Sabtu, 2 Mac 2013

Hometown

Lahad Datu...
cuma sebuah daerah kecil
di timur negeri bawah bayu

Lahad Datu...
sekitarmu dikelilingi lautan
gugusan pulaumu berserakan
hembusan anginmu cukup mendamaikan

Namun hari ini,
Hilang semua kedamaian itu
sekelip mata keadaan berubah
melahirkan debar di setiap hati
buat bonda, keluarga, anggota keselamatan
dan semua di sana, bertabahlah...
semoga sentiasa dalam lindunganNYA




















**Al fatihah buat pasukan keselamatan yang terkorban di sana, padaku mereka adalah pejuang bangsa yang berjasa.  doakan insiden ini segera di selesaikan



12 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/3/13 1:15 PTG

    Salam BT,

    Sedih dengan apa yg terjadi di lahad datu.

    Takziah pada keluarga mereka yang terkorban dan Al-Fatihah untuk roh arwah2,

    Semoga mereka dimasukkan dalam gulungan orang-orang yang soleh dan sodhigin.

    BalasPadam
  2. Salam Mak Long

    sedih tengok keluarga mengebumikan jenazah Allahyarham2 anggota komando VAT69 yang terkorban. semoga keluarga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan olehNya

    BalasPadam
  3. Salam Bunga Tulip.... lama sungguh menyepi.

    Harap2 semua saudara mara dan pasukan keselamatan yg yang berada kat sana semuanya selamat dan dalam perlindungan Allah.

    Sedihkan bila negara kita yang aman damai selama ini dah mula ada kekecohan

    BalasPadam
  4. Salam SR,

    Risau jugak dengan keadaan di sana, cuma berdoa dari jauh
    yakin dengan anggota keselamatan kita yang berjuang..
    harap keamanan negara terus diperlihara..itu yang utama


    BalasPadam
  5. kena call sentiasa... hope SABAH kembali AMAN DAMAI... AMIN...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dwaty,
      setiap hari saya kol bertanyakan berita di sana
      setakat ini alhamdulillah dengan kehadiran anggota keselamatan, rasa lebih selamat.

      Padam
  6. Ya. Bunga tulip... dah tak tahan menahan resah di hati ni.. moga semuanya kembali tenang dan askar sulu menyerah kalah dan berdamai dengan kita.. Kita pun bukan kejam tapi mereka yang paksa kita bertindak balas. hurmm

    moga roh-roh pejuang kita di cucuri rahmat. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la nong, peluang berdamai dah lama di buka..
      semua ini pilihan mereka. sama-sama kita doakan moga keadaan di sana kembali aman. rindukan suasana LD yang dulu..

      di KK ok jugak ka?

      Padam
  7. semoga tiada lagi nyawa yg melayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak kamsiah,

      itu yang kita semua harapkan..tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban. cukuplah..

      Padam
  8. Nyawa jadi taruhan, semoga keluarga pasukan keselamatan diberi kekuatan

    BalasPadam
  9. moga akan damai kembali.doa saja.insyaAllah.

    BalasPadam