Isnin, 28 April 2014

Bunga Tulip di Cardiff, Wales

Assalamualaikum...

Ucapan terima kasih ini aku dedikasikan khas buat sahabat maya, Hartini Omar. Aku kenal dia beberapa tahun yang lalu, tidak pernah bersua muka tidak pernah mendengar suara, cuma aku membaca ceritera dia di sini. aku tertarik dengan gaya penceritaan dia di blog, terkadang kata-katanya itu satu motivasi buatku, gambar yang di rakamkan menceritakan segalanya, dulu Tini selalu rakam gambar raja sehari sekarang beralih kepada gambar pemandangan indah di luar Negara pula.
 
Tini kini menuntut di London, United Kingdom. Aku pernah beritahu dia, untung la kamu Tini muda-muda dapat duduk di negara orang, dapat kenal budaya mereka, katanya itu semua rezeki. Ya, memang rezeki Tini dan dengan izin Dia juga. Aku tahu ini yang kamu impikan sejak dulu.. pengorbanan kamu bukan sedikit di sana! semoga kamu akan pulang bersama kejayaan kelak. Itu doaku untukmu...
 
Tini sempat merakamkan beberapa keping gambar bunga tulip sepanjang percutiannya di Cardiff, Wales..Sangat cantik, berwarna warni. Alangkah bertuahnya andai dapat melihat keindahan ini di depan mata. Apa pun, terima kasih banyak ye Tini atas perkongsian ini, Bunga itu sudah cukup cantik, kreativiti kamu menangkap gambar menambah lagi keindahannya. Bakat seni yang memang ada pada kamu.. Ini antara gambar yang di tangkap sendiri oleh Tini..jom cuci mata :)
 
 
sedang Tini dok tangkap gambar, ada pula budak comel ni.. tak pasal-pasal dah jadi model.
 
 
Bunga Tulip di Cardiff biasanya di jadikan bunga hiasan untuk landscape
 
 
Bunga Tulip Kuning, sangat cantik..digabungkan dengan bungaan kecil berwarna putih
 
 


Menurut Tini kelopak Bunga Tulip ni macam kain baldu, keras dan tak mudah gugur  bila di pegang. Biasanya tengok bunga tulip warna-warna terang dan ceria, rupanya ada juga tulip warna hitam. Terima kasih untuk infonya Tini...






Tulip Merah di selang seli kan dengan Tulip Putih...Naik gabungan dua warna ni
 
 
Bunga Tulip dan Bunga Sakura, aku bagitahu Tini kat Malaysia baru-baru ini pun ada musim 'Bunga Sakura' Ehe itu 'Bunga Sakura' iklim khatulistiwa kot :)
 
 
***semua gambar ihsan dari blog Tini, Ceritera Yang Tak Sudah.
 
 
Sekali lagi Tini, terima kasih untuk entri Musim Bunga ni ye..ini pun sudah cukup memadai dapat la tengok pokok-pokok bunga yang ada di sana. Bak kata Tini, jangan pernah henti berdoa, siapa tahu satu hari nanti dapat ke sana juga.  Melihat sendiri keindahan ciptanNya kan.
 
Menjalani kehidupan sebagai pelajar di negara orang memang banyak dugaannya Tini.  Kawan-kawan antara mereka yang paling rapat di sana. Semoga kamu diberikan kekuatan, agar nanti kamu kembali dengan kejayaan yang paling manis hadiah buat orang tua mu.
 
Salam sayang dari kejauhan,
Bunga Tulip~~


13 ulasan:

  1. kawan kat Jepun,kat Istanbul..kat UK..semuanya post pasal si tulip yg sedang mekar sekarang...santiknya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak, rasanya sekarang memang musim tulip la kat sana...kita kat Malaysia ni tak dapat nak tengok yang real :) jamu mata dengan gambar jelah..

      Padam
  2. Musim bunga tulip di Eropah sekarang... Di negara kita juga bunga sentiasa bermusim ada juga yang berbubga sepanjang masa, cuma tak banyak taman bunga yang betul-betul banyak bunga yang boleh dibanggakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Jay Ar, melihat pada perkongsian rakan yang duduk di Eropah rasanya memang betul sekarang musim tulip di sana. Di Negara kita ada juga taman bunga, cuma kena cari tempatnya..baru boleh jumpa yang betul betul boleh dikatakan 'taman bunga'

      Padam
  3. Salam kenal dari Che Mid..cantik blog ini..kalau boleh berbau tentu sangat wangi..he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal che mid,
      Cantik sebab bunga tu berwarna warni kot kak..tulip ni tidaklah sewangi bunga mawar..

      Padam
  4. Musim bunga ni, saya pun suka sgt snap bunga tulip... Mcm2 kaler yg ada... Mmg tak puas snap gambar tulip... Tetap nampak cantik walau orgnys x berseni mcm saya... Hiihihi

    BalasPadam
  5. Cantiknya....sngt2....

    BalasPadam
  6. Salam ukhwah, 1st time singgah sini..jalan-jalan blogwalking.. salam perkenalan =)

    cantek2 kan bunga tulip tu =)

    BalasPadam
  7. Dapat jamu Mata pun . dah teruja akak tengok Tulips ;)

    BalasPadam
  8. Cantik bunga tulip ini. Patut ramai yang suka.

    BalasPadam
  9. Hahaha saya senyum saja bila melawat laman kamu ni Bunga Tulip. Siapa sangka kita boleh berkawan walaupun di dalam laman maya. Terima kasih kerana memanjangkan ilmu dan pengalaman saya. Untuk kamu saya doakan bahagia

    Jaga diri

    BalasPadam