Khamis, 27 Disember 2012

Ikatan Janji

 
 

 
dalam tidak sedar sudah  hampir sebulan aku menyarung cincin ini
aku berdoa, moga saja ikatan ini hingga ke lafaz mulia itu
lafaz akad yang akan menyatukan kita kelak.
In Shaa Allah dengan izinNYA
jangan pernah henti berdoa, moga kita terus di beri kekuatan
mengharungi segalanya.
 
 perancangan awal sekadar datang merisik khabar
akhirnya orang tua sepakat tunangkan kita sekali
 Benarlah kita sekadar mampu merancang,
mulanya merancang ikatan janji pada hari kelahiranku
namun siapa kita mahu menolak andai itu sudah ketentuanNYA
ikatan janji di awalkan sehari, ku kira itu petanda baik buat kita
tiada majlis semeriah orang lain, tiada barang hantaran, tiada gambar untuk diabadikan
sekadar kenduri doa selamat tanda syukur segalanya selesai.
 
cukuplah..
aku tidak meminta lebih, sekadar adanya saja
cukuplah sebentuk cincin dan kain pasang buatku
terima kasih atas pemberian itu.
 
mengharapkan segalanya yang baik-baik saja buat kita.

 
 
ikhlas dariku, untukmu..



***kata orang ikatan pertunangan ni punya banyak dugaan, mujur jarak antara kita jauh dan jarang sekali dapat berjumpa. tidak mengapalah. itu mungkin yang terbaik.
 


Rabu, 12 Disember 2012

Khamis, 8 November 2012

Dari Melaka ke negeri Pahang...

Assalamualaikum..

Serasa macam lirik lagu tajuk entri kali ini..cuma kebetulan itu antara catatan perjalananku sepanjang 2 minggu kebelakangan ini. Raya Aidiladha tahun ni aku dan akak sekeluarga menghabis masa bercuti di negeri bersejarah itu. Sempat berkunjung ke rumah si dia mengeratkan lagi silaturahim yang sudah sedia terjalin.


kena naik beca, baru lengkap pecutian ke Melaka :)

Tiga hari berikutnya aku  mengikuti teambuilding di Taman Negara Pahang. Menyusuri Sungai Tahan menaiki bot mengingatkan aku pada tempat pertama mencari rezeki satu ketika dulu..SK Bilit, Kinabatangan. Suasana tidak jauh berbeza sungai dan hutan yang masih terpelihara saujana mata memandang.

dah naik beca kat Melaka naik bot la pulak kat sini

Menyusuri sungai menikmati keindahan alam, jauh dari segalanya, jauh dari keriuhan kota yang kedengaran cuma kicauan burung yang setia menghuni kawasan ini..bunyi air yang mengalir tenang dari hulu hinggalah ke hilirnya.

tiba di 'lubuk kelah' warna gelap di dalam air itu lah bayang-bayang ikan kelah :)


sungguh....aku teruja lihat keindahan dan kejernihan sungainya

3 hari yang ku rasakan cukup bermanfaat di sini.

 

***Sepanjang di sini kami tidak berkesempatan singgah di perkampungan orang asli. Mungkin di lain hari aku boleh kembali lagi bertemu mata dengan mereka.


Jumaat, 19 Oktober 2012

Nikmat bahagia


Dewasa ini...
ujian hidup datang silih berganti
hadir menyapa tanpa di undang
 
terkadang...
terasa diri kembara sendirian
meniti hari membilang usia
berhadapan mereka yang punya sifat begitu dan begini
ah...sukar dimengertikan!
 

baru tersedar...
bersamaku ada keluarga yang sentiasa menyiram rasa kasih dan sayang
mendorong kala lemah,
membantu kala susah,
membayangkan wajah mereka sudah cukup buatku bahagia
 
Aku menSYUKURi kurniaanMU ini ya Allah
Terima kasih atas nikmat bahagia yang Engkau pinjamkan
 
Sayangi keluarga selagi mereka ada bersama kita..
 
 
 
Danau hatiku
~~bungaTulip~~
 

Rabu, 3 Oktober 2012

Rest In Peace..Christy Lee

Dulu...
aku pernah bercerita mengenai seorang teman di ruangan ini
bercerita betapa kuat, cekal dan tabahnya dia
hampir setahun melawan sakit itu..Kanser Tulang di Tahap 4



 
2 Oktober 2012...
teman yang cekal itu telah pergi buat selamanya
pergi selepas 6 hari menyambut ulangtahun ke-25
muda lagi bukan, tapi itulah ketentuan yang sudah tertulis

Rest In Peace Christy Lee.. 

