ya, aku masih trauma dengan kejadian yang menimpa semalam (05/05/2014) Hari ini masuk kerja dengan fikiran yang masih tertanya-tanya dengan seribu satu persoalan.. Bukan tidak redha dengan apa yang berlaku, tapi ada sedikit rasa terkilan barang yang betul-betul berharga telah lenyap sekelip mata.
Lewat petang semalam sekitar jam 5.45 petang aku dan ayah mentua tiba di rumah dari tempat kerja masing-masing..Pada pandangan luaran semuanya baik sahaja..pintu masih terkunci, tenang dan sunyi seperti selalunya. Bila melangkah ke dalam rumah ayah perasan lampu biliknya menyala dan pintu sedikit terkuak. Serasanya pagi tadi sebelum ke tempat kerja semua suiz telah di tutup..ah mungkin hari ini terlupa kot! masih ingin bersangka baik.. aku melangkah ke bilikku..terpandang pada bilik bertentangan yang pintunya terbuka luas..banyak barang atas katil, aku mula merasa semacam dan bila aku masuk ke bilik sendiri berderau darah tengok keadaan bilik yang berselerak.
Barang-barang dari dalam almari semua bertaburan di atas lantai, laci pula di angkat ke atas katil dengan isi di dalamnya sudah pun dikeluarkan. Almari solek jangan kata, habis di sepahkan segala apa yang ada di dalamnya. Ayah melarang aku menyentuh apa-apa di dalam bilik. Cuma mataku yang meneroka ke segenap pelusuk bilik. sah.. Laptop sebelah katil hilang, laptop yang setiap malam menemani tidur kami dengan alunan zikir yang sengaja di pasang oleh suamiku. katanya nak bagi baby dalam kandungan ini mendengarnya sekali. itu laptop milik suami dan laptop milikku yang ku simpan elok di dalam beg juga hilang sekali. Laptop yang ku beli zaman belajar dulu. Walaupun itu cuma laptop lama, namun nilai kenangannya tidak mungkin dapat ku beli semula :( Ya, aku masih terkejut dengan apa yang berlaku.
asalnya barang ni tersimpan kemas dalam kotak, habis semua di sepahkan..
salah satu laptop yang hilang dari dalam beg merah ni
Tidak lama lepas tu suami sampai ke rumah, dia pulang sedikit lewat dari kami.seperti biasa dia lebih selesa ulang alik ke tempat kerja menaiki motor. Aku tak mampu nak beritahu apa yang berlaku, biar dia melihatnya sendiri. dan lagi satu yang buat kami bertambah terkejut rupanya kereta suami di larikan sekali. Ya Allah... mungkin silap kami sendiri kunci kereta di letak elok di almari yang mudah untuk di lihat.
Ayah tanpa berlengah terus ke balai berdekatan nak buat report kecurian/kehilangan..Aku? masih kaku terduduk di kerusi ruang tamu. tidak tahu mahu berbuat apa. Apa pun aku bersyukur nyawa kami masih di lindungiNya..
anggota polis menjalankan kerja mereka...terima kasih atas keprihatinan kalian..
sekitar jam 8.00 malam ayah dapat panggilan telefon dari polis yang bertugas dan di maklumkan kereta di jumpa di satu kawasan perindustrian yang agak tersorok di dalam bangunan kosong. Kereta di dapati berkunci..mujur suami ada simpan kunci pendua kereta..kami segera ke sana dengan tiga lagi kereta polis. sah itu memang kereta milik suami, walaupun nombor pendaftaran kereta telah di cabut. Lajunya 'mereka' bertindak. Kami di maklumkan kawasan tersebut merupakan kawasan untuk meleraikan badan kereta. Jika polis sedikit terlewat mungkin kereta ini sudah menjadi 'korban' terpisah enjin dan badan.. Syukur ia dapat di temui semula.
di lokasi inilah kereta suami di jumpai 2 jam selepas laporan polis di buat
Selepas kereta di periksa dan di bawa ke balai, pihak Polis bergerak ke rumah pula. Mereka memeriksa sekitar kawasan rumah dan di dapati tiada kesan pecah ataupun umpilan di pintu dan tingkap.Tidak tahu bagaimana 'mereka' boleh masuk..
