Rabu, 27 November 2013

Buah Jambu Air

Assalamualaikum...

Kali ini rasa nak berkongsi pasal tanaman pula. Bab pokok-pokok ni memang saya cukup minat, suka tengok tanaman yang membuahkan hasil tapi sayangnya tangan ini tak berapa nak sejuk. Jadinya saya cuma jadi tukang petik je.
 
Lepas kenduri bertandang kat Melaka aritu, Ayah (FIL) ada tanam pokok jambu air kat halaman rumah, nak tanam sebelum majlis takut kena khemah masa kenduri. Jadinya ayah tanam lepas semua majlis dah selesai. Kalau di kira-kira belum sampai 6 bulan pun lagi, tapi pokok ni dah membuahkan hasil.

 terlindung di sebalik rimbunan daun
 
Memula ayah bagitau pokok tu dah ada buah macam tak percaya je, yelah tengok pada fizikal pokok ni memang rendang tak sampai pinggang pun tinggi dia, daun je yang rimbun menghijau. Bila tengok dari jarak dekat baru saya perasan. Eh.. dah ada buah rupanya, dah boleh petik pun :)


buah yang sudah mulai masak.merah menyala..

betul la orang kata, tangan sejuk ni tanam apa pun menjadi.. ini la hasil yang dituai bila berbudi kepada tanah


**********************************************************************************
 
Saya teringat masa kecik-kecik dulu kat kampung (Lahad Datu, Sabah) arwah bapa ada tanam pokok ni betul-betul kat depan rumah. pokoknya agak tinggi kena panjat baru boleh petik buah dia. Masa tu panjat pokok dengan saya memang tak boleh dipisahkan. Sekarang dah tak buat dah sume tau, dah besar panjang dan dah jadi bini orang pun. Ah cepatnya masa berlalu, saya sudah dewasa rupanya!!

Apa nama lain jambu ni ea, kawan dekat opis bagitau ni jambu loceng...

27 ulasan:

  1. Rendah gila pokok jambu dah berbuah. Mesti yg kena lakum tu kan..



    Nong andy
    lovingustory.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Nong,

      pokok ni rendang yang berbuah
      benih dia beli kat Jabatan Pertanian
      oh ya, kena lakum tu apa?ehe...

      Padam
  2. jenis ni masam sikit kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak IM,

      yap sedikit masam
      tak semanis jambu madu :)
      sedap cecah dengan kicap kak

      Padam
  3. Wah..best nya ada pokok macam ni. nak makan boleh petik sahajakan.

    BalasPadam
  4. memang best bab petik2 buah ni :)

    BalasPadam
  5. Bestnya BT. Kakak suka jambu air ni. Cecah dgn kicap sambal sedap tau. Pokok kecik buah lebat. Ini kalau buah kali ke dua berbuah laaaaagi banyak tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya makan pun cecah dengan kicap kak..sedap dah la tiada biji. petik, basuh terus makan je. Ni buah pertama pun dah rimbun tunggu buah kedua dan seterusnya pula :)

      Padam
  6. wak pon dh lama x makan jambu air nih.,ihhKKs

    BalasPadam
  7. Salam kenal dan singgah
    pokok rendah yang comel, jambu air cicah sambal kicap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sud@is sudi singgah sini..
      ehe pokok kecik je dah di paksa berbuah

      Padam
  8. hantar la sket kat umah hehe.. dah pindah melaka ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jambu ni dah habis musim.he..
      jambu batu mau ka?
      Belum dapat pindah lagi.
      masih menunggu dengan penuh harapan..

      Padam
  9. Assalamualaikum..

    nampak warna ja pun tau mesti sedap ni kan!
    kawasan rumahku xda tmpt mau tanam apa2..huhuh..


    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam,

      sedap cecah dgn cili kicap tie,
      ehehe...tanam dalam pasu jak la jimat ruang :)

      Padam
  10. Assalamualaikum.. :)

    Terima kasih BT..alhamdulillah..lana sihat sgt skrg ni,hehe.
    Semoga BT pun sihat selalu.. ^_^

    Oh, kat tmpt lana pun, panggil jambu air. Lama benar tak makan..mana nak jumpa duk bandar..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah saya pun sihat sentiasa je..
    di Bandar pun buah ni boleh jumpa liana,
    cari kat pasar ^_^ heee

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum Bunga Tulip
    Di kg Pak Temuk dulu-dulu kami memanggilnya jambu bertih... mungkin sebab kecil dan biasanya banyak, disamakan dengan bertih padi. Memang cantik pokok itu. Kalau dijaga jadi terus tak tinggi tentu seronok dan mudah mengutip hasilnya setiap kali ia berbuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Pak Temuk..
      ya, saiz jambu ni kecil berbanding saiz jambu air yang lain. rasanya sedikit masam. Pokok yang ni buah dia tak berbiji mungkin benihnya telah di inovasikan.ehe..

      Padam
  13. Assalam. Wah.. Macam tertarik jer.. Merah pulak tu jambu nyer.. memang sedap cicah ngan campuran kicap. sos. gula. cili!

    *Jom jenguk entry terbaru blog kami...
    http://vitaminformeandyou.blogspot.com/2013/12/apa-yang-omega-3-bantu-ke-atas-badan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..
      yap, warnanya merah menyala
      terima kasih sudi singgah :)

      Padam
  14. Tampak sihat dan sedap buahnya. Tapi acap kali saya tengok buah jambu ini di serang ulat. Macamana agaknya nak hindarkan ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, memang ada juga buah yang mudah di serang ulat. mungkit kena tengok pada benih dia dan Baja yang di gunakan..yang ni xsilap ayah saya guna Baja organik

      Padam
  15. salam...nak tanya..kat mana ada jual benih pokok jambu bertih ni??
    bila tgk, teringat masa kecil2 dulu..hehe

    BalasPadam
  16. Waalaikumsalam..
    kadang ada jugak orang jual benih buah ni dekat pasar tani.

    BalasPadam
  17. Hi sis, saya teringin nak mkn buah ni,,, ada tumbuh lagi x? boleh saya beli?

    BalasPadam