Pantai Puteri, Melaka
Dua tahun lepas kami pernah ke pantai ini, buat yang pertama kalinya..kali ini kami kembali lagi, ingin mencari jejak dulu yang pastinya sudah hilang di telan ombak pantai.. Dulu datang waktu petang, semalam kami pegi waktu pagi, siap bawa bekalan dari rumah. Awal pagi dah bangun buat bihun goreng dan sandwich sardin tak lupa teh tarik buat sarapan pagi di sana. Selera lebih pula makan kat sini :)
Ramai jugak yang datang pagi-pagi macam ni. Suka tengok ragam bebudak kat sini, siap bawa pelampung bagai. ada yang mandi manda, ada yang main pasir, ada juga yang main layang-layang. Sesekali berhujung minggu di tempat sebegini seronok jugak sebenarnya. Menjelang tengah hari kami siap-siap untuk pulang sambung rehat di rumah pula.
**Cuti sekolah baru bermula rupanya, padanlah ramai yang datang dengan keluarga ke sini. memanfaatkan cuti bersama keluarga tersayang. Anak-anak pastinya antara mereka yang paling gembira
Assalamualaikum. bestnya lepak tepi pantai sambil makan-makan ~~~
BalasPadamcuti sekolah, jalanraya confirm jem
BalasPadamsukanya berkelah tepi pantai ya...
BalasPadamSeronoknya aktiviti ditepi pantai..dan makan2 makan apa pun sedap...
BalasPadamPantia apakah ini?
Seronoknya...dah lama tak pegi berkelah kat laut mcm ni...
BalasPadamCantik bunga TULIP tu...
Wahhh... berhoneymoon berdua + satu ... menggamit memori dulu-dulu
BalasPadam