Sebenarnya aktiviti ini sudah berlalu hampir sebulan yang lepas. Lama bukan? kaki pun sudah hilang sakitnya..Walaupun agak terlambat aku tetap buat entri untuk ekspedisi mendaki Gunung Datuk yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan..
Pendakian kali ini agak berbeza dengan pendakian di bukit kutu dulu, kali ini kami terpaksa bermalam di puncak. Pendakian dimulakan seawal jam 1.00am dan kami sampai di puncak dalam jam 3.30am..di sebabkan kepenatan yang amat, kami berehat sebentar bersama kitkat terus melelapkan mata dan bersedia untuk bangun awal di pagi hari. Semangat nak tengok matahari terbit di ufuk timur :)
Tadaaa....
Tadaaa....
Sang suria sudah muncul menyinari alam.chewah :)
Untuk ke puncak, kami terpaksa menaiki tangga yang disediakan..Pada sesiapa yang ada masalah gayat tu kena fikir panjang la..memang tinggi, hanya tali yang digunakan sebagai penahan tangga..yakin boleh, kuatkan semangat..tu makan die :)
masa naik mata tumpu kat tangga je..takot nak tengok bawah
Laluan sebelum sampai di puncak gunung, dipenuhi dengan batuan
Dan...akhirnya kami semua sampai ke destinasi yang dituju, melihat pemandangan dari ketinggian 885m sungguh buat aku rasa macam nak duduk terus atas ni takmo turun dah..damai rasa hati melihat pemandangan yang betul-betul menenangkan jiwa.
layang-layang terbang melayang :)
tapak kaki di puncak gunung, siap ada air di dalamnya..unik!!!
Tepat jam 10.00am kami pun gerak turun dah. Macam biasa turun dalam keadaan berlari cuma kali ini kena lebih berhati-hati banyak akar kayu di sepanjang trek..tersilap langkah ada jugak yang jatuh tegolek-golek sampai ke bawah :)
Group lain yang baru nak gerak naik. yeah.. kami dah turun
Bila dah turun baru nampak keadaan sebenar trek yang kami lalui awal pagi tadi.huh macam tak sangka je boleh lalui semua ni dalam keadaan yang gelap dan boleh dikatakan kami mendaki dalam keadaaan lutut bertemu dagu. Boleh bayang tak? hehe...
Kepada pencinta pendakian sekalian, kalau nak ukur daya tahan korang cuba try taste tawan Gunung Datuk ni. kalau anda berjaya, anda memang seorang yang hebakkk
Sedikit info Gunung Datuk yang perlu anda tahu.
Ketinggian: 885 meter / 2900 kaki
Lokasi: Rembau, Negeri Sembilan.
Masa pendakian: 2-3 jam (bergantung kepada stamina masing-masing)
**Tiada sumber air di puncak, kena bawa bekalan air sendiri**
HEBAK!!!!
BalasPadamWWK~~memang hebak klu lepas sampai ke puncak :)
BalasPadamStamina kene kuat ank daki bukit ni..kang semput lak
BalasPadamAzhafizah~~yap btl3..ktorang asik benti rehat je nak tambah stamina balik :)
BalasPadamwoaahh.. cam sonok je panjat2 bukit ni.. nak join jugakkk ~
BalasPadamyana~~kite mmg suke panjat2 bukit ngn gunung ni. sampai puncak tgk view yang mendamaikan.Subhanallah..
BalasPadamTakpalah, Awan tunggu kat kaki gunung jak. Hehehe...
BalasPadam