Selasa, 20 Ogos 2013

Raya pertama kami

Assalamualaikum...

Salam buat semua yang dimuliakan...dah masuk 13 Syawal baru berkesempatan nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian semua. Masih belum terlambat lagi kan.ehe..Walaupun perkenalan kita semua sekadar di alam maya saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya saya pernah terkasar bahasa dalam sedar atau pun tidak..semoga ikatan ukhuwah antara kita terus berkekalan selamanya :)
 
 
anak kawan baik saya di kampung...namanya Rayyan Rizqi
 
Tahun pertama beraya dengan suami..sebenarnya sebelum berkahwin kitorang memang dah bincang pasal turn balik kampung beraya. haruslah decide awal-awal kan yelah Melaka - Sabah bukannya dekat dan suami bersetuju untuk pulang ke kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah. Cuti tak panjang, raya ke-3 kitorang dah berangkat balik ke Melaka.


perjalanan pulang... Land below the wind sudah kelihatan


Perjalanan pulang kami yang jauh bermula seawal pagi sebelum imsak kami sudah bertolak dari Melaka-Putrajaya-KLIA-Kota Kinabalu-Lahad Datu dan kami tiba di kampung halaman beberapa minit sebelum berbuka Puasa. Untung la sahur lewat dan berbuka puasa awal.ehehe...perjalanan jadi panjang sebab terpaksa menunggu lama di airport. Kami transit di Kota Kinabalu sebelum menaiki boeing 737 Mas Wings menuju Lahad Datu. Kan bagus kalau ada penerbangan direct Kuala Lumpur-Lahad Datu tak perlu nak singgah memana.
 
 
dalam bulatan merah = rumah saya :)
 
Masa tangkap gambar tak perasan pulak tertangkap gambar rumah sendiri. Rasa gembira membatasi segalanya..dalam masa beberapa minit lagi dah boleh berpijak di kampung halaman. Dari subuh kot perjalanan tak sabar nak sampai rumah..Oh ya, rumah saya dengan airport jaraknya cuma 2km. memang setiap hari tengok burung besi terbang atas bumbung rumah. Masa kecik-kecik dulu siap tunggu kapal terbang lalu nak lambai tangan sambil jerit bye bye :)
 
 
Buras Pulut dan Buras Koa = makanan wajib di hari raya
 
 
Ketupat dengan hari raya memang tak boleh dipisahkan, dah jadi menu wajib. Kat Sabah (khususnya bagi orang Bugis) Buras wajib disediakan sebagai juadah orang yang datang bertandang di Hari Raya. Ada dua jenis Buras yang kat atas ni guna pulut hitam dan guna beras biasa yang macam kita biasa masak hari-hari tu. Cumanya di tambah dengan sedikit garam dan santan. lepas tu bungkus dengan daun pisang dan di ikat rapi sebelum di masak selama lebih kurang 4-5 jam. Kaedah masak dia lebih kurang macam ketupat jugak.Buras sedap di makan dengan ayam masak lengkuas. tu memang geng dia..
 
 
hasil laut kima (sejenis tiram) dan rumpai laut (latok) yang masih segar
 
Raya ke-2 kami ke pasar, tekak nak rasa makanan laut pula. Ya, di Sabah makanan laut harganya masih berbaloi tiram ni seikat RM5 dan rumpai laut segar selonggok cuma RM1. Murah bukan, sampaikan suami saya nak beli semua jualan makcik tu. tipu. Macam-macam di belinya. Mana yang pelik dan susah nak jumpa kat Semenanjung dia beli sekadar ingin mencuba katanya. Tiram dengan rumpai laut ni kami tak masak, wat macam kerabu je..sekadar dibasuh bersih, perahkan air limau kasturi, letak cili padi, hirisan bawang dan sidikit garam.siap untuk dimakan. Senang bukan!
 
 
 
hasil laut yang telah dikeringkan, yang kat atas tu sotong kering.
sekali pandang macam wau pun ada.heee :P
 
Lepas ke pasar ikan kami gerak ke pasar lagi satu, yang menjual hasil laut yang telah dikeringkan.macam-macam jugak, ada sotong kering, udang kering, ikan bilis, ikan masin, udang geragau kering, gamat kering, belacan, dan pelbagai lagi. Harga? boleh la tahan sedikit murah dari harga pasaran di sini. bawa balik ikan bilis dan udang kering buat sedara mara belah suami. 
 
Dan raya ke3 kami bersiap-siap untuk pulang ke Melaka..cuti yang sangat singkat. Masa bujang dulu mau sampai 2 minggu bercuti raya.ehe...sekarang kena bertimbang rasa sikit. Syukur raya tahun ni saya masih berkesempatan pulang ke kampung halaman jumpa bonda dan sedara mara yang lain walaupun sekejap cuma.
 

Alhamdulillah kesihatan bonda dah ada perubahan yang sedikit baik dari yang dulu.sayang mak..
 
