Memaparkan catatan dengan label kampungku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampungku. Papar semua catatan

Selasa, 9 Disember 2014

Bercuti lagi

Assalamualaikum..

Jika tiada aral melintang esok aku akan mula bercuti..segan sebenarnya nak bercuti lagipun aku baru saja mula kerja selepas cuti bersalin 3 bulan..maafkan daku boss, kali ini aku terpaksa ambil cuti sebab hujung tahun begini mood balik kampung semakin membuak.ehe..lebih-lebih lagi kali ini kami pulang bertiga bersama 'orang baru'..

Cuti selalu ku manfaatkan untuk balik kampung :)

 
Dalam perancangan nak buat majlis Akikah sekali dah alang-alang balik kampung kan. kebetulan abang dan kakak semuanya balik. dapatlah kami 3 beradik berkumpul bersama. bukan senang nak berjumpa dalam satu masa tambah-tambah lagi bila semua dah kahwin. Kadang Hari Raya pun kami tidak dapat berkumpul semua sekali..
 
Dalam aku kalut tak sabar nak balik kampung, aku jua perlu siapkan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan kewangan.  Semua kena di siapkan baru dapat bercuti dengan tenang tanpa fikirkan masalah kerja. ah.. cakap tu macam pekerja cemerlang kemain lagi.



Selasa, 20 Ogos 2013

Raya pertama kami

Assalamualaikum...

Salam buat semua yang dimuliakan...dah masuk 13 Syawal baru berkesempatan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian semua. Masih belum terlambat lagi kan.ehe..Walaupun perkenalan kita semua sekadar di alam maya saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya saya pernah terkasar bahasa dalam sedar atau pun tidak..semoga ikatan ukhuwah antara kita terus berkekalan selamanya :)
 
 
anak kawan baik saya di kampung...namanya Rayyan Rizqi
 
Tahun pertama beraya dengan suami..sebenarnya sebelum berkahwin kitorang memang dah bincang pasal turn balik kampung beraya. haruslah decide awal-awal kan yelah Melaka - Sabah bukannya dekat dan suami bersetuju untuk pulang ke kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah. Cuti tak panjang, raya ke-3 kitorang dah berangkat balik ke Melaka.


perjalanan pulang... Land below the wind sudah kelihatan


Perjalanan pulang kami yang jauh bermula seawal pagi sebelum imsak kami sudah bertolak dari Melaka-Putrajaya-KLIA-Kota Kinabalu-Lahad Datu dan kami tiba di kampung halaman beberapa minit sebelum berbuka Puasa. Untung la sahur lewat dan berbuka puasa awal.ehehe...perjalanan jadi panjang sebab terpaksa menunggu lama di airport. Kami transit di Kota Kinabalu sebelum menaiki boeing 737 Mas Wings menuju Lahad Datu. Kan bagus kalau ada penerbangan direct Kuala Lumpur-Lahad Datu tak perlu nak singgah memana.
 
 
dalam bulatan merah = rumah saya :)
 
Masa tangkap gambar tak perasan pulak tertangkap gambar rumah sendiri. Rasa gembira membatasi segalanya..dalam masa beberapa minit lagi dah boleh berpijak di kampung halaman. Dari subuh kot perjalanan tak sabar nak sampai rumah..Oh ya, rumah saya dengan airport jaraknya cuma 2km. memang setiap hari tengok burung besi terbang atas bumbung rumah. Masa kecik-kecik dulu siap tunggu kapal terbang lalu nak lambai tangan sambil jerit bye bye :)
 
