Tidak tahu kenapa petang-petang sebegini aku tetiba merindui mereka. Kami tak ramai cuma tiga beradik, yang sulung abang yang kedua kakak dan aku yang ketiga. Alhamdulillah ikatan persaudaraan kami sangat erat walaupun masing-masing kini tinggal berjauhan. Abang di Keningau, Sabah. Kakak pula menetap di Puchong, Selangor dan aku kini di Melaka.
di hari bahagiaku, kakak dan abang di hujung kiri dan kanan..susah nak tangkap gambar bertiga
Terkadang aku ingin kembali pada masa lalu, agar aku boleh duduk sebumbung dengan mereka. walaupun rumah di kampung tidak sebesar mana tapi di situlah kami membesar, menyemai kasih sayang adik beradik. Merasa suka duka perit dan payah kehidupan bersama. Mungkin kami tidak ramai itu yang buat kami bertiga rapat. Jarak umurku dengan kakak agak jauh lebih kurang 7 tahun. Masa kecil dulu aku selalu jadi mangsa suruhan abang dan kakak. yang sorang bagi arahan lain yang sorang pulak suh aku buat benda lain dalam satu masa. jadinya aku yang pening sendiri.. masa tu dalam kepala dah set yang diorang tu abang dan kakak, kuasanya lagi tinggi. boleh mengarah itu dan ini. Apa yang di suruh semua aku mesti lakukan! itu yang buat aku ingat sampai sekarang. ehe... Nasib la aku tiada adik kalau tak mesti jadi mangsa jugak di suruh buat itu dan ini :)
kakak masa sama-sama bercuti di Cameron Highland tahun lepas
Dengan abang pula jumpanya cuma sesekali sahaja kadang setahun cuma dua atau tiga kali jumpa itu pun pada Hari Raya atau sekiranya aku pulang ke kampung. Kami berutus berita dan cerita cuma di telefon itupun sudah cukup buat kami saling mengambil tahu dan bertanya khabar berita masing-masing.
Baru semalam abang menyambut ulang tahun yang ke-36 (31 Mac 1978) semoga abang terus di berikan kesihatan yang berpanjangan dan bahagia bersama isteri dan anak-anak. Panjang umur murah rezeki nanti kita jumpa lagi. Terima kasih atas pengorbananmu selama ini, lepas arwah bapa meninggal engkau lah abang engkaulah bapa. tanggungjawab yang tidak pernah kau abaikan sehingga kami adik-adikmu berumahtangga. Engkau abang yang terbaik buat kami berdua..
***Aku akui antara kita tiga beradik aku yang paling tidak cool. Selalu beremosi lebih..apa pun terima kasih atas kesabaran kalian berdua. Sedari aku kecil sampai sekarang perhatian dan kasih kamu berdua tidak pernah berkurang. Semoga kita bertiga dapat menjadi anak yang terus dapat berbakti dan menjaga emak sebaiknya.
Bagai air dicincang tak akan putus.. begitu juga ukhuwah adik beradik..
BalasPadamSemoga gembira Adik beradik hingga ke jannah BT ;)
kan kak..apa pun terjadi tetap adik beradik sampai bila-bila
Padamkadang kita yang bongsu ni je yang lelebih nak kan perhatian diorang.he :)
alhamdulillah..semoga ikatan tidak terputus dgn jarak..telefon ada. laman sosial ada. mcm2 cara boleh bertukar cerita kan..
BalasPadamyap atie..
Padamtapi kalau dapat jumpa mesti lagi best kan. telefon jelah jadi penghubung..rindu jugak dengan anak saudara sebenarnya. sesekali jumpa cepat je diorang dah besar..
semoga kasih sayang dan hubungan baik berpanjangan
BalasPadamTerima kasih Sud@is
Padamikatan saudara yang tak kan terputus