 
Raya kali ni satu pengalaman baru buat suami dari segi makanan banyak yang berbeza dengan apa yang dia biasa makan di sini.Pengalaman yang bagus buat dia barangkali..biar dia lebih mengenali budaya bangsa isterinya :)
 

22 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Urmm..kita sebaya rupanya ya,hehehe :)

    Haa..rumpai laut tu..1st time lana tgk..memang bulat2 mcmtu ke..salu beli rumpai laut yg mknan ringan je..taktahu pun bentuknya camtu T__T

    Kita suka tengok gmbr2 mcmni..tgk budaya org lain, cara hidup org lain..kat belah sini, dah takda jauh beza sgt dah mkanannya. Semua senang dpt tak kira kat ceruk mana.

    Yang dari sabah srwk ni payah jumpa.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam...

      Ye Cik Lana kita sebaya :)

      Ni rumpai laut yang masih segar dan belum di proses..bulat2 macam anggur, bila kita makan akan letup dalam mulut.sedap.he...ada satu jenis lagi yang orang kata kolagen tu jenis rumpai laut yang macam akar pokok.ehe..

      Betul tu Liana, sebenarnya ada banyak lagi yang berbeza dari segi makanan, budaya dan cara hidup barangkali. ia dipengaruhi oleh kepelbagaian kaum yang ada di Sabah.

      Ada masa nanti, jemput datang bertandang ke Sabah ye cik Liana :)

      Padam
  2. hai BungaTulip, sronoknya dia suami ikut blik kmpung..nmpak muka pun ceria kan?..tahun dpan sini pulak la giliranya kan? he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Inda Marya,

      Tahun depan? tak pasti lagi nak raya kat mana, belum bincang dengan suami. kat Sabah jugak kot. Boleh tak macam tu? ke tidak adil.hehe..

      Padam
  3. waduh.. waduh sakan beraya puan jastia.. kami tahun ni x da ayam likku sebab mama ku beraya di JB huhu.. buras pun order punya haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Jan,

      wah hebak. makan buras order je, ada jugak orang jual ea..aku kat kampung kemain gigih bungkus dan ikat buras. Makan dengan ayam lengkuas sampai lupa nak balik sini.eh?

      Padam
  4. Akak rindu sama itu buras hehehehe... tapi latok tu.. akak tak pandai makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Nong,

      eh pena makan buras jugak ye. Akak makan buras pulut atau yang biasa? sedap kan..

      akak makan latok tu sambil bayangkan akak tengah makan buah anggur mesti boleh tu :)

      Padam
  5. selamat hariraya mak tuu.,eHHhee

    BalasPadam
  6. Selamat Hari Raya jugak Wak Gelas.ehehe..

    BalasPadam
  7. wah bestnyer.. raya pertama sebagai pengantin baru.. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yap CKJ, raya pertama pengantin yang tak seberapa baru dah..

      Padam
  8. Selamat hari raya aidilfitri puan bunga tulip.hehe..

    bestnya dapat beraya dengan suami kan..lagi2 di kampung sendiri..tu jugak bestnya kawen bukan dari bangsa/suku/kampung sendiri..boleh belajar dan alami pengalaman baru, adat baru, dan macam2 benda baru. menarik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri jugak buat kamu Puan Atie

      ko lagi best bgelar isteri di bulan syawal..
      Itu la orang cakap jauh pejalanan luas pemandangan :)

      Padam
  9. beberapa kali ibu-suri ajak IM pi Sabah untuk jalan-jalan. Tapi IM bukan kaki jalan. apatah lagi bila sebut Sabah... IM tak nampak jalan dah...

    kat lokasi kerja IM ada ramai operator dari Sabah bekerja. banyak dari mereka ni manis manis belaka sebab kulit putih.

    nasib baik IM tak tersangkut dengan gadis sabah macam ramai kawan-kawan IM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara IM,

      pasti ibu-suri akan tersenyum andai keinginan dia yang satu ini di tunaikan. Banyak tempat yang boleh di lawati terutama sekali Kundasang. Dingin anginnya akan menggamit pengunjung untuk bertandang ke sana lagi. mungkin jua saudara IM tidak jumpa jalan pulang.he...

      kulit putih? ada tapi tidak semua..ya, sekarang tidak dinafikan sudah ramai yang berkahwin campur. contohnya macam saya juga. Melaka dan Sabah :)

      Padam
  10. Salam Aidilfitri...
    maaf zahir batin bunga tulip...=)

    Alhamdulillah...seronokkkan jadi isteri, bila hari raya lebih bermakna..Ada rezki taun depan bertiga pula...=)

    Rupanya awak orang sabah ya...baru tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri kak AA
      di penghujung Syawal dah kita

      Syukur seronok kehidupan lepas berkahwin..In Shaa Allah ada rezeki boleh bertiga pula.

      Orang Sabah yang sudah menetap di sini kak.mengikut suami :)

      Padam
  11. Selamat hari raya. Aku harap belum terlambat untuk mengucapkannya. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya jugak buat kamu Genre Dari Langit :)

      Padam
  12. selamat hari raya dan salam perkenalan...
    cam best je dapat kenal budaya kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga dari saya Titisan Hujan :)
      budaya yang pelbagai ada di sana
      mungkin pengaruh dari suku kaum yang pelbagai jua.

      Padam