Rabu, 16 Mei 2012

Terima Kasih Cikgu!

Guru, Cikgu, Teacher, Sir, Sifu atau apa sekalipun panggilan yang diberikan mereka semua adalah pendidik anak bangsa yang berjasa. Tanpa mereka kita bukan siapa-siapa pada hari ini..Chewah ayat pembelaan di situ :)

Masuk kelas je mesti ada yang menempek depan meja.he...

Teringat kenangan masa lalu, zamam muda mudi saat aku bergelar GSTT (sekarang sudah berpencen) mengajar di sebuah daerah pedalaman di negeri kelahiranku. Pengalaman takyah cakap terlalu indah untuk dikenang..tambah lagi mengajar dekat kawasan pedalaman yang memang banyak cerita pahit manisnya..


Adei..aku tenggelam di lautan murid :)

Apa-apa pun kepada semua guru khasnya yang mengajar di kawasan pedalaman, kuatkan semangatmu walaupun kemudahan tidak selengkap apa yang ada di bandar teruskanlah khidmat bakti. Semua murid di sana amat mengharapkan curahan ilmu daripadamu. Ilmu itu lah yang menjadi penentu cerahnya masa depan mereka di hari kemudian. Teruskan berjuang demi anak bangsa yang tercinta. Majulah profesion keguruan untuk negara.ehe..semangat! semangat!!!

kenangan suatu masa dahulu..


Hari ini 16 Mei tiba lagi.. Ucapan Selamat Hari Guru aku titipkan buat semua warga pendidik. Terima kasih atas segala jasamu, terima kasih atas segala tunjuk ajarmu, terima kasih atas segala keprihatinanmu..Jasa baktimu tiada tandingan. TERIMA KASIH CIKGU!

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


**Pernah terima hadiah hari guru dari pelajar, terharu rasa hati pabila menerima kad ucapan buatan tangan. Ah..bukan hadiah mahal yang cikgu harapkan cukup kamu buktikan yang kamu juga mampu cemerlang setanding mereka di bandar.  Moga berjaya ke puncak menara!

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum BT,

    Selamat menyambut hari guru semoga tabah selalu.

    BalasPadam
  2. meriahnye cikgu...:). slmt ari guru...

    BalasPadam
  3. Kunang-kunang~~Waalaikumsalam, skng dah tukar profesion bukan guru dah.hehe :)
    Lelamaisara~~slmt hari guru buat semua pendidik
    KuNanGKuNanG~~sy dah pencen.ehe..dulu je pena jd cikgu kejap :)

    BalasPadam
  4. yep... mmg besar jasa mereka kan?
    slmt hari guru buat guru2... huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlalu besar! Mulianya hati seorang yang bernama guru..

      Padam
  5. memang besar jase nye sorang guru.. selamat ari guru kepada sume guru2 kat malaysia =)

    BalasPadam
  6. Ops! terlambat sudah, selamat hari guru ya, moga terus sukses! ;)

    BalasPadam
  7. selamat hari guru.. :)

    BalasPadam
  8. terlambat nak komen kat sini...

    selamat ahri Guru..
    JasaMu akan sentiasa dikenang=)))

    BalasPadam
  9. alamak lambat wish...selamat hari guru buat awak...semoga menjadi pendidik yg berjaya d mata murid2 dan dari segi kerjaya....

    BalasPadam
  10. Allvia Andriana26/4/13 7:44 PTG

    Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru.....

    BalasPadam