Assalamualaikum..
Kalau di ikutkan Jumaat lepas hari terakhir aku bekerja...Semalam aku ada temujanji dengan doktor di hospital yang mana semalam juga (25 Ogos 2014) merupakan hari aku di jangka melahirkan. Tapi siapalah kita untuk melawan ketentuanNya.. Hasil dari pemeriksaan doktor, aku masih belum ada tanda-tanda mahu bersalin, 'jalan' pun masih belum buka.
Alhamdulillah keadaan baby semuanya baik, bacaan gula, tekanan darah tinggi semuanya normal cuma baby je yang masih belum ada tanda mahu keluar. Doktor bagi aku tempoh 6 hari lagi, kalau tanda nak bersalin masih belum ada aku kena 'check in' jugak dekat wad hospital 31 Ogos 2014 ni. Mahu tak mahu aku kena datang menyerah diri di hospital pada tarikh itu. Mungkin akan di beri ubat untuk paksa bersalin. Takut sebenarnya..tapi kena jugak hadapi detik itu..orang lain mampu aku pun mesti boleh, kan..
Aku harapkan semoga dalam tempoh seminggu masa yang diberi ni akan adalah tanda-tanda bersalin, biar aku dapat melahirkan baby ini secara normal. Ramai yang nasihat suruh banyakkan berjalan, ya itu aku dah lakukan. Pasal tu aku mengambil keputusan untuk masih turun bekerja sedangkan aku boleh saja duduk berehat di rumah menunggu kelahiran ini..
**semoga semuanya di permudahkan...buatmu 'permata hati' yang bakal lahir, kami menantimu dengan penuh sabar, cepat atau lambat tidak mengapa asalkan kelak kamu akan keluar dengan sihat sempurna dan selamat..
Assalamualaikum Jas..pejam celik pejam celik x lama ko akan bersalin kan..aku doakan semoga ko dipermudahkn utk bersalin.. semoga baby dan ibu sihat2 hendaknya..amin...
BalasPadamWaalaikumsalam Atie,
Padamyap memang xsedar tau2 dah nak bsalin..terima kasih doanya..ada ka tips kasi hilang gementar mo bsalin ni? ahaha...takutt
Semoga dimudahkan urusan nak bersalin nanti akak.
BalasPadamTerima kasih adikku :) harapnya di permudahkan la semuanya
PadamYg penting sihat. Overdue tu perkara biasa. Jgn ada rasa risau. Banyak berjalan tu betullah. Rajin angkat kaki juga (lihat buku-buku panduan/google pun banyak). Kakak doakan moga dipermudahkan. Doa dan mohon pada Allah...
BalasPadamTerima kasih kakzakie,
Padamsaya risau tang ubat yang nak di beri bila dah overdue tu..ada jugak baca pengalaman orang lain kalau boleh biar baby keluar tanpa induce..apa pun hanya berdoa segalanya dipermudahkan olehNYA.
Assalamualaikum awak. banyakkan jalan itik ye. biras sy pun due semalam. pagi tadi selamat dah bersalin normal. alhamdullilah. sy doakan, semoga awak dipermudahkan urusan bersalin. jangan lupa zikir nabi yusuf. masa meneran jangan angkut punggung tau, angkat kepala je, pandang perut. then push panjang sambil tahan nafas. heee. tak sabar nak dengar awak selamat berjihad ~~~
BalasPadamWaalaikumsalam...
PadamAlhamdulillah lega bila dengan orang yang dah selamat bersalin ni..ramai yang nasihatkan macam tu kalau boleh cuma angkat kepala je. terima kasih tips nya.ehe..awak pun semoga kelak selamat bersalin jugak ye
semoga dipermudahkan....
BalasPadamTerima kasih ewan..
Padamsemoga dipermudahkan bersalin nanti...baby nak tunggu jd baby merdeka agaknya.
BalasPadamMungkin jugak, baby nak semua sekali sambut harijadi dia :)
PadamSalam..
BalasPadamKalau jadi bersalan 25 hb sama ngan birthday anak kedua LM tau. Hehe
Apa pun jg diri, jgn stress sbb overdue. Tu perkara biasa. Anak pertama LM lwt tiga hari yg lain tu awl 3-5 minggu. Kalut la pulak bila awl sgt, kena inject matangkan paru2 bagai. Hihihi
Moga selamat semuanya LM doakan. Take care
InSyaAllah semuanya okey.... saya dulu lepas due 2 hari baru sakit...
BalasPadamTapi BT kena lebih peka denga pergerakan baby.....
Insyaallah..bnykkan berzikir n berdoa ye...
BalasPadam