 
Buras Pulut dan Buras Koa = makanan wajib di hari raya
 
 
Ketupat dengan hari raya memang tak boleh dipisahkan, dah jadi menu wajib. Kat Sabah (khususnya bagi orang Bugis) Buras wajib disediakan sebagai juadah orang yang datang bertandang di Hari Raya. Ada dua jenis Buras yang kat atas ni guna pulut hitam dan guna beras biasa yang macam kita biasa masak hari-hari tu. Cumanya di tambah dengan sedikit garam dan santan. lepas tu bungkus dengan daun pisang dan di ikat rapi sebelum di masak selama lebih kurang 4-5 jam. Kaedah masak dia lebih kurang macam ketupat jugak.Buras sedap di makan dengan ayam masak lengkuas. tu memang geng dia..
 
 
hasil laut kima (sejenis tiram) dan rumpai laut (latok) yang masih segar
 
Raya ke-2 kami ke pasar, tekak nak rasa makanan laut pula. Ya, di Sabah makanan laut harganya masih berbaloi tiram ni seikat RM5 dan rumpai laut segar selonggok cuma RM1. Murah bukan, sampaikan suami saya nak beli semua jualan makcik tu. tipu. Macam-macam di belinya. Mana yang pelik dan susah nak jumpa kat Semenanjung dia beli sekadar ingin mencuba katanya. Tiram dengan rumpai laut ni kami tak masak, wat macam kerabu je..sekadar dibasuh bersih, perahkan air limau kasturi, letak cili padi, hirisan bawang dan sidikit garam.siap untuk dimakan. Senang bukan!
 
 
 
hasil laut yang telah dikeringkan, yang kat atas tu sotong kering.
sekali pandang macam wau pun ada.heee :P
 
Lepas ke pasar ikan kami gerak ke pasar lagi satu, yang menjual hasil laut yang telah dikeringkan.macam-macam jugak, ada sotong kering, udang kering, ikan bilis, ikan masin, udang geragau kering, gamat kering, belacan, dan pelbagai lagi. Harga? boleh la tahan sedikit murah dari harga pasaran di sini. bawa balik ikan bilis dan udang kering buat sedara mara belah suami. 
 
Dan raya ke3 kami bersiap-siap untuk pulang ke Melaka..cuti yang sangat singkat. Masa bujang dulu mau sampai 2 minggu bercuti raya.ehe...sekarang kena bertimbang rasa sikit. Syukur raya tahun ni saya masih berkesempatan pulang ke kampung halaman jumpa bonda dan sedara mara yang lain walaupun sekejap cuma.
 

Alhamdulillah kesihatan bonda dah ada perubahan yang sedikit baik dari yang dulu.sayang mak..
 
 
Raya kali ni satu pengalaman baru buat suami dari segi makanan banyak yang berbeza dengan apa yang dia biasa makan di sini.Pengalaman yang bagus buat dia barangkali..biar dia lebih mengenali budaya bangsa isterinya :)
 

Rabu, 19 Jun 2013

Bunga Tulip sudah di sunting...

Assalamualaikum....
 
Wah kemain lagi tajuk entri ni, sudah di sunting oleh sang kumbang katanya.ehe...apa-apa pun Syukur Alhamdulillah ku panjatkan kerana dengan izin-Nya segala perancangan bermula dari majlis akad nikah, persandingan dan majlis bertandang berjalan dengan lancar.
 
selamat datang buat semua tetamu yang di muliakan :)
 
 
Majlis perkahwinan dekat Sabah memang agak berbeza dengan majlis kat sini. aku  awal-awal dah bagitau husband suruh dia bersedia untuk sanding dari siang (lepas nikah) sampai la ke malam. Haritu kitorang sanding sampai jam 11.00 malam jugak. tengok tetamu dah tak ramai cecepat minta kebenaran nak naik rumah. 
  
abang kandung berbaju biru.. menjadi wali untuk pernikahanku..al fatihah buat arwah bapa yang telah meninggal dunia 2 tahun lepas :'( 
 
