Assalamualaikum..
Dah masuk Syawal ke 9 hari ini..Harapnya masih belum terlambat untuk aku menitipkan Salam Hari Raya buat semua. mohon kemafaan andai ada salah dan silap.. Dalam kita bertegur sapa di alam maya mungkin ada silap yang mana aku sendiri tidak menyedarinya.
Raya tahun ni sambutan agak sederhana, aku tidak pulang ke kampung halaman seperti tahun-tahun yang lepas. Cuma merayakan Aidilfitri di sini bersama suami, lagi satu faktor keadaanku yang tidak mengizinkan untuk berjalan jauh. 1 syawal yang lepas genap 9 bulan usia kandunganku. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan dapat jua berpuasa penuh dalam keadaan berbadan dua. Baby tidak banyak meragam..cuma sesekali perut mengeras, orang kata itu perkara biasa..selagi tidak memudaratkan tidak mengapa.
Raya pertama aku dan suami ke rumah akak di Puchong, Selangor. Berjumpa emak di sana. Aku tahu jauh di lubuk hatinya dia rindu nak balik ke kampung. Rindu rumahnya yang sudah hampir setahun di tinggalkan, rindu saudara mara di sana, dan yang pastinya rindu akan suasana di kampung, yang sememangnya tidak akan sama dengan apa yang ada di sini. Sebenarnya sudah kerap kali emak menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung. Tapi buat masa ini kesihatan emak masih belum pulih sepenuhnya, kami adik beradik sepakat mahu mak terus tinggal di sini bersama akak. Biasa memang begitu orang tua mana mahu tinggalkan rumahnya, biar semua susah senang dia semahunya mahu berada di rumah sendiri..itu yang perlu kita paham.
**jika tiada aral melintang tahun depan boleh beraya di Sabah, masa tu balik beraya bertiga dah.. apa pun aku mengharapkan semoga dapat melahirkan 'cinta hati' ini dengan selamat. dah masuk minggu yang ke37, nurse bagitahu bila-bila masa baby akan keluar. doakan ye...
Selamat Hari Raya Aidilfitri BT
BalasPadamselamat hari raya
BalasPadamDah semakin hampir akak yea. Selamat hari raya. Jaga diri baik-baik. semoga dimudahkan urusan nak bersalin nanti.
BalasPadamterima kasih atas ingatannya
PadamSelamat hari raya untuk BT dan keluarga....
BalasPadamAssalamualaikum Jas..
BalasPadamapa kabar? tinggal tunggu hari ja lagi kan..semoga dipermudahkan yaa.. amin..
waalaikumsalam atie,
Padamyap menunggu hari dengan penuh sabar ni :) doakan ya..
Selamat Hari Raya!!
BalasPadamview my latest entry
http://bit.ly/cubahamil
SHR juga dari IM. Kandungan yang keberapa tu?
BalasPadamKandungan yang sulung Pak IM
Padam