Isnin, 26 Mac 2012

Desiran ombak pantai puteri

Semalam aku bertandang ke negeri itu
Negeri yang kaya nilai sejarahnya
Pulang bersama teman serumah
menghabis masa di desa nan indah

walau hanya semalam disana
banyak kenangan yang sempat ku lakarkan
bertemu mata dengan si dia
ku rasa bahagia bertamu di hati

Desiran sang ombak menjadi saksi
bersama menyaksi sang mentari
sungguh indah ciptaan yang ESA
Bersyukur aku atas anugerah rasa ini

Pantai Puteri @ Melaka

*** Sesekali menghabis masa di tepian pantai buat aku bermuhasabah diri. Kehidupan ini begitulah, sering di uji..Moga kita menjadi hamba yang setia pada yang ESA..sama seperti pasir yang setia di pantai walaupun di pukul sang ombak saban waktu dan ketika

11 ulasan:

  1. Lama da x singgah mlaka
    kalo balik kg lalu je..hehe

    BalasPadam
  2. suka dgr bunyi ombak..rasa tenang je..

    BalasPadam
  3. AA~~kg katne? kte mmg suka bjln g tgk tempat orang :)

    BalasPadam
  4. dyabunga~~bunyi ombak amat menenangkan jiwa.chewah :)

    BalasPadam
  5. Salam kenal...

    NIce blog..
    Dah lame tak g pantai...

    BalasPadam
  6. lelamaisara~~salam kenal akak..blog kte biasa je, masih baru dan byk benda lg nak kena bljr :)

    BalasPadam
  7. nice sgt.

    xpernah lagi pegi :(

    BalasPadam
  8. cantik nya pantai puteri ;)

    BalasPadam
  9. Syfiqakarim~~ada msa nnt pegi la, nice view :)
    Ratu lissa~~mmg cantik..pantai pun bersih je. ingin ke sana lg if ada msa tluang :)

    BalasPadam
  10. Waduh, lama sudah tak bercanda di pasiran pantai. Ingin sangat mengejar matahari terbenam.

    BalasPadam
  11. Awan biru~~ Sesekali ke pantai best jugak kan..kat Putrajaya ni xda pantai tu yg smpai g melaka :)

    BalasPadam