Hari jumaat yang lepas seorang teman ada menghubungiku..bercerita perihal kehidupannya, bercerita kisah hati dan impian yang tidak kesampaian..mungkin dia senang untuk berkongsi segala cerita denganku...aku sekadar mendengar setiap keluh kesahnya, aku mahu tahu duduk sebenar cerita itu sebelum aku mula untuk meyuarakan segala apa yang boleh aku kongsikan bersamanya..
redha adalah ubat yang paling mujarab bagi merawat luka di hati
Bercerita mengenai kisah cintanya yang di khianati..bilamana semua yang terbaik telah diberikan dalam perhubungan, telah mencuba menjadi seorang yang cukup setia namun akhirnya dia ditinggalkan tanpa suatu alasan yang pasti. Siapa tidak bersedih, siapa pun pasti kecewa pabila hubungan yang sudah sampai ke pengetahuan keluarga yang cuma menunggu masa untuk bersatu dalam ikatan pertunangan namun semua itu hanya tinggal angan-angan..Pabila ada yang lebih baik cuba mendekati lantas dengan sewenangnya si dia yang setia itu ditinggalkan keseorangan.. alasan sering diberikan mencari sebab untuk memutuskan hubungan..
Sayang...jangan biarkan air mata itu terus mengalir..saat si dia pergi meninggalkan dikau bersabarlah menghadapi situasi genting sebegini..Redhakan segala apa yang berlaku..Yakinlah sesuatu yang lebih baik sudah sedia menunggumu dihadapan. Aku tahu betapa dia perlukan kekuatan untuk bangkit semula dari kegagalan masa lalu, aku tahu dia perlukan sesorang untuk mendengar segala apa yang di rasakan. Ia bukan semudah apa yang kita fikirkan. Luahkanlah segala rasa kecewa di lubuk hatimu..buang semua kisah kenangan engkau bersamanya..
Kita tidak boleh menilai hati seseorang itu dari luaran, kita tidak tahu apa sebenarnya yang ada jauh dilubuk hatinya. Adakah benar memberikan cinta seikhlasnya ataupun sekadar memberi sedikit cuma rasa itu. Usah memberikan sepenuh cinta pada makhluk yang bernama manusia, kelak kau akan kecewa. Berikan sepenuhnya cinta itu pada Tuhanmu..kerana jika kita mengejar cinta Allah pasti kita jua kan memiliki cinta manusia.
Pada saat ini pasti macam-macam yang bermain dibenakmu, aku tahu..pasti dikau kecewa pasti dikau tidak boleh menerima suratan ini pasti engkau masih mengharapkan dia kembali kepadamu. Sudahlah..cukuplah.. berhenti berharap pada orang sebegitu!!! Engkau perlu tahu engkau perlu syukuri bilamana Allah tunjukkan kecurangan nya di masa sekarang saat perhubungan antara kamu masih ditahap ini.. Itulah sebenarnya hikmah tersembunyi kenapa kamu di takdirkan untuk tidak bersama agar kelak di masa akan datang engkau tidak kecewa.
inilah yang dinamakan asam garam kehidupan..walaupun kita telah merancang segalanya dengan rapi namun andai Yang Maha Esa tidak mengizinkan..semua itu tidak mungkin akan berlaku.Allah adalah sebaik-baik perancang untuk setiap hambanya..harus pasrah, harus redha kena kuatkan diri menghadapi hari-hari yang mendatang.

**Setiap permulaan pasti ada pengakhiran..apabila kita meredhai satu pemergian, pasti akan datang yang lebih baik untuk kita selepas itu..biarkan saja ia berlalu pergi..cuba jadi seorang yang punya harga diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan