Pintu gerbang sebelum sampai ke tapak pameran
Baru dua hari kembali bertugas selepas 5 hari berkampung di daerah kecil itu..daerah Jeli yang pada aku tidak jauh bezanya dengan kampung halamanku nun jauh di Lahad Datu, Sabah..
Melihat sekitarnya yang menghijau, itik mandi dalam kolam, rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan..cukup buat aku terasa seperti di tempat sendiri walaupun bahasa yang di kecek tuturkan agak berbeza tapi suasana sebegitu membuatkan rinduku pada kampung halaman sedikit terubat.Cepat la raya, tak sabar nak balik kampung ni (^_^)
Ok..berbalik pada cerita asal..
Petugas yang tak seberapa nak tegar :)
Jeli dipilih sebagai tuan rumah bagi zon timur yang melibatkan tiga negeri termasuklah Kelantan, Pahang dan Terengganu. Banyak aktiviti pengisian sepanjang karnival yang melibatkan pelajar sekolah dan masyarakat setempat. Antaranya..
Larian Inovasi.. sebelum lari kena senaman ringan dulu ea adik-adik sekalian
Pertandingan Rekabentuk bangunan menggunakan lidi..dapat agak tak bangunan ape ni?
Pameran ...Teruja adik cilik ni dok perati bahan pameran.
Permainan sains..cuba buat sampai dapat ea. Sebenarnya kite pun tak tau :P
Terima kasih warga Jeli atas sokongan padu, anda semua adalah yang terbaek..
Hari terakhir sebelum gerak balik ke Putrajaya kami sempat gi Rantau Panjang, akhirnya dapat jugak aku beli budu.ehe..jangan taktau aku adalah penggemar budu yang agak tegar jugak la. Sangat teruja bila dapat tau harga sebotol kat sini hanya RM1, tanpa ragu dan bimbang aku terus angkat 10 botol. Cukup la nak bagi pada rakan taulan sekali boleh buat stok kat rumah..
Bye2 Rantau Panjang..nanti aku kembali lagi :)