Majlis akad nikah buat lepas zohor di rumah bonda. Rombongan pengantin lelaki tiba pada waktu yang di janjikan..Sebelum nak masuk ke dalam rumah, pengantin lelaki kena cuci kaki terlebih dahulu. bukan guna banyak air pun sikit je, adalah orang tua yang agak arif pasal benda ni tolong buat sekadar basahkan sikit dekat stoking. Jangan tanya aku kenapa, sebab aku sendiri pun tidak tahu apa motif berbuat demikian. ehe... ikutkan jelah. Dengan 2 kali lafaz kami telah sah jadi suami isteri. rasa sebak, terharu, gembira semua jadi satu. aku sudah di miliki rupanya..dah jadi bini orang pun. akhirnya berakhir lah pencarian cintaku selama ini.chewah... ayat jiwang di situ.
 

suami vs isteri
lagu widuri buat si isteri
 
 
Selepas selesai akad nikah dan pembatalan air sembahyang, terus ke pelamin. bermula sudah persandingan kami. Persalinan pertama, oh ya baju nikah ni aku D.I.Y sendiri.. jahit pearl skali tampal lace. puas hati jugak pakai hasil tangan sendiri, murah dan jimat baju pun boleh simpan sampai ke tua. kalau nak sewa rasa tidak berbaloi..
 

 
Persalinan baju adat Bugis
 
Baju kuning ni sebenarnya baju adat suku kaum Bugis, ia juga dikenali sebagai 'baju bodo' atau 'waju tokko' dalam bahasa Bugis. Terdapat dalam pelbagai pilihan warna yang masing-masing ada maksud di sebaliknya. Setiap warna menunjukkan usia ataupun martabat si pemakainya. Pada masa kini ramai yang guna waju tokko sebagai persalinan pengantin dan juga sering  digunakan dalam majlis khatam  Al-Quran.
 


sempat kuar kejap petang tu gi buat outdoor
 
 
Memandangkan persandingan di buat sepanjang hari, yakni sampai ke malam makanya petang tu kami kuar outdoor ke tempat yang berhampiran sahaja. Itu pun tidak lama makan masa sejam pergi dan balik. Lokasi pilihan ialah di Lahad Datu Golf and Country Club, Batu 5 Jalan Segama. ok la dapat view pokok kelapa sawit yang merupakan hasil pertanian utama di daerah ini. Tambah dengan padang rumput yang menghijau..sejuk di pandangan mata.
 
 
 
pelamin kena serbu kanak-kanak riang.adei..
 
Lepas balik outdoor siap-siap untuk persandingan belah malam lagi. Punya la seronok anak sedara aku ni main sorok2 atas pelamin. apa dia ingat yang tengah duduk atas ni patung ke. Bebudak ni nak kena jelingan maut mak usu die kot.ehe..masa ni awal lagi, orang pun tak berapa ramai..si pengantin tengah syok layan orang live band tu nyanyi.erm sedap jugak suara depa ni..
 
 
malam masa potong kek pakai gaun kembang-kembang gitu..bukan selalu kan :)
 
 
adik-adik yang jadi orang kuat di hari bahagiaku...
 
Terima kasih juga buat semua ahli keluarga yang telah banyak membantu, sedara mara, sahabat dan semua samada yang hadir atau pun tidak..yang mendoakan kebahagiaan kami, terima kasih atas ingatan kalian. semoga kami dapat mengharungi segala dugaan hidup di alam rumah tangga. In Shaa Allah...


buatmu suamiku, terima kasih atas segalanya...

Selasa, 19 Mac 2013

5 hari 4 malam di Lahad Datu


Bila sebut nama Lahad Datu pasti kita akan teringat dengan 'peristiwa itu'. Aku sendiri seperti tidak percaya perkara sebegini telah berlaku di daerah kelahiranku, tempatku dibesarkan, bertatih jatuh dan bangun semuanya bermula di sini..Terkadang kita lupa keamanan yang kita kecapi hari ini semuanya akan direntap sekelip mata andai kita sendiri tidak berusaha mempertahankan nikmat yang kita miliki hasil perjuangan mereka yang terdahulu.
 