Kenangan bersamamu selamanya di ingatan :'(


Isnin, 24 September 2012

Spegeti prego siap!

Assalamualaikum...

Semalam macam biasa menghabiskan cuti hujung minggu di rumah akak. Nak balik rumah mak agak jauh kena seberang Laut China Selatan, makanya aku buat keputusan muktamad duduk diam-diam di rumah kakanda yang tersayang...

Bila kita dok saja dirumah mesti tekak terasa nak makan itu ini kan, pantang tengok rancangan masakan dalam tb, sepantas kilat nak cuba resepi. Bila Chef Riz tunjuk cara mudah sediakan spegeti guna sos prego lelaju aku gi cari bahan. Konon nak buat yang macam dalam tb..nak yang macam tu jugak!


Nah...ini dia bahan yang cukup ringkas dan mudah disediakan 


potong ikut citarasa masing-masing. Siap sedia untuk dimasak..


Inilah hasilnya selepas gigih siapkan masakan di dapur

Sebenarnya sos prego ada banyak jenis, cara penyediaan dan bahan untuk spegeti pun ada pelbagai ia bergantung pada selera masing-masing. Memandangkan aku adalah penggemar keju dan sayuran makanya sos prego keju dan herba menjadi pilihan. Tambah dengan sayur brokoli @ sayur pokok lagi membuka selera. nyam2 :)

  
Setelah kedua bahan di campurkan inilah hasilnya



 ...dan lagi setelah di zoom in pada jarak yang lebih dekat


Akhirnya siap jugak Spegeti Prego Perisa Keju air tangan Bunga Tulip..Mengisi masa lapang dengan mencuba resepi baru seronok gak sebenarnya.  Sekali rasa ingatkan dok makan kat Secret Recipe dua kali rasa laa.. aku kat rumah rupanya :)

 


Khamis, 20 September 2012

Ucapan yang tertunda

Assalamualaikum...

Syawal yang sebulan kita raih sudah berlalu sebenarnya..arini dah 4 Zulkaedah..aci lagi tak nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' pada semua.Yelah terkadang tanpa kita sedari ada tutur kata mahupun perbuatan kita yang mengguris hati orang lain..


Raya bersama 'cucu kembar' @ 21 Ogos 2012
  
Walaupun perkenalan sekadar di alam maya ku mohon maafkan segala silap dan salah. bermaaf-maafan kan amalan mulia
 
bersama bonda..tahun pertama beraya tanpa arwah Bapa di sisi
 
 Tahun ni sempat beraya di kampung halaman 6 hari sahaja, tidak seperti tahun-tahun yang lepas menghabis masa di desa nan indah sehingga 2 ke 3 minggu lamanya. Raya ke-8 bertolak ke negeri Terengganu Darul Iman menghadiri kursus walaupun mod raya masih menguasai diri diketika itu..
 
 
buah tangan dari anak-anak Terengganu.Senyum sokmo dapat selendang pashmina


Kursus kali ini majoriti peserta dari Pantai Timur, ada yang bergelar ustaz ada jua ustazah yang kebanyakan mereka adalah guru di sekolah agama. Pengalaman dapat bekerjasama dengan kalian cukup indah untuk di kenang, banyak ilmu yang dikongsikan bersama.Terima kasih atas ukhuwah yang terjalin..


**bulan syawal tahun ni agak sibuk sebenarnya dari Sabah g Putrajaya g Terengganu g Melaka g Putrajaya balek sumanya dalam tempoh sebulan. Baru berkesempatan menjenguk blog..ulangtahun pertama blog pun sudah terlepas.aishhh..

Sabtu, 21 Julai 2012

Salam Ramadhan Al Mubarak 1433H

Ramadhan..
bulan yang mulia tiba lagi
hadirmu di nantikan semua

Ramadhan..
Engkau datang bersama
seribu kebaikan untuk aku, dia dan mereka
seluruhnya...



Moga kita mendapat keberkatan dariNYA


Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua :)

Khamis, 19 Julai 2012

Asam pedas versi Sabah

Asam pedas? ehe bila sebut asam pedas je mesti teringat Melaka, begitu jua bila berkunjung ke Melaka mesti nak makan asam pedas kan..makanya asam pedas dengan Melaka memang tidak boleh di pisahkan :)

Pernah hari tu aku yang tak berapa reti nak masak ni saja nak cuba try taste, yelah selalu makan asam pedas air tangan housemate (anak jati Melaka) sekali sekala nak jugak merasa masakan sendiri.

