Jumaat, 11 April 2014

Jambu air berbuah lagi

Assalamualaikum..
 
Salam jumaat, Alhamdulillah cuaca sekarang dah semakin baik, hujan dan panas silih berganti..pokok-pokok pun sudah mulai 'hidup' semula. Hujan yang di tunggu kini selalu ada