Rabu, 25 Januari 2012

Work Hard

Assalamualaikum...

Hari ini kembali bertugas setelah menghabiskan cuti CNY selama 4 hari..bagi yang memanfaatkan sepenuhnya cuti itu pasti merasa puas kan, yelah dapat merehatkan diri dari gangguan tugasan harian yang amat memenatkan badan. Pada aku bukan kuantiti cuti itu yang penting tapi kualitinya..Andai cuti dimanfaatkan sepenuhnya maka berkualiti la ia..


Andai kampungku terletak di Tanah Semenanjung ini sudah tentu aku antara mereka yang terawal angkat kaki sebaik sahaja cuti bermula..

Namun apakan daya kampung yang tercinta terletak jauh di seberang laut. Harus menyimpan untuk sesekali balik ke sana. Segalanya berbayar dan perlu ongkos yang banyak. Andai aku punya wang berjuta akan aku balik setiap minggu :) tapi itu tidak mungkin terjadi :( dari mana wang berjuta itu datang? aishhh apa aku merepek ni.

Cuti yang lama sebenarnya menyimpan kerja yang agak banyak buatku..kerja-kerja di hari cuti perlu diselesaikan,  aku sebenarnya mengajar diri ini untuk bersabar dan tidak merungut dengan bebanan kerja yang di amanahkan...Harap aku mampu jadi seperti itu.

Sekarang ni pun masih di tempat kerja menghabiskan tugasan yang masih berbaki. Esok aku kan sambung lagi,   sekarang kena kemas dan siap-siap untuk pulang ke rumah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan