalkanmu, mama harus bekerja sayang!

Assalamualaikum..nama kite Ammar Muhammad.
mama cuti 3 bulan rasa macam 3 ari je :P 
 
Semoga anak kita sentiasa dalam lindunganNya.. bersangka baik dan berterima kasih pada pengasuh semoga lembut hatinya menjaga anak kita seperti menjaga anak sendiri. Betul la orang kata menjadi seorang ibu harus kuat fizikal dan mental. Bangun berjaga di tengah malam perkara biasa, Amanah ini hanya pinjaman sementara semoga diri diberi kekuatan untuk membesarkan Anugerah terindah ini.. Begini rupanya perasaan seorang wanita bila sudah bergelar ibu..penat macam mana sekalipun diri akan jadi kuat juga demi anak yang tersayang.



**Melayan ragam anak kecil itu sebenarnya menyenangkan dan membahagiakan  andai kita menjadi seorang ibu yang bersabar.
 
 

Selasa, 26 Ogos 2014

Over due

Assalamualaikum..
 
Kalau di ikutkan Jumaat lepas hari terakhir aku bekerja...Semalam aku ada temujanji dengan doktor di hospital yang mana semalam juga (25 Ogos 2014) merupakan hari aku di jangka melahirkan. Tapi siapalah kita untuk melawan ketentuanNya.. Hasil dari pemeriksaan doktor, aku masih belum ada tanda-tanda mahu bersalin, 'jalan' pun masih belum buka.
 
Alhamdulillah keadaan baby semuanya baik, bacaan gula, tekanan darah tinggi semuanya normal cuma baby je yang masih belum ada tanda mahu keluar. Doktor bagi aku tempoh 6 hari lagi, kalau tanda nak bersalin masih belum ada aku kena 'check in' jugak dekat wad hospital 31 Ogos 2014 ni. Mahu tak mahu aku kena datang menyerah diri di hospital pada tarikh itu. Mungkin akan di beri ubat untuk paksa bersalin. Takut sebenarnya..tapi kena jugak hadapi detik itu..orang lain mampu aku pun mesti boleh, kan..

 
25 Ogos 2014 yang sudah berlalu..
 
 
Aku harapkan semoga dalam tempoh seminggu masa yang diberi ni akan adalah tanda-tanda bersalin, biar aku dapat melahirkan baby ini secara normal. Ramai yang nasihat suruh banyakkan berjalan, ya itu aku dah lakukan. Pasal tu aku mengambil keputusan untuk masih turun bekerja sedangkan aku boleh saja duduk berehat di rumah menunggu kelahiran ini..


**semoga semuanya di permudahkan...buatmu 'permata hati' yang bakal lahir, kami menantimu dengan penuh sabar, cepat atau lambat tidak mengapa asalkan kelak kamu akan keluar dengan sihat sempurna dan selamat..