Pagi jumaat itu cukup hening
menyedarkan aku dari tidur yang tak berapa lena
memikirkan hari esok yang bakal aku tempuhi
menghadiri sesi temuduga untuk kesekian kalinya
Detakan jantung kali ini tidak seperti sebelumnya..
sesampai di pusat temuduga mata terpandang beberapa susuk tubuh itu
sungguh segak sungguh kacak memakai seragam biru
uniform KASTAM yang menjadi kebanggaan penyarungnya..
SPA, Putrajaya (17 Februari 2012)
Hatiku terdetik 'ah macam tiada peluang je kali ini'
memikirkan susuk tubuhku yang agak kecil daripada mereka yang ada
serasa nak tergelak pun ada jugak..
aduh...macam mana aku boleh terfikir mengisi jawatan ini dahulu
tidak mengapalah aku datang sekadar mencuba nasib, menimba pengalaman temuduga!
Mencuba sehabis baik itu janjiku dalam diri
andai rezeki memihak pasti akan terbuka jalan kejayaan
namun andai apa yang diharapkan tidak kesampaian,
jangan ditangisi kegagalan itu..perlu bangkit semula
berusaha dan terus mencuba dimasa akan datang..
**Melalui sebuah kegagalan, terjatuh dan merangkak untuk bangun semula akan membuatkan kita lebih menghargai pada suatu kejayaan yang bakal kita kecapi kelak. Manisnya kejayaan akan lebih terasa..
Betul tu Sis. Kejayaan memang manis jika penuh onak duri. Terasa puas setelah berhempas pulas mencapainya.
BalasPadamAwan Biru~~ Usaha yang paling penting, andai sekali terjatuh perlu bangkit semula.kuatkan diri..itu jalan yang sebaiknya :)
BalasPadam