Baru-baru ini aku mendapat ajakan dari seorang teman lama yang ku kenali sejak kami mula menjejakkan kaki ke sekolah teknik suatu masa dahulu. Sekarang masing-masing sudah mempunyai pekerjaan..kebetulan juga tempat kerja dalam satu kawasan yang sama. Dari Sabah sampai ke Putrajaya kami still together2..
Baru sampai.. tangkap gambar kat tuan Penganjur
Teman mengajak aku untuk menyertai satu program yang dianjurkan oleh NSC (National Security Council) Ataupun dalam bahasa mudahnya di sebut juga sebagai Majlis Keselamatan Negara :) Tanpa ragu dan bimbang aku meng'iya'kan saja ajakan itu. Aktiviti macam ini lah yang aku tunggu selama ini. sangat-sangat teruja!!! Mendaki Bukit Kutu yang terletak di Perkampungan Orang Asli, Pertak, Kuala Kubu Baru. Selangor Darul Ehsan. He... lengkap betul alamat die :)
Semangat yang berkobar-kobar terpancar di raut wajah kami
Sebelum memulakan pendakian kami diberikan sedikit taklimat keselamatan yelah bila kite nak masuk hutan adab dan tingkah laku semua nak kena jaga kan.. dari segi kebersihan pun sama tak boleh buang sampah sesuka hati takut nanti ada yang 'marah'..Sepanjang pendakian aku sempat menangkap beberapa keping gambar antaranya....
Sungai yang mengalir tenang...
Batu yang memayungi bumi..sangat unik
Terowong asap peninggalan British
Pendakian di mulakan seawal jam 9.30am..masa memula ni memang semangat berkobar-kobar, semua nak jalan laju termasuk la aku. Mujur sampai jugak di puncak walaupun kerap kali berhenti rehat untuk mengumpul semula tenaga yang semakin lama semakin berkurang.
Sebahagian peserta pendakian
Track kali ni agak berliku, kena menyusuri beberapa anak sungai, lalu kat 2 jambatan gantung, kebun getah then sampai la ke kawasan hutan yang didalamnya terdapat pelbagai jenis tumbuhan pelbagai saiz..kena jalan kat akar pokok yang melingkari laluan utama..tu tak cite lagi pokok-pokok tumbang yang menghalang laluan pendakian.semuanya memang cukup mencabar..
Antara laluan sebelum sampai ke destinasi
Setelah melalui perjalanan yang berliku akhirnya tepat jam 1.30pm kami sampai di puncak masa tu jugak la kami terus keluarkan stok bekalan makanan yang ada antaranya megi dan coklat.ermmm...Nikmat sungguh tau makan megi di puncak bukit tambah lagi dalam keadaan badan yang letih.huh..semua makanan licin dikejakan :)
menikmati megi di puncak bukit...sangat menyelerakan
Saat kaki berpijak di ketinggian 1200 meter hilang segala penat lelah berjalan selama 4jam.Pemandangan yang sungguh memukau dari puncak melihat betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa..
Pemandangan di puncak bukit.Subhanallah..
Tepat jam 2.30 petang kami memulakan perjalanan untuk menuruni bukit kutu. Perjalanan turun makan masa tiga jam je..turun dalam keadaan berlari sehinggakan tanpa sedar kasut yang aku pakai terpisah dengan tapak..hehe ntah macam mana leh jadi macam tu.terpaksa berjalan dengan penuh berhati-hati mujur selamat sampai di kaki bukit tanpa berlaku sebarang kecederaan. Penat memang la penat tapi rasa puas hati melebihi segalanya...malam itu tidur dalam keadaan yang sangat nyenyak kaki dah rase macam ada simen di dalam nya, harap esok aku dapat berjalan seperti orang normal :)