Sekarang semua serba ada, bangun tidur semua sudah tersedia di depan mata. Mungkin itu yang buat kita leka kita alpa kita merasa sudah cukup selesa sedangkan musuh cuma menunggu masa ingin merobek keamanan yang kita pelihara sejak sekian lama di bumi bertuah Malaysia.apesal aku tetiba emo ni.adei...
 
 
trak tentera, pemandangan biasa di sana..
 
 
Sepanjang perjalanan pulang dari airport Tawau ke Lahad Datu aku sempat menangkap gambar, Lapangnya hati bila sudah berpijak di daerah ini. seakan lupa kejadian sebenar yang berlaku disini.
 
Teringat kawan kat office, semuanya tak bagi aku balik kampung. risau akan keselamatanku (untunglah ada kawan yang ambil berat) Siap ada yang kata 'tak takut kena tembak ke'? ehe.. tidak mengapalah niat aku balik kampung cuma satu, mahu menziarahi emak yang masih kurang sihat..Sempat jugak menghantar emak ke hospital sewaktu bercuti hari tu..

 
Hospital di buka seperti biasa cuma agak lengang orang pun tidak ramai

 
 
sampai kat pusat bandar, lalulintas sudah mulai sesak
 
Kali ini pulang bercuti tidak lama, cukuplah sekurang-kurangnya dapat berjumpa emak dan merasa sendiri suasana di sana. Takut dan risau itu memang ada cuma dengan kehadiran anggota keselamatan yang berkawal menambahkan lagi keyakinan semua di sana.
 
Alhamdulillah keadaan sudah kembali pulih, masing-masing sudah menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Terima kasih anggota keselamatan, tabik hormat ku berikan buat kalian semua. Al-fatihah buat yang telah terkorban. Jasamu di sanjung tinggi


***hargailah keamanan yang dikecapi kini. Moga bumi Malaysia terus terpelihara hari ini, esok dan selamanya

Sabtu, 2 Mac 2013

Hometown

Lahad Datu...
cuma sebuah daerah kecil
di timur negeri bawah bayu

Lahad Datu...
sekitarmu dikelilingi lautan
gugusan pulaumu berserakan
hembusan anginmu cukup mendamaikan

Namun hari ini,
Hilang semua kedamaian itu
sekelip mata keadaan berubah
melahirkan debar di setiap hati
buat bonda, keluarga, anggota keselamatan
dan semua di sana, bertabahlah...
semoga sentiasa dalam lindunganNYA




















**Al fatihah buat pasukan keselamatan yang terkorban di sana, padaku mereka adalah pejuang bangsa yang berjasa.  doakan insiden ini segera di selesaikan



Rabu, 25 April 2012

Wordless Wednesday 4 - Pencopet


Bahasa Jiwa Bangsa

Pencopet = Pencuri / Peragut


***Semasa pulang bercuti raya tahun lepas aku ke sebuah klinik berhampiran, menemankan akak ipar yang kebetulan tidak berapa sihat. Terpandang notis ini, laju je tangkap gambar..Pencopet  merupakan bahasa pasar yang sering digunakan oleh masyarakat setempat di sebahagian daerah di negeri Sabah.

Rabu, 7 Disember 2011

Memori 2011 terpahat dihati

Pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan disember sekarang..sudah sampai ke penghujung tahun.Hasil apa yang telah kita perolehi sepanjang 2011??? beruntung kah kita..berhutangkah kita..gembira ka kita..ataukah kita hanya bermuram durja sepanjang tahun..tercapai ka segala apa yang diazamkan awal tahun ini..urmm mesti banyak kan cerita suka duka sepanjang tahun..begitu juga aku

