Semalam macam biasa menghabiskan cuti hujung minggu di rumah akak. Nak balik rumah mak agak jauh kena seberang Laut China Selatan, makanya aku buat keputusan muktamad duduk diam-diam di rumah kakanda yang tersayang...
Bila kita dok saja dirumah mesti tekak terasa nak makan itu ini kan, pantang tengok rancangan masakan dalam tb, sepantas kilat nak cuba resepi. Bila Chef Riz tunjuk cara mudah sediakan spegeti guna sos prego lelaju aku gi cari bahan. Konon nak buat yang macam dalam tb..nak yang macam tu jugak!
Nah...ini dia bahan yang cukup ringkas dan mudah disediakan
potong ikut citarasa masing-masing. Siap sedia untuk dimasak..
Inilah hasilnya selepas gigih siapkan masakan di dapur
Sebenarnya sos prego ada banyak jenis, cara penyediaan dan bahan untuk spegeti pun ada pelbagai ia bergantung pada selera masing-masing. Memandangkan aku adalah penggemar keju dan sayuran makanya sos prego keju dan herba menjadi pilihan. Tambah dengan sayur brokoli @ sayur pokok lagi membuka selera. nyam2 :)
Setelah kedua bahan di campurkan inilah hasilnya
...dan lagi setelah di zoom in pada jarak yang lebih dekat
Akhirnya siap jugak Spegeti Prego Perisa Keju air tangan Bunga Tulip..Mengisi masa lapang dengan mencuba resepi baru seronok gak sebenarnya. Sekali rasa ingatkan dok makan kat Secret Recipe dua kali rasa laa.. aku kat rumah rupanya :)