Selasa, 8 Mei 2012

Kepurung Jantung Pisang

Salam petang semua. Ada berapa minit je lagi nak balik kerja..kang sampai rumah nak sambung kerja masak memasak pulak..

Tetiba teringat kepurung, ada sesetengah orang panggil kapurung. Bila aku google search taip 2 nama ni benda yang sama gak kua. Tak kisah la nama ape pun yang pasti ia memang sedap lebih-lebih lagi bila dapat makan beramai-ramai sambil tengok tibi siaran percuma. 

Kalau nak tahu ini la kepurung, masak kat rumah awal bulan lepas haritu..

sambal cili tomato/sambal bilis/bebola kanji

Kesemua bahan-bahan di atas akan di campurkan sekali. Nak lagi kaw-kaw letak la cili tu sebanyak yang boleh mengikut daya tahan pedas masing-masing. Makan kepurung ni mengenyangkan sebab ia diperbuat daripada tepung kanji. Ada sesetengah orang guna tepung ubi kayu kalau di Sabah guna sagu. Tapi kat semenanjung ni macam tak pernah jumpa lagi la. So kalau nak senang pakai tepung kanji jelah ea..

kuah...rupa memang tak berapa nak lawa, tapi rasa die terbaek..

Nak masak kepurung ni senang je, kuah die macam kite buat sayur masak air tapi kena tambahkan dengan sedikit belacan. Gambar kat atas ni kitorang guna sayur bayam dan letak jantung pisang yang dah siap rebus. Tapi terpulang selera masing-masing, sayur kangkung pun boleh jugak. Tambah ikan sardin setin dan letak la garam secukup rasa, takyah banyak sebab belacan tu dah masin.


Tadaa...Kepurung siap sedia untuk dimakan :)

Aku ni sekali sekala je rajin masak kat rumah..bukan malas tapi tak rajin nak makan sorang-sorang. Housemate yang lain semua on diet. So aku pun jadi tak selera nak makan bila terpaksa dok menghadap makanan sensorang. Ada sekali tu aku bagi la diorang makan kepurung, semua kata first time rasa makanan ni. Ada yang cakap rasa die macam laksam..maybe sebab  kuah kepurung ni masam, siap perah limau kasturi lagi..rasa macam laksa pun ada yang pasti diorang makan dengan berselera sampai tak jadi nak diet malam tu :P


jemput la makan..jangan memalu ea


Apa-apa pun aku happy bila dapat bagi  diorang rasa makanan ni, salah satu makanan suku kaum Bugis di Sabah. Selalu kalau kat kampung buat masa cuti then makan reramai di anjung rumah. perghh.. memang terbaik, tambah lagi bila di sapa oleh angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di petang hari, cili pun dah tak rasa pedas.Makan sampai lupa nak kenyang.Betul tak tipu.

**sape yang pernah makan kepurung ni? sila angkat tangan :)


24 ulasan:

  1. Nama makanan ni la adik.ehe..mesti tak pernah dengar kan. memang nama die pelik tapi rasa die terbaek :)

    BalasPadam
  2. tak pernah makan pun.. ni pun first time dgr..

    BalasPadam
  3. HaniAsyira~~Kat sini memang xda jual. slalu buat sendiri je :) try la buat.ehehe..

    BalasPadam
  4. Uncle Jonni~~Memang ramai yang tak tau kewujudan makanan ni.ehe.. ada gak yg tak reti nak makan sebab kanji tu lembik2. xyah kunyah tus telan je :)

    BalasPadam
  5. Destur Purnama Jati~~Enak buat penggemar makanan pedas.ehe..xnak letak cili pun boleh jugak.ikut selera masing-masing

    BalasPadam
  6. tak pernah makan lagi menda ni.....

    BalasPadam
  7. macam sedap je . nak try . huhu ~

    BalasPadam
  8. first time ckj tgk makanan ni.. urm.. rasa dia macam mana??

    BalasPadam
  9. Jedi~~slalu org masak sendiri je, susah nak jumpa
    Putryteya~~try la buat, senang je ikut resepi yg kte bagi tu.ehe
    CKJ~~rasa die macam laksa, kuah ada rasa belacan sikit :)

    BalasPadam
  10. 1st time dengar..kepurung. Makan..mmg tak penah.
    Best gak kalau dpt merasa ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erm tu la pasal..slalu org kan masak sendiri. lau ada jual kan best. nak makan je leh g beli :)

      Padam
  11. 1st time dengar...\
    kalo ade sini...saya teringin nak cuba==)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mai Putrajaya kak, sy tlg masak kan :) leh bg baby comey dlm perut tu rasa skali.ehe..nak cari kat kedai memang xda jual

      Padam
  12. 1st time dgr nama makanan ni tp rupa macam best..nak kena org yg pakar jugak memasaknya..nanti tak sedap..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. btl la akak..nk buat ni kena yg biasa masak, bab nak kembangkan kanji tu yg payah sikit. kena gaul lelaju baru jadi :)

      Padam
  13. First time tengok ni, merasa apa lagi. Rasanya orang brunei pun ada masakan macam ni kan.

    Dulu masa belajar, pernah kawan2 dari brunei beritahu pasal makanan kanji ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'aa kak, kepurung ni lebih kurang makanan Brunei yg diorang panggil ambuyat. Buat dari kanji gak, campuran die macam2 leh letak :)

      Padam
    2. Yer, baru sekarang auntie ingat, dia orang panggil ambuyat dan kata mereka selalunya mereka makan dengan menggunakan lidi daun kelapa, kalau tak silap.

      Padam
  14. Yap betul, lidi 2 diorang guna tuk makan ambuyat. buat macam chopstick.Kalau try google search pun memang leh tengok camne rupa ambuyat tu :)

    BalasPadam
  15. rasanyer mknan ni jas pernah bwk kt ofis masa dulu kan, malangnyer kak zie xpandai nk mkn ni.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pena bawa gi opis aritu..kak azie punya tekak manja la xnak cuba makanan mcm ni. ehehe..

      Padam