Isnin, 7 April 2014

Ikan bilis mata biru

Assalamualaikum...
 
Ikan bilis mata biru? ya, itulah ikan bilis yang popular di Pulau Pangkor. Aku pun baru tau kewujudan ikan bilis mata biru ni. Kalau di Sabah selalu orang dok cari ikan bilis kering je..
 
Kebetulan minggu lepas aku dan dua orang rakan sekerja ke Lumut, Perak. Tiga hari di sana atas urusan kerja. Dah alang-alang sampai ke Lumut kami terus ke Pangkor (yang sebenarnya kami tersesat masa pegi tu tak jumpa jalan nak ke Marina Cove Resort. Tau-tau dah sampai ke Pangkor)
 
Lepas je program hari ketiga selesai, sebelum gerak balik ke Melaka kami ke Pangkor mencari hasil laut untuk di bawa pulang. Macam-macam jugak yang ada di sana. Ni cuma sebahagian je, tak dan nak tangkap gambar semua :)
 
 
ini la rupa ikan bilis mata biru..
kalau tengok dari jarak dekat baru perasan si pemilik mata biru ni :)
 
 
sotong yang bulat-bulat comel ni sedap jugak buat sambal,
ikan bilis pula di goreng buat pelengkap nasi lemak...
 
 
 
makanan ringan hasil laut yang ada, harganya ok la boleh tahan..kalau beli banyak boleh dapat diskaun.
tak ke seronok kalau macam tu. masing-masing bawa pulang beg besar :)
 
 
Gambar kenangan kami di sana...
ada ramai lagi sebenarnya tapi masing-masing dah panjang langkah
 
 
 
***Ada masa dan peluang nanti teringin juga nak bercuti ke Pulau Pangkor, naik feri gi seberang sana. masa ni kami memang tak sempat nak ke seberang.. sekadar jejakkan kaki di jeti je.. 
 
 

17 ulasan:

  1. wah.. ikan bilis pun pakai kanta lekap..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemain kan ikan bilis itu.hihi...

      Padam
  2. saya belum pernah berkesempatan pergi ke pulau pulau di malaysia ni..harap2 suatu hari nnt ada kesempatan dan bajet untuk merasainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena cari masa yang sesuai kalau nak pegi. nanti ada kesempatan dan bajetnya boleh la bawa baby Aina bjalan

      Padam
  3. tercari cari tulip merah....

    BalasPadam
  4. Tahun lepas isteri saya ke Pangkor mengikut rombongan pejabatnya. Antara barang yang dibeli di Pangkor ialah ikan bilis. Tapi saya tak perasan pula warna mata ikan bilis yang dibelinya (sekarang dah habis dimakan)... :)
    Nota: terima kasih kerana menjejaki blog saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kalau tidak di beritahu memang tak perasan mata biru ikan bilis tu..ikan bilis pangkor (saiz kecil) garing dan sedap..sama sama :)

      Padam
  5. Di tempat kami itu namanya ikan teri, sotong bulat (cumi telur) enak dimasak pedas. Terima kasih dah mampir and follow my blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Endah,
      oh saya baru tau namanya ikan teri ya, dengan cumi telur..sedap kan

      Padam
  6. ikan bilis memang menjadi pilihan bila nak buat sambal nasi lemak di rumah saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan bilis wajib ada kan, pelengkap nasi lemak...

      Padam
  7. 1st time dengar ikan bilis mata biru hehehee

    BalasPadam
  8. Sama la kita Dkna :) tapi itu yang popular kat Pangkor

    BalasPadam
  9. mungkin itu ikan bilis kacukan.. pan asian gitu.. haha

    BalasPadam
  10. Salam kenal dan terima kasih sudi bertandang ke blog saya dan jadi member..

    BalasPadam
  11. salam bunga tulip....salam kenal...:D ikan bilis mmg feveret digoreng ranggup..sy lbh suka yg color lebih putih dan sudah dibelah

    BalasPadam