November~~

Petang 9 November 2011 sekitar jam 2.30pm usai aku kerjakan solat zohor di tempat kerja mata terpandang telefon itu..ada banyak panggilan masuk di telefon beserta beberapa sms yang semua penghantarnya merupakan saudara dari kampung..serta merta perasaanku jadi lain seolah boleh mengagak pasti ada sesuatu perkara penting yang ingin disampaikan kepadaku..belum sempat aku membuka sms itu telefon berdering lagi dan aku mendapat satu perkhabaran pilu, menerima panggilan dari anak saudara di kampung. Bapa telah kembali kerahmatullah..perkhabaran yang membuatkan aku merasa detakan jantungku berhenti di saat itu juga..perkhabaran yang membuat air mataku berasak laju keluar dari kelopak mata milikku..perkhabaran yang membuat aku terkedu terkaku dan kurasakan seolah tidak berpijak disaat itu..otak tidak tahu berfikir apa diketika itu serasa hampir menjadi hilang pedoman..darah ku rasakan berhenti mengalir..

Cepat-cepat mengucap panjang..mengingatkan diri sendiri untuk aku terus kuat, sabar dan redha..aku seka air mata dengan jemariku..cepat2 mencapai telefon walaupun jemari terasa ketar, aku mendail nombor emak..sayup2 kedengaran suara itu dihujung talian..aku tahu dia menahan sebak di sana mencuba untuk kuat depan anak-anak. Emak cuma berpesan agar kami berhati-hati disepanjang perjalanan balik ke kampung halaman..aku mengiyakan saja pesanan itu kepala kuanggukkan tanda aku paham sebolehnya aku kuatkan semangat aku tidak mahu suara tangisanku sampai di telinga emak walaupun diketika itu air mata sudah basah dipipiku hati kecilku terdetik tabahnya emak menghadapi situasi sebegini. namun jauh di sudut hatinya siapa tahu kan mungkin sedihnya lagi berlipat ganda dari kami.

jujur kukatakan saat itu apa yang ada difikiranku ialah mahu segera pulang ke kampung, mahu memeluk emak..mahu bersama dia sepanjang waktu..mahu menyeka air matanya..mahu dia tahu bahawa kami anak-anaknya akan sentiasa di sisinya walaupun bapa telah pergi jauh tinggalkan kami semua.

Petang itu jua aku terus pulang ke rumah sewa mengemas baju sehelai dua untuk ku bawa pulang..surah yassin ku bawa bersama, air mata baru sahaja kering namun saat terpandang akan baju itu perasaan sebak kembali bertandang..baju yang aku belikan buat arwah tempoh hari sewaktu bercuti di Langkawi baju itu sepasang satu untuk mak satu untuk bapa..Aku jua ada membelikan ubat gamat kerana aku tahu arwah cukup gemarkan ubat sebegitu..namun semuanya tidak kesampaian..aku yang sepatutnya balik hujung bulan ini perlu berangkat lebih awal bagi menghadiri upacara pengkebumian arwah bapa yang tercinta..

Petang itu aku, akak, abang ipar dan dua orang anak buahku pulang bersama ke kampung..di sepanjang perjalanan ke airport masing-masing hanya berdiam diri begitu jua kedua anak buahku yang masih kecil seolah memahami apa yang sedang berlaku. sayang.. saat kita pulang ke kampung nanti tiada lagi atok yang selalu membelikan kalian berdua keropok dan mainan. sungguh aku rindu bapa..

Hanya kenangan dan ingatan terhadap arwah bermain dibenak ku ketika itu.Bapa..akhirnya dikau pergi meninggalkan kami anak-anakmu, meninggalkan keluarga yang sangat menyayangimu.tapi aku harus redha..aku harus kuat..Sudah tertulis pada jam dan ketika itu engkau akan kembali kepada penciptamu