Dengan gigih aku pun sediakan bahan-bahan yang diperlukan tapi tak ikut resepi sangat, menurut kata housemate je dia kan sumber rujukan bila aku nak masak. Bahan-bahan pun ikut apa yang ada kat rumah dan ini jelah yang mampu di sediakan...


2 ekor ikan untuk 2 orang makan...ok la kan


 ya...kami masih menggunakan lesung pipit batu. oldschool gitu kan


 
berbekalkan api nyalaan kuning yang sewenangnya menghitamkan periuk

Masak punya masak, gaul punya gaul dan bila rasa kuah sedikit pekat aku tambah lagi dengan air asam jawa, bila terlebih masam aku tambah lagi sedikit garam..bila semua sekali bahan dah masuk dalam periuk dan kuah dah nampak rupa asam pedas cecepat aku tutup api. Tak nak bagi bendi lembik dan ini la hasilnya...


asam pedas versi Sabah :)

Makan makanan yang di masak sendiri cukup puas hati kan, sedap tak sedap tolak tepi la yang penting kita sendiri yang masak :) bila selalu masak lama-lama pandai la kan kira dah boleh kawin dah tu..

Rabu, 11 Julai 2012

Wordless Wednesday - Bekal


Ni ape kes muda belia dah korek tabung
(jangan tiru macam saya)


***Masa tengah sihat dan masih ada kudrat untuk bekerja ni beringatlah selalu.. Dalam kita sibuk berbelanja itu dan ini jangan lupa menyimpan sedikit bekalan untuk kita di hari tua kelak :)

Jumaat, 8 Jun 2012

Lain tempat lain dugaannya..

Jumaat...Masuk hari kelima bertugas ditempat baru, suasana baru, rakan sekerja baru semua pun serba baru.

Kena bermula dari kosong..kena pandai hidup berdikari..kena pandai timba ilmu sendiri mencari siapa yang sudi mengajar ilmu pekerjaan di tempat yang sebenarnya begitu asing bagiku. Kalau di turutkan hati mau hari-hari menumpahkan air mata. Ah pergi jauh-jauh dariku, aku mahukan kekuatan aku mahukan semangat, itu sebenarnya yang perlu ku cari di waktu ini.

Bilamana hati bertukar kental, semangat menjadi benteng diri, disitu kita akan mendapat kekuatan untuk melawan segala apa cabaran yang mendatang. Dugaan itu ada di mana-mana, hanya diri sendiri yang perlu bersedia menghadapi segalanya.

tersimpan di dalamnya amanah yang perlu di pikul dengan penuh tanggungjawab

Percaya la wahai hati..ini semua hanya cabaran untuk sesuatu yang jauh lebih baik di hari kemudian. Permulaan memang selalunya begitu ia akan datang bersama dengan dugaan yang penghujungnya akan berakhir dengan kemanisan. Allah telah merancangkan segala yang terbaik buat hambanya, usah di tanya kenapa kita di uji tapi kita perlu syukuri setiap apa saja ujian yang di beri..Allah menduga kita tatkala kita jauh dariNYA. DIA mengingatkan kita untuk selalu mengadu kepadaNYA, meminta perlindungan dan kasih sayangNYA..

Allah sentiasa ada untuk mendengar luahan hati, meminta la hanya padaNYA. Dikuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh. Di hari depan pun kita tidak tahu pengakhiran apa yang akan kita perolehi. Moga sentiasa dalam redha dan lindungan ILAHI..


** dimana pun tempat kita mencari rezeki, itu bukan ukuran, yang penting kena ikhlas kan hati. semoga kita semua mendapat rezeki yang berkat dariNYA. di situ akan terasa betapa manisnya nilai sebuah pengorbanan :)

Khamis, 24 Mei 2012

Semalam di sana

Tahniah kepada semua yang cemerlang


Semalam menghadiri satu majlis kat tempat kerja..antara event terakhir aku di sini sebelum memulakan tugas di tempat baru..Di mana? aku sendiri pun tidak pasti.. belum ada penempatan khusus diberikan.

Esok hari terakhir bertugas, ah... boleh tak masa itu di panjangkan lagi. Rasa tidak cukup aku menimba pengalaman 3 tahun di sini. Bermakna aku harus meninggalkan semuanya, tidak mengapalah andai diberikan kesempatan di lain masa pun kita boleh berjumpa lagi. Moga pautan ukhuwah antara kita terjalin selamanya :)

 Apa pun aku mensyukuri nikmatmu Tuhan, moga ada rezeki yang lebih baik menantiku disana. Disebalik khabar dukacita dulu, rupanya Engkau titipkan aku kegembiraan di hari ini. Alhamdulillah..

