Assalamualaikum buat semua...
Entri pertamaku di awal tahun Dua Puluh Tiga Belas
Permulaan cerita ku abadikan di hari Jumaat yang penuh keberkatan. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA. Entah bagaimana harus aku mulai penulisan ini, semangat tidak seperti selalunya..
Semangatku sudah tinggal separuh yang masih bersisa. selalunya saat aku punya masalah orang pertama yang akan aku hubungi sudah tentu emak tersayang, walaupun suaranya ku dengar lewat telefon tapi nasihat dan kata-katanya sudah cukup membakar semangatku untuk bangkit semula meniti kehidupan yang tidak pernah lari dari masalah.
6 Januari 2013 sekitar pukul 4.10petang, itu kali terakhir mendengar suara emak di telefon, masih sempat bergurau senda, begitulah rutin harianku walaupun jauh aku tidak pernah lupa menghubungi emak setiap hari bertanyakan khabar beritanya. Beberapa jam selepas itu, aku mendapat perkhabaran dari kampung emak jatuh pengsan di rumah dan emak di masuk kan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Serasa tidak percaya, baru berapa jam yang lepas mendengar gelak tawa emak, kini perkhabaran sebegini yang aku terima.
Aku menarik nafas panjang, cuba beringat padaNYA..besarnya dugaanMU ya Allah. Perlahan-lahan aku duduk mengingatkan diri supaya terus kuat. Menerima panggilan dari kakak dan abang lagi membuat air mataku tidak tertahan. Kami 3 beradik semuanya jauh dari kampung, kami sepakat terus pulang menjenguk emak. Kali ini pulang dengan seribu rasa, tidak seperti bulan lepas, aku pulang dengan seribu harapan. sepanjang perjalanan ke kampung, cuma air mata menjadi peneman setia. Dalam hati tidak putus berdoa moga emak terus diberi kesihatan yang baik. Mak.. kuatkan semangat melawan sakit itu ya mak.
Sesampai di hospital doktor mengesahkan emak menghidapi strok disebabkan tekanan darah terlalu tinggi dan telah menyebabkan sebelah kiri badan mak lumpuh. Siapa pun tidak menyangka emak yang selama ini aktif dan tidak pernah mengadu sakit kini terlantar, percakapan emak pun sudah tidak jelas kedengaran. Aku memujuk hati menerima hakikat ini, aku tahu DIA menguji kerana DIA mengasihi setiap hambanya. Kami adik beradik akan berusaha merawat emak, berikhtiar mencari penawar. Harapan kami cuma satu, mahu melihat emak kembali sihat, mahu melihat senyuman emak!

Baru beberapa hari aku kembali bertugas setelah pulang dari kampung halaman di Lahad Datu, Sabah. Lebih seminggu disana tiap malam aku tidur bersama emak, bermalam bersama di hospital hinggalah emak dibenarkan pulang ke rumah. Betapa beratnya kaki melangkah pulang ke sini bila mengenangkan emak yang terpaksa ku tinggalkan. Mak...cukup bersalah ku rasakan, tidak sanggup sebenarnya aku meninggalkan emak dalam keadaan terlantar sebegitu. Jauh di sudut hati aku mahu menjaga emak, aku mahu di sisi emak 24 jam, menjaga emak dengan sepenuhnya. Nanti aku kembali lagi ya mak, harap mak sabar menunggu kepulanganku. Kuatkan semangat, emak pasti boleh sembuh. Itu yang aku bisikkan di telinga emak. Aku akan sentiasa mendoakan kesembuhan emak.
***Sesekali ada jugak terlintas ingin mengambil cuti separuh gaji dan pulang ke kampung halaman menjaga emak. mungkin itu yang sebaiknya kan.
be strong.. doa, sabar dan tawakkal.. kalau memang perlu apa salah korbankan masa untuk bersama mak..
BalasPadamKak Jan, itu yang aku mampu buat dari kejauhan ni. cuma mendoakan mak cepat sembuh
Padamkalo itu yg terbaik bg awk, sebelum ape2 terjadi..better awk bercuti dan jaga beliau..moga awk x menyesal kemudian hari.. Semoga mak awk cepat sembuh dgn adanya anak2 beliau sbgi penguat semangat.
BalasPadamCik Cammy Lia~~Buat masa ni abang dan akak saya yang jaga mak di kampung. setiap hari saya kol diorang tanya perkembangan emak. alhamdulillah ada perubahan sikit..
Padamsalam..
BalasPadamberat sungguh ujian itu
tapi SABARlah..
mau dengar satu cerita?
adik angkat saya dulunya keje swasta
byk kali minta gomen x dapat2
nak jd citer mak dia sakit..dia ambik cuti tanpa gaji dan akhirnya benti keje sbb mmg xde org lain boleh jaga mak dia.2 tahun dia jaga mak,dan akhirnya mak dia sembuh dn x lama tu dia dipanggil intebiu keje gomen
smpi skrg saya masih igt kisah dia.
mgkin berkat jaga ibu,rezki dia utk dpt keje
Salam Kak Irfa,
Padamalhamdulillah mungkin suma tu berkat dia jaga mak yang sakit dan usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa.
Itulah yang dinamakan hikmah tersembunyi
Dalam dia diuji, Allah titipkan rezeki kerja untuknya.
Salam BungaTulip...
BalasPadamBanyakkan bersabar ye.... ujian Allah untuk hambanya bermacam-macam, Kata orang pahala menjaga ibu yang sakit sungguh besar. Tahun lepas pun saya hampir2 apply cuti separuh gaji sebab nak jaga mak. Tapi nasib saya agak baik sebab KL-KB dikira masih dekat kalau nak bandingkan dengan KL-Sabah.
Saya cuti 3 minggu, dan 2 minggu sekali saya balik. 3 bulan lepas tu mak saya sembuh sepenuhnya sampai sekarang. Alhamdulillah..
Sabar ye
Salam SR,
BalasPadamBetul la ujian Allah itu memang bermacam-macam kan
harus bersabar menempuh segalanya, kalau kampung dekat memang saya akan balik setiap minggu
nak tanya, mak SR dulunya sakit apa?
kata orang lau kena strok kena rajin wat fisio dan berurut
itu yang kami cuba usahakan.
Mak IM juga menghidap strok. Sekarang dijaga oleh adik IM yang terpaksa berhenti kerja kerana beliau.
BalasPadamIM pesan pada adik IM: kamu beruntung sebab berpeluang jaga mak. Sedikit saja lagi: jika kamu taat pada suami kamu dan taat pada suruhan Allah; syurga itu bulat-bulat untuk kamu!
Sejujurnya mau jadi seperti itu..moga terus diberi kekuatan untuk menjaga semua keperluan makan dan pakai mak...doa juga tidak putus untuk mak
Padamsemga emak awak cepat sembuh dan tabah hadapinya..
BalasPadamsemoga tabah menghadapi ujian dariNya
BalasPadamSalam Bunga Tulip,
BalasPadamSemoga tabah dgn dugaan ini. Dari kejauhan Maklong foakan bonda BT semboh segera.
CKJ~~Mudah-mudahan
BalasPadamRedza~~Bertabah menghadapi segalanya
Mak Long~~Terima kasih atas doanya, alhamdulillah emak skrg dah bertambah ok. perlukan rawatan susulan, fisioterapi..
Doa anak adalah terbaik...
BalasPadamjangan pernah berhenti berdoa :')
BalasPadam