Semalam hampir jam 12 tengah malam baru pihak polis meninggalkan rumah..sekali lagi aku menjenguk ke dalam bilik. sayu rasa hati melihat keadaan sebegitu..cincin merisik dan cincin duit mas kahwin pun hilang sekali. liciknya mereka...tidak mengapalah mungkin itu rezekinya.. aku cuba untuk memujuk diri walaupun terlalu sukar untuk aku meredhai kehilangan mahar tersebut :(
Semalam hampir jam 12 tengah malam baru pihak polis meninggalkan rumah..sekali lagi aku menjenguk ke dalam bilik. sayu rasa hati melihat keadaan sebegitu..cincin merisik dan cincin duit mas kahwin pun hilang sekali. liciknya mereka...tidak mengapalah mungkin itu rezekinya.. aku cuba untuk memujuk diri walaupun terlalu sukar untuk aku meredhai kehilangan mahar tersebut :(
Malam semalam tidurku tidak lena..aku asyik terjaga mungkin sebab terlalu berfikir. Risau perkara buruk terjadi lagi..Tapi aku yakin Allah itu sentiasa ada bersama...
Cerita ini aku kongsikan sebagai pengajaran buat semua, sentiasalah berjaga-jaga dalam apa keadaan sekalipun. Terkadang kita merasakan sudah cukup selamat sedangkan musibah itu ada di mana-mana. Elakkan dari menyimpan kunci pendua di luar rumah..Orang kita selalu kan letak kunci dalam pasu bunga, dalam kasut dan kat celah-celah pokok pun ada. Nasihat polis jangan berbuat sedemikian! Peranan jiran pun cukup penting, rasanya duduk di rumah teres lagi terjamin keselamatan kan. Ahhh...kalau benda nak jadi duduk di rumah berkunci penuh siap dengan CCTV pun boleh jugak di pecah masuk.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu...
Salam dariku, BungaTulip..
***Doakan semangatku pulih ye kawan-kawan. risau baby dalam perut pun terkejut sekali.
takziah dear...mujur msih ad rezeki ke atas kereta...walaupon brgn ksyg awk dh dicuri...jaga kesihatan dan bb elok2 ye. itu yg penting
BalasPadamLambat sikit memang dah tak jumpa kereta ni. kesian baby, semalam tak makan apa pun sebab mamanya takda selera
BalasPadamMasyaalllah
BalasPadamsemoga puan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini....
Harapnya begitu la sud@is..ujian semua ni
Padamtakziah....nasib baik kereta jumpa...jaga kesihatan , jangan fikir sgt....semoga tabah menghadapi ujian...klau jadi kat kite pun ntah mcm mana la reaksi kita agaknye...
BalasPadamsekarang ni masih mencuba untuk lupakan cuma kadang bila masuk bilik terbayang mcm ada org jahat je..moga-moga terus diberi ketabahan
PadamMasya-Allah... tak dapat kakak bayangkan apa yg empunya badan rasakan dgn situasi begitu. Cuma betul mujur tidak ada yg terancam sebab rumah kosong. Kalau ada penghuni di dalam entah apalah jadinya...
BalasPadamSabar dik ujian Allah ni...
Ye Kakzakie..mujur jugak masa tu semua orang tiada di rumah. Kalau ada takut dari niat nak mencuri orang pula yang dicederakan. minta dijauhkanlah...
Padamsyukur kereta dah dapat balik.
BalasPadamitulah Nieda..mujur jumpa
PadamYa Allah dear.. banyakkan sabar ya jas.. semua dugaan.. jgn stress2.. nanti baby ikut stress..
BalasPadamAllah sentiasa bersama..
Ehe...terkadang jak pandai takut2..terus usap perut cepat-cepat
Padambanyakan bersabar.. percayalah akan datang 1001 rezeki mendatang. inshaAllah.