Rabu, 16 Mei 2012

Terima Kasih Cikgu!

Guru, Cikgu, Teacher, Sir, Sifu atau apa sekalipun panggilan yang diberikan mereka semua adalah pendidik anak bangsa yang berjasa. Tanpa mereka kita bukan siapa-siapa pada hari ini..Chewah ayat pembelaan di situ :)

Masuk kelas je mesti ada yang menempek depan meja.he...

Teringat kenangan masa lalu, zamam muda mudi saat aku bergelar GSTT (sekarang sudah berpencen) mengajar di sebuah daerah pedalaman di negeri kelahiranku. Pengalaman takyah cakap terlalu indah untuk dikenang..tambah lagi mengajar dekat kawasan pedalaman yang memang banyak cerita pahit manisnya..


Adei..aku tenggelam di lautan murid :)

Apa-apa pun kepada semua guru khasnya yang mengajar di kawasan pedalaman, kuatkan semangatmu walaupun kemudahan tidak selengkap apa yang ada di bandar teruskanlah khidmat bakti. Semua murid di sana amat mengharapkan curahan ilmu daripadamu. Ilmu itu lah yang menjadi penentu cerahnya masa depan mereka di hari kemudian. Teruskan berjuang demi anak bangsa yang tercinta. Majulah profesion keguruan untuk negara.ehe..semangat! semangat!!!

kenangan suatu masa dahulu..


Hari ini 16 Mei tiba lagi.. Ucapan Selamat Hari Guru aku titipkan buat semua warga pendidik. Terima kasih atas segala jasamu, terima kasih atas segala tunjuk ajarmu, terima kasih atas segala keprihatinanmu..Jasa baktimu tiada tandingan. TERIMA KASIH CIKGU!

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


**Pernah terima hadiah hari guru dari pelajar, terharu rasa hati pabila menerima kad ucapan buatan tangan. Ah..bukan hadiah mahal yang cikgu harapkan cukup kamu buktikan yang kamu juga mampu cemerlang setanding mereka di bandar.  Moga berjaya ke puncak menara!

Selasa, 8 Mei 2012

Kepurung Jantung Pisang

Salam petang semua. Ada berapa minit je lagi nak balik kerja..kang sampai rumah nak sambung kerja masak memasak pulak..

Tetiba teringat kepurung, ada sesetengah orang panggil kapurung. Bila aku google search taip 2 nama ni benda yang sama gak kua. Tak kisah la nama ape pun yang pasti ia memang sedap lebih-lebih lagi bila dapat makan beramai-ramai sambil tengok tibi siaran percuma. 

Kalau nak tahu ini la kepurung, masak kat rumah awal bulan lepas haritu..

sambal cili tomato/sambal bilis/bebola kanji

Kesemua bahan-bahan di atas akan di campurkan sekali. Nak lagi kaw-kaw letak la cili tu sebanyak yang boleh mengikut daya tahan pedas masing-masing. Makan kepurung ni mengenyangkan sebab ia diperbuat daripada tepung kanji. Ada sesetengah orang guna tepung ubi kayu kalau di Sabah guna sagu. Tapi kat semenanjung ni macam tak pernah jumpa lagi la. So kalau nak senang pakai tepung kanji jelah ea..

kuah...rupa memang tak berapa nak lawa, tapi rasa die terbaek..

Nak masak kepurung ni senang je, kuah die macam kite buat sayur masak air tapi kena tambahkan dengan sedikit belacan. Gambar kat atas ni kitorang guna sayur bayam dan letak jantung pisang yang dah siap rebus. Tapi terpulang selera masing-masing, sayur kangkung pun boleh jugak. Tambah ikan sardin setin dan letak la garam secukup rasa, takyah banyak sebab belacan tu dah masin.


Tadaa...Kepurung siap sedia untuk dimakan :)

Aku ni sekali sekala je rajin masak kat rumah..bukan malas tapi tak rajin nak makan sorang-sorang. Housemate yang lain semua on diet. So aku pun jadi tak selera nak makan bila terpaksa dok menghadap makanan sensorang. Ada sekali tu aku bagi la diorang makan kepurung, semua kata first time rasa makanan ni. Ada yang cakap rasa die macam laksam..maybe sebab  kuah kepurung ni masam, siap perah limau kasturi lagi..rasa macam laksa pun ada yang pasti diorang makan dengan berselera sampai tak jadi nak diet malam tu :P


jemput la makan..jangan memalu ea


Apa-apa pun aku happy bila dapat bagi  diorang rasa makanan ni, salah satu makanan suku kaum Bugis di Sabah. Selalu kalau kat kampung buat masa cuti then makan reramai di anjung rumah. perghh.. memang terbaik, tambah lagi bila di sapa oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di petang hari, cili pun dah tak rasa pedas.Makan sampai lupa nak kenyang.Betul tak tipu.

