Rabu, 28 Mac 2012

Wordless wednesday 2 - Dukacita

  
cuma nak kata tiada rezeki. itu je!!! 


kesinambungan dari entri temuduga yang menduga tempoh hari :(

** Adakalanya kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, tapi Tuhan beri apa yang kita perlukan.. Harus bersyukur dengan segala apa yang di miliki hari ini. Gandakan usaha, banyakkan berdoa Insya Allah akan berjaya..

Isnin, 26 Mac 2012

Desiran ombak pantai puteri

Semalam aku bertandang ke negeri itu
Negeri yang kaya nilai sejarahnya
Pulang bersama teman serumah
menghabis masa di desa nan indah

walau hanya semalam disana
banyak kenangan yang sempat ku lakarkan
bertemu mata dengan si dia
ku rasa bahagia bertamu di hati

Desiran sang ombak menjadi saksi
bersama menyaksi sang mentari
sungguh indah ciptaan yang ESA
Bersyukur aku atas anugerah rasa ini

Pantai Puteri @ Melaka

*** Sesekali menghabis masa di tepian pantai buat aku bermuhasabah diri. Kehidupan ini begitulah, sering di uji..Moga kita menjadi hamba yang setia pada yang ESA..sama seperti pasir yang setia di pantai walaupun di pukul sang ombak saban waktu dan ketika

Rabu, 21 Mac 2012

Rabu tanggal 21


21 Mac 2012..hari ini tiba lagi
ulang tahun kelahiran arwah Ayahanda yang tersayang
Sudah 4 bulan kembali kepadaNYA
Hanya doa ku kirimkan dari kejauhan
Agar dia tenang di alam sana




Al fatihah...


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Isnin, 19 Mac 2012

Cabaran Gunung Datuk

Sebenarnya aktiviti ini sudah berlalu hampir sebulan yang lepas. Lama bukan? kaki pun sudah hilang sakitnya..Walaupun agak terlambat aku tetap buat entri untuk ekspedisi mendaki Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan..


Pendakian kali ini agak berbeza dengan pendakian di bukit kutu dulu, kali ini kami terpaksa bermalam di puncak. Pendakian dimulakan seawal jam 1.00am dan kami sampai di puncak dalam jam 3.30am..di sebabkan kepenatan yang amat, kami berehat sebentar bersama kitkat  terus melelapkan mata dan bersedia untuk bangun awal di pagi hari. Semangat nak tengok matahari terbit di ufuk timur :)

Tadaaa....
Sang suria sudah muncul menyinari alam.chewah :)

Untuk ke puncak, kami terpaksa menaiki tangga yang disediakan..Pada sesiapa yang ada masalah gayat tu kena fikir panjang la..memang tinggi, hanya tali yang digunakan sebagai penahan tangga..yakin boleh, kuatkan semangat..tu makan die  :) 

masa naik mata tumpu kat tangga je..takot nak tengok bawah

Laluan sebelum sampai di puncak gunung, dipenuhi dengan batuan 

Dan...akhirnya kami semua sampai ke destinasi yang dituju, melihat pemandangan dari ketinggian 885m sungguh buat aku rasa macam nak duduk terus atas ni takmo turun dah..damai rasa hati melihat pemandangan yang betul-betul menenangkan jiwa.

layang-layang terbang melayang :)

tapak kaki di puncak gunung, siap ada air di dalamnya..unik!!!

Tepat jam 10.00am kami pun gerak turun dah. Macam biasa turun dalam keadaan berlari cuma kali ini kena lebih berhati-hati banyak akar kayu di sepanjang trek..tersilap langkah ada jugak yang jatuh tegolek-golek sampai ke bawah :)

Group lain yang baru nak gerak naik. yeah.. kami dah turun

Bila dah turun baru nampak keadaan sebenar trek yang kami lalui awal pagi tadi.huh macam tak sangka je boleh lalui semua ni dalam keadaan yang gelap dan boleh dikatakan kami mendaki dalam keadaaan lutut bertemu dagu. Boleh bayang tak? hehe...

Kepada pencinta pendakian sekalian, kalau nak ukur daya tahan korang cuba try taste tawan Gunung Datuk ni. kalau anda berjaya, anda memang seorang yang hebakkk

Sedikit info Gunung Datuk  yang perlu anda tahu.
Ketinggian: 885 meter / 2900 kaki
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.
Masa pendakian: 2-3 jam (bergantung kepada stamina masing-masing)
**Tiada sumber air di puncak, kena bawa bekalan air sendiri**