BalasPadamMudah-mudahan...eh Dkna belum bersalin lagi ke?still aktif berbelog ni :)
PadamMasya Allah..; ..kena selalu beringat pasal kecurian sdg berleluasa, cepat bertindak jika berlaku kecemasan. Bersabarlah ye BT.
BalasPadamTerima kasih PCL
BalasPadamitu la pasal..kadang kejadian di luar jangkaan...
ya Allah ....takut akak bace.... mujur sgt2 bukan rompakan mase semua ade dirumah.... sabar yeak dik...dugaan yg pasti ade hikmahnye...mujur kereta sempat jumpe kalo tak mmg dah tgl rangka jek....kuatkat semangat key dik...jgn sedih2 nanti baby sedih gak....byk2 kan berzikir utk tenangkan hati...
BalasPadamBetul kak, mujur masa tu tiada siapa di rumah..tang kereta dapat jumpa tu mungkin masih rezeki kami..tapi risau jugak sebab kunci kereta lagi satu masih pada 'orang' tu...
PadamByk2 bersabar yer, rumah sy pun ujung tahun lps kena pecah masuk, padahal rumah tu sebelah dgn rumah mak mertua n mak mertua mmg sentiasa ade kt umah...mmg licik diorg nie...anyway Assalamualaikum saya blogwalking kt sini jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...
BalasPadamWaalaikumsalam..terima kasih sudi menyinggah..sekarang orang makin berani.ada tu yang siap bawa lori sekali, jiran ingatkan tuan rumah nak pindah rupanya org dok pecah rumah angkut sume barang
Padamkalau sy pun mmg trauma, yg kena ragut dulu pun still igat walaupun thn lps, rs mcm nk bunuh je org yang jahat tu...
BalasPadamkan...susah nak lupa benda-benda macam ni. tapi nak ingat pun tak guna..yang penting kena waspada selalu
PadamSaya juga pernah 3 kali rumah dipecah masuk, ia satu pengalaman yang menakutkan apa lagi berlaku ketika kami berada di dalam rumah. Kadang2 kita ingat rumah sudah selamat dengan segala sistem yang ada, tapi dalam dunia yang manusia ramai berhati iblis ini segalanya boleh terjadi. Semoga Allah melindungi kita selalu....
BalasPadamkalau sampai 3 kali bahaya jugak..asik kena benda yang sama..yelah walau kita dah cuba elak tapi zaman sekarang susah nak cakap lah..yang penting kita tidak di apa-apakan...
Padamkat tempat IM bebaru ini, pencuri masuk dalam rumah dan ambil kunci kereta yang tergantung di bilik lalu terus larikan kereta beserta dengan barang curian.
BalasPadamada orang beritahu, pencurinya orang dekat-dekat situ juga.
lebih kurang sama je dengan kes saya bebaru ni..tak tau lah Pak IM..sepertinya 'orang' tu tau je selok belok rumah dan hanya fokus pada bilik kami.
Padamnasib baik semua org takder dam rumah.... lagi bahaya klu kita ada dlm rumah tp perompak masuk...
BalasPadamalhamdulillah BT dan family tak apa2, apa2 pun jaga baby baik2 ye
Betul SR..mungkin 'orang' tu memang nak masuk rumah masa kami tiada..
PadamSabar ye jas, yang penting tiada yang tercedera.. Jaga diri.. jaga baby.. boa banyak pada Allah semoga tidak akan terulang lagi..
BalasPadamRisau la Kak Jan..sekarang ni walaupun ada dalam rumah memang pintu sentiasa di kunci. risau terjadi lagi
PadamSmoga kejadian ini tak lagi terulang...
BalasPadamHarapnya macam tu la Kak Endah
PadamSyukur takde sape2 dalam rumah masa kejadian. kalau tak tak tahu apa boleh jadi. hmmm sabar ye kak.
BalasPadamosmaniye
BalasPadamrize
sakarya
samsun
sivas
6UGY3
yurtdışı kargo
BalasPadamresimli magnet
instagram takipçi satın al
yurtdışı kargo
sms onay
dijital kartvizit
dijital kartvizit
https://nobetci-eczane.org/
NSP
شركة تسليك مجاري 7rYu4QG5YH
BalasPadam