Aku sebenarnya tidak tahu mahu mulakan entri ini daripada mana..lately aku kerap membelek koleksi gambar lama yang ada dalam simpanan. Folder 'Pic DPM' acapkali ku buka...wajah-wajah mereka yang pernah bergelar rakan sekelasku dulu ku tatap satu persatu..sungguh, aku RINDU kalian..rindu semua sekali warga DPM yang tersayang. Indahnya saat itu kan! sewaktu kita sama-sama menuntut di sana, kenapa dulu aku tidak menghargai setiap masa bersama kalian. Kenapa sekarang saat kita semua berjauhan baru aku merasakan ingin kembali semula kewaktu itu..sedangkan kenangan yang kita ciptakan dulu semakin jauh kita tinggalkan :( sudah 4 tahun ia berlalu..
wajah-wajah yang kurindui..terima kasih memberikan kenangan
Sekarang masing-masing membawa haluan sendiri, ada yang sudah bekerja, ada yang sedang menunggu masa untuk bekerja, ada yang masih menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, ada yang sudah menjadi tunangan orang, menunggu masa untuk disatukan kelak dan ada jua yang sedang berbahagia dengan kehidupan berkeluarga. Faktor ini mungkin penyebab kita jarang berhubung, masing-masing punya komitmen sendiri.
apa pun terjadi kita semua tetap kawan kan
Tapi itu semua tidak menjadi penghalang untuk kita saling berhubung. Walaupun kita terpisah oleh lautan tapi kecanggihan teknologi tidak membataskan semua itu. Tambah lagi adanya mukabuku yang saban hari menjadi medan untuk kita saling berhubung. Seminggu yang lepas aku ada menghubungi seorang teman sekelas dulu, Christy.. sudah agak lama aku tidak mendengar khabar beritanya, saja pesanan itu ku hantar wish Chinese New Year padanya...ya, pada 24hb Januari hari yang sepatutnya dia bergembira meraikan perayaan yang hanya datang setahun sekali.
dan.......apa yang amat mengejutkan berita ini yang aku terima!
Saat perkhabaran itu ku terima aku hanya terdiam...seolah tidak percaya berita yang baru ku ketahui. Aku tertunggu engkau menjawab pertanyaanku yang ingin mengetahui lebih lanjut..menunggu dan menunggu tapi ternyata engkau memilih untuk terus berdiam..pertanyaanku itu engkau biarkan tanpa jawapan. Aku terfikir ah mungkin engkau terlepas cakap mungkin pada mulanya ko tidak mahu memberitahu kami apa yang kini engkau alami. Lantas aku panjangkan pertanyaan itu pada teman yang lain..aku inginkan kepastian, mungkin mereka punya jawapan tapi ternyata mereka jua tidak mengetahuinya. Masing-masing terkejut dengan perkhabaran itu..Kanser di tahap 4
senyuman sama dalam dua keadaan yang berbeza..
Kini....perkhabaran itu sudah sampai ke pengetahuan ramai, Dinding mukabuku mu dipenuhi dengan kata-kata semangat dari teman yang mengenali. Ramai yang mendoakan kesembuhanmu, Christy... kena terus kuat untuk melawan sakit itu.. yakinlah setiap penyakit pasti ada ubatnya, semua boleh diusahakan tiada apa yang mustahil kan. Kami semua akan sentiasa mendoakan segala yang terbaik buatmu.
Bunga-bunga DPM :) Emmy, Eva, Christy, Dida dan rina
Kumbang-kumbang DPM :) Eddy, Dzul, Charles
Baru-baru ini ramai jugak kawan-kawan DPM yang datang melawat. Sungguh, mesti engkau terharu kan dengan kehadiran mereka, mesti diorang buat ko tertawa..itu aku boleh lihat pada raut wajahmu yang sentiasa mengukir senyuman..namun tiada siapa pun yang tahu betapa engkau menahan segala rasa itu, menguatkan diri melawan kesakitan, engkau menyembunyikan segalanya dari pandangan mata setiap mereka yang memandang. Aku bangga dengan ketabahan dan semangat yang ada padamu..dari raut wajah yang engkau tunjukkan tidak sedikit pun terpancar kesakitan yang engkau alami. Engkau sentiasa tersenyum, Christy...ketahuilah kami semua warga DPM amat menyayangimu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan