Rabu, 19 Jun 2013

Bunga Tulip sudah di sunting...

Assalamualaikum....
 
Wah kemain lagi tajuk entri ni, sudah di sunting oleh sang kumbang katanya.ehe...apa-apa pun Syukur Alhamdulillah ku panjatkan kerana dengan izin-Nya segala perancangan bermula dari majlis akad nikah, persandingan dan majlis bertandang berjalan dengan lancar.
 
selamat datang buat semua tetamu yang di muliakan :)
 
 
Majlis perkahwinan dekat Sabah memang agak berbeza dengan majlis kat sini. aku  awal-awal dah bagitau husband suruh dia bersedia untuk sanding dari siang (lepas nikah) sampai la ke malam. Haritu kitorang sanding sampai jam 11.00 malam jugak. tengok tetamu dah tak ramai cecepat minta kebenaran nak naik rumah. 
  
abang kandung berbaju biru.. menjadi wali untuk pernikahanku..al fatihah buat arwah bapa yang telah meninggal dunia 2 tahun lepas :'( 
 
Majlis akad nikah buat lepas zohor di rumah bonda. Rombongan pengantin lelaki tiba pada waktu yang di janjikan..Sebelum nak masuk ke dalam rumah, pengantin lelaki kena cuci kaki terlebih dahulu. bukan guna banyak air pun sikit je, adalah orang tua yang agak arif pasal benda ni tolong buat sekadar basahkan sikit dekat stoking. Jangan tanya aku kenapa, sebab aku sendiri pun tidak tahu apa motif berbuat demikian. ehe... ikutkan jelah. Dengan 2 kali lafaz kami telah sah jadi suami isteri. rasa sebak, terharu, gembira semua jadi satu. aku sudah di miliki rupanya..dah jadi bini orang pun. akhirnya berakhir lah pencarian cintaku selama ini.chewah... ayat jiwang di situ.
 

suami vs isteri
lagu widuri buat si isteri
 
 
Selepas selesai akad nikah dan pembatalan air sembahyang, terus ke pelamin. bermula sudah persandingan kami. Persalinan pertama, oh ya baju nikah ni aku D.I.Y sendiri.. jahit pearl skali tampal lace. puas hati jugak pakai hasil tangan sendiri, murah dan jimat baju pun boleh simpan sampai ke tua. kalau nak sewa rasa tidak berbaloi..
 

 
Persalinan baju adat Bugis
 
Baju kuning ni sebenarnya baju adat suku kaum Bugis, ia juga dikenali sebagai 'baju bodo' atau 'waju tokko' dalam bahasa Bugis. Terdapat dalam pelbagai pilihan warna yang masing-masing ada maksud di sebaliknya. Setiap warna menunjukkan usia ataupun martabat si pemakainya. Pada masa kini ramai yang guna waju tokko sebagai persalinan pengantin dan juga sering  digunakan dalam majlis khatam  Al-Quran.
 


sempat kuar kejap petang tu gi buat outdoor
 
 
Memandangkan persandingan di buat sepanjang hari, yakni sampai ke malam makanya petang tu kami kuar outdoor ke tempat yang berhampiran sahaja. Itu pun tidak lama makan masa sejam pergi dan balik. Lokasi pilihan ialah di Lahad Datu Golf and Country Club, Batu 5 Jalan Segama. ok la dapat view pokok kelapa sawit yang merupakan hasil pertanian utama di daerah ini. Tambah dengan padang rumput yang menghijau..sejuk di pandangan mata.
 
 
 
pelamin kena serbu kanak-kanak riang.adei..
 
Lepas balik outdoor siap-siap untuk persandingan belah malam lagi. Punya la seronok anak sedara aku ni main sorok2 atas pelamin. apa dia ingat yang tengah duduk atas ni patung ke. Bebudak ni nak kena jelingan maut mak usu die kot.ehe..masa ni awal lagi, orang pun tak berapa ramai..si pengantin tengah syok layan orang live band tu nyanyi.erm sedap jugak suara depa ni..
 
 
malam masa potong kek pakai gaun kembang-kembang gitu..bukan selalu kan :)
 
 
adik-adik yang jadi orang kuat di hari bahagiaku...
 
