Selasa, 19 Mac 2013

5 hari 4 malam di Lahad Datu


Bila sebut nama Lahad Datu pasti kita akan teringat dengan 'peristiwa itu'. Aku sendiri seperti tidak percaya perkara sebegini telah berlaku di daerah kelahiranku, tempatku dibesarkan, bertatih jatuh dan bangun semuanya bermula di sini..Terkadang kita lupa keamanan yang kita kecapi hari ini semuanya akan direntap sekelip mata andai kita sendiri tidak berusaha mempertahankan nikmat yang kita miliki hasil perjuangan mereka yang terdahulu.
 
Sekarang semua serba ada, bangun tidur semua sudah tersedia di depan mata. Mungkin itu yang buat kita leka kita alpa kita merasa sudah cukup selesa sedangkan musuh cuma menunggu masa ingin merobek keamanan yang kita pelihara sejak sekian lama di bumi bertuah Malaysia.apesal aku tetiba emo ni.adei...
 
 
trak tentera, pemandangan biasa di sana..
 
 
Sepanjang perjalanan pulang dari airport Tawau ke Lahad Datu aku sempat menangkap gambar, Lapangnya hati bila sudah berpijak di daerah ini. seakan lupa kejadian sebenar yang berlaku disini.
 
Teringat kawan kat office, semuanya tak bagi aku balik kampung. risau akan keselamatanku (untunglah ada kawan yang ambil berat) Siap ada yang kata 'tak takut kena tembak ke'? ehe.. tidak mengapalah niat aku balik kampung cuma satu, mahu menziarahi emak yang masih kurang sihat..Sempat jugak menghantar emak ke hospital sewaktu bercuti hari tu..

 
Hospital di buka seperti biasa cuma agak lengang orang pun tidak ramai

 
 
sampai kat pusat bandar, lalulintas sudah mulai sesak
 
Kali ini pulang bercuti tidak lama, cukuplah sekurang-kurangnya dapat berjumpa emak dan merasa sendiri suasana di sana. Takut dan risau itu memang ada cuma dengan kehadiran anggota keselamatan yang berkawal menambahkan lagi keyakinan semua di sana.
 
Alhamdulillah keadaan sudah kembali pulih, masing-masing sudah menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Terima kasih anggota keselamatan, tabik hormat ku berikan buat kalian semua. Al-fatihah buat yang telah terkorban. Jasamu di sanjung tinggi


***hargailah keamanan yang dikecapi kini. Moga bumi Malaysia terus terpelihara hari ini, esok dan selamanya

15 ulasan:

  1. Semua ni ada hikmah. Kita jadi lebih bersatu-padu dan sayangkan negara kita. Insyallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yap rasa cintakan tanah air semakin subur... betapa mahalnya harga sebuah keamanan.

      Padam
  2. Kalau takde peristiwa gini, kita mungkin tak tau sejauh mana kemampuan pertahanan negara.

    Semoga kemelut ini dpt diselesaikn cepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yap, Selalu tengok aset pertahanan negara kat lima di Langkawi je. kali ni penduduk di sana dapat tengok live depan mata. jet pejuang, kereta kebal dll

      Moga semuanya kembali pulih

      Padam
  3. Alhamdulillah masih berpeluang menjejaki kan kaki ke kg halaman dengan selamat.... moga semuanya akan kembali aman seperti sediakala di Lahad Datu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur perjalanan ke sana semuanya lancar.. cuma keadaan sedikit berubah. bertembung dengan anggota keselamatan lengkap bersenjata perkara biasa. terasa selamat dengan adanya mereka

      Padam
  4. alhamdullillah sudah tenang kemabli,tapi masih harus waspada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak IM,
      Depa ada di mana-mana tu yang kena waspada selalu

      Padam
  5. Harap semuanya akan berakhir dgn cepat ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yakin dengan anggota keselamatan di sana :)
      Iringi perjuangan mereka dengan doa

      Padam
  6. tkt kan..mtk2 lah cpt selesai..

    BalasPadam
  7. o...

    kamu ada balik balik L.Datu pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada nong minggu lepas, balik kejap..
      bulan depan balik lagi :)

      Padam
  8. Alhamdulillah , nampaknya dari apa yang dilihat dan didengar diberita suasana disana semakin baik...apa pun harus berwaspada..

    BalasPadam
  9. Hi Bunga Tulip
    thanks for following my blog.. hehe baru juga sedar. Now I wanna follow yours.
    I can understand why you wanted to come visit your kg halaman.. especially with that incidents kan. Mesti kamu risau especially as your family is there. I can imagine.. Thank God everything is fine and hope your mum is better.
    Cheers

    BalasPadam