**sape yang pernah makan kepurung ni? sila angkat tangan :)


Rabu, 25 April 2012

Wordless Wednesday 4 - Pencopet


Bahasa Jiwa Bangsa

Pencopet = Pencuri / Peragut


***Semasa pulang bercuti raya tahun lepas aku ke sebuah klinik berhampiran, menemankan akak ipar yang kebetulan tidak berapa sihat. Terpandang notis ini, laju je tangkap gambar..Pencopet  merupakan bahasa pasar yang sering digunakan oleh masyarakat setempat di sebahagian daerah di negeri Sabah.

Rabu, 18 April 2012

Cerita dari Jeli

Pintu gerbang sebelum sampai ke tapak pameran

Baru dua hari kembali bertugas selepas 5 hari berkampung di daerah kecil itu..daerah Jeli yang pada aku tidak jauh bezanya dengan kampung halamanku nun jauh di Lahad Datu, Sabah..

Melihat sekitarnya yang menghijau, itik mandi dalam kolam, rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan..cukup buat aku terasa seperti di tempat sendiri walaupun bahasa yang di  kecek tuturkan agak berbeza tapi suasana sebegitu membuatkan rinduku pada kampung halaman sedikit terubat.Cepat la raya, tak sabar nak balik kampung ni (^_^)

Ok..berbalik pada cerita asal..


Petugas yang tak seberapa nak tegar  :)

Jeli dipilih sebagai tuan rumah bagi zon timur yang melibatkan tiga negeri termasuklah Kelantan, Pahang dan Terengganu. Banyak aktiviti pengisian sepanjang karnival yang melibatkan pelajar sekolah dan masyarakat setempat. Antaranya..

Larian Inovasi.. sebelum lari kena senaman ringan dulu ea adik-adik sekalian

Pertandingan Rekabentuk bangunan menggunakan lidi..dapat agak tak bangunan ape ni?

Pameran ...Teruja adik cilik ni dok perati bahan pameran.


Permainan sains..cuba buat sampai dapat ea. Sebenarnya kite pun tak tau :P


 Terima kasih warga Jeli atas sokongan padu, anda semua adalah yang terbaek..

Hari terakhir sebelum gerak balik ke Putrajaya kami sempat gi Rantau Panjang, akhirnya dapat jugak aku beli budu.ehe..jangan taktau aku adalah penggemar budu yang agak tegar jugak la. Sangat teruja bila dapat tau harga sebotol kat sini hanya RM1, tanpa ragu dan bimbang aku terus angkat 10 botol. Cukup la nak bagi pada rakan taulan sekali boleh buat stok kat rumah..


Bye2 Rantau Panjang..nanti aku kembali lagi :)


Rabu, 4 April 2012

Wordless Wednesday 3 - Terapi Jiwa


Pengisian masa lapang

 
**Kadang kala menghabis masa dengan bahan bacaan sebegini cukup terkesan di hati..banyak sebenarnya yang kita tidak tahu yang sepatutnya semua itu kita perlu ambil tahu..


Rabu, 28 Mac 2012

Wordless wednesday 2 - Dukacita

  
cuma nak kata tiada rezeki. itu je!!! 


kesinambungan dari entri temuduga yang menduga tempoh hari :(

** Adakalanya kita tidak mendapat apa yang kita inginkan, tapi Tuhan beri apa yang kita perlukan.. Harus bersyukur dengan segala apa yang di miliki hari ini. Gandakan usaha, banyakkan berdoa Insya Allah akan berjaya..

Isnin, 26 Mac 2012

Desiran ombak pantai puteri

Semalam aku bertandang ke negeri itu
Negeri yang kaya nilai sejarahnya
Pulang bersama teman serumah
menghabis masa di desa nan indah

walau hanya semalam disana
banyak kenangan yang sempat ku lakarkan
bertemu mata dengan si dia
ku rasa bahagia bertamu di hati

Desiran sang ombak menjadi saksi
bersama menyaksi sang mentari
sungguh indah ciptaan yang ESA
Bersyukur aku atas anugerah rasa ini

Pantai Puteri @ Melaka

*** Sesekali menghabis masa di tepian pantai buat aku bermuhasabah diri. Kehidupan ini begitulah, sering di uji..Moga kita menjadi hamba yang setia pada yang ESA..sama seperti pasir yang setia di pantai walaupun di pukul sang ombak saban waktu dan ketika