Isnin, 24 Mac 2014

Di tepian pantai



Pantai Puteri, Melaka


Dua tahun lepas kami pernah ke pantai ini, buat yang pertama kalinya..kali ini kami kembali lagi, ingin mencari jejak dulu yang pastinya sudah hilang di telan ombak pantai.. Dulu datang waktu petang, semalam kami pegi waktu pagi, siap bawa bekalan dari rumah. Awal pagi dah bangun buat bihun goreng dan sandwich sardin tak lupa teh tarik buat sarapan pagi di sana. Selera lebih pula makan kat sini :)



 
 
 
Ramai jugak yang datang pagi-pagi macam ni. Suka tengok ragam bebudak kat sini, siap bawa pelampung bagai. ada yang mandi manda, ada yang main pasir, ada juga yang main layang-layang. Sesekali berhujung minggu di tempat sebegini seronok jugak sebenarnya. Menjelang tengah hari kami siap-siap untuk pulang sambung rehat di rumah pula.
 
 
 
 
**Cuti sekolah baru bermula rupanya, padanlah ramai yang datang dengan keluarga ke sini. memanfaatkan cuti bersama keluarga tersayang. Anak-anak pastinya  antara mereka yang paling gembira
 

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum. bestnya lepak tepi pantai sambil makan-makan ~~~

    BalasPadam
  2. cuti sekolah, jalanraya confirm jem

    BalasPadam
  3. sukanya berkelah tepi pantai ya...

    BalasPadam
  4. Seronoknya aktiviti ditepi pantai..dan makan2 makan apa pun sedap...
    Pantia apakah ini?

    BalasPadam
  5. Seronoknya...dah lama tak pegi berkelah kat laut mcm ni...

    Cantik bunga TULIP tu...

    BalasPadam
  6. Wahhh... berhoneymoon berdua + satu ... menggamit memori dulu-dulu

    BalasPadam