Pak..saat aku menulis coretan ini sesungguhnya aku terlalu dan amat-amat rindu kepadamu..teramat..2 hari lagi genap sebulan pemergian bapa ke alam sana. rasa baru semalam aku mendengar suara bapa di telefon..bercerita sakit yang bapa alami..kalau diikutkan bapa sudah cukup lama menanggung sakit itu sejak 2004 lagi saat aku masih di bangku sekolah menengah..tahun aku menduduki SPM..bapa sering keluar masuk wad..terkadang aku terkenang segala kesilapan dan keterlanjuran yang pernah ku lakukan terhadap arwah..aku akui aku suka memenangkan setiap pendapatku..hanya aku yang betul dalam setiap perkara..mungkin pengaruh anak bongsu buat aku mahu sentiasa menang..orang selalu kata muka aku dengan arwah iras, mungkin pasal itulah bapa sabar akan kerenahku..jarang sekali aku dimarahinya

Bayangan wajah emak difikiran..lantas doaku pohonkan ya Allah kuatkan lah semangat emakku menerima qada dan qadarmu.. emak telah kehilangan seorang yang menjadi peneman hidup sepanjang 35tahun hayatnya..seorang yang satu ketika dulu mengambil amanah daripada keluarga emak..lalu tanggungjawab itu digalasnya untuk melindungi emak..untuk memberikan kehidupan yang terbaik buat emak..ya..arwah bapa telah melaksanakan tugasnya sebagai ketua keluarga dengan sebaiknya.itu aku harus akui..

Terlalu banyak pengorbanan untuk kami sekeluarga..bapa cukup gigih berkerja membesarkan kami 4 anaknya (arwah abang telah kembali kepadaNya pada 26/11/1990) Aku diketika itu baru berumur 3tahun, arwah abang jua pergi pada bulan November..memang bulan 11 ni meninggalkan banyak kenangan buat kami sekeluarga..

buatmu arwah bapa yang tersayang..anakmu ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu selalu. Akan ku titipkan doa buatmu moga aman dan tenang di alam sana..janji kami akan menjaga emak sebaiknya..Insya Allah semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah

Al-Fatihah...



**baru perasan entri lepas jua berkait soal kematian..Aku jua harus bersedia menghadapi semua itu..cukupkah amalanku untuk bertemu penciptaku kelak?? Ya Allah jadikan aku seorang hamba yang sentiasa mengingatiMu..jauhkan aku dari segala laranganMu..

Isnin, 5 September 2011

Masih di kampung

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri pada semua..hari ini merupakan syawal yang ke7..sudah seminggu syawal berlalu dan sekarang aku masih di kampung halaman menghabiskan cuti yang masih berbaki..cuti ada lagi seminggu so kena la manfaatkan sebaiknya..masa cuti memang di habiskan di rumah malas keluar, nak rehatkan badan secukupnya sebelum memulakan tugas pada minggu hadapan.perghhh.. rehat la sangat macam apa je padahal kat office dok buat-buat busy je yang lebih.haha :)

Tahun ini raya di sambut serentak dengan hari merdeka..suasana raya memang penuh dgn semangat merdeka..jalur gemilang pun di kibar serata tempat. bak kata pepatah SYAWAL DI RAIH MERDEKA DI HAYATI.chewahh...


bunga kebangsaan sempena merdeka raya :)

Masa bosan2 di rumah aku saja tangkap gambar, semua gambar ni tangkap dari tingkap dapur je kebetulan di belakang rumah ada pokok bunga raya. masa ni sekitar pukul 7-8 pagi..kat sabah jam-jam mcm ni matahari dah terang benderang.hehe...layan jelah gambar ni


lagi gambar di kampung...hijau bumi tuhan :)

ada pokok limau bali, pokok pisang, ubi kayu, kelapa, mangga macam-macam ada kan..tu yang best sedap je mata memandang pokok-pokok hijau ni


pokok keladi pun ada juga..


dan lagi pokok betik..

Yang ni betul-betul kat bawah tingkap dapur..ni mesti kes orang makan betik buang biji dia kat tingkap then tumbuh la pokok ni.haha..Tiada siapa pun yang tanam pokok ni.Untuk pengetahuan bersama betik kat Sabah di panggil juga sebagai kepayas..

mood: cuti-cuti 1 Malaysia :)