Terima kasih juga buat semua ahli keluarga yang telah banyak membantu, sedara mara, sahabat dan semua samada yang hadir atau pun tidak..yang mendoakan kebahagiaan kami, terima kasih atas ingatan kalian. semoga kami dapat mengharungi segala dugaan hidup di alam rumah tangga. In Shaa Allah...


buatmu suamiku, terima kasih atas segalanya...

32 ulasan:

  1. meriah...

    tahniah

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah dgn kehadiran tetamu
      rasa dihargai:)

      Padam
  2. tahniah.... semoga berbahagia.. >_<

    BalasPadam
  3. Wah....... comel and handsom... selamat pengantin baru ye BT... semoga bahagia ke syurga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunggu turn SR pla lepas ni :) thanks dear

      Padam
  4. uiks...tahniah dear :-)

    BalasPadam
  5. Masa anak IM makan beradap dulu IM suruh DJ mainkan lagu FOR THE REST OF MY LIFE...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tenang je rasa kan dengar lagu tu...Moga kebahagiaan mengiringi anak IM jua

      Padam
  6. Akak suka gambar yg potong cake haha...



    *selamat pengantin baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Nong,

      Aksi tu cameraman yang suruh buat
      ikut jak la.he..

      Padam
  7. tahniah cik bunga tulip!!

    dan selamat pengantin baru.. :)
    cantik persalinan potong kek tu..

    sya lagi ni stress mau urus kawen..macam banyak lagi yang ndak buat..huhu.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelan2 ba atie...

      kena buat check list supaya tiada apa yg tlepas pandang
      paling penting kena booking yang penting2 dulu..
      dokumen kawen yang paling penting.

      Padam
  8. amboi, meriah na..I wish you all the best.moga kekal bahagia smpai akhir hayat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks kak Inda
      Kat sana sanding sampai ke malam tu yang meriah.
      siap buat pertandingan bagai..tetamu leh dapat hadiah

      Padam
  9. Tahniah... segalanya berjalan lancar. Anak-anak main atas pelamin sebab mereka tahu yg duduk atas pelamin itu mak usu tu yg seronok. Bukan mudah nak dapat main atas pelamin cantik kan:)

    Moga berbahagia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakzakie,

      terima kasih.ehe...itu la pasal kak, bebudak ni yang gembira mak usu dia kawen :)

      Padam
  10. lawanya pengatin..bagai pinang di belah dua....

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama2/7/13 4:23 PTG

    Tahniah BT. didoakan bahagia ke akhir hayat.

    BalasPadam
  12. Tahniah. Aku doakan kebahagaian sehingga akhir hayat untuk kamu.

    BalasPadam
  13. waa...da tawen..
    tahniah ya, maaf kelewatan..=)
    Selamat melayari bahtera rumahtangga..sehingga ke syurga..amin=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak AA,
      Terima kasih ya. akak pun sama, selamat membesarkan irfan :)

      Padam
  14. Assalamualaikum.

    Boleh tak lana panggil nama betul bunga? Jastia ya..sedap namanya :)

    Tahniah ya. Rasa belum terlewat lagi.. lana doakan jastia dgn suami bahagia dunia akhirat.. slmt melayari alam rumahtangga.. ^_^

    #Baju pengantin semua lawa2 >_<

    BalasPadam
  15. Waalaikumsalam Lana,

    Ehe..boleh je, saya saje guna nama tu kekonon nama pena la.ehe :)

    apa pun terima kasih ye Cik Lana, tunggu turn Lana lak naik pelamin lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lana suka dua2..nama pena dan nama betul ^_^

      aiyakkk, lana lambat lagi la,hahaha.

      Padam
    2. ehe...jgn kata lama cik lana, kang tup2 si 'pemilik tulang rusuk' naik meminang :)

      Padam
  16. Owh saya baru tahu yang kamu itu Puan sebenarnya. Dan kamu sangat cantik! Tahniah atas perkahwinannya. Dan mungkin bakal menimang cahaya mata pula. Doa saya senantiasa untuk kamu dan keluarga ;)

    BalasPadam
  17. Tini,
    Alhamdulillah..bulan depan genap setahun saya berkahwin. dan jika di izin Allah hujung bulan 8 akan punya cahaya mata. terima kasih atas doanya Tini, moga kamu jua beroleh kejayaan di sana. Malaysia menunggu kepulanganmu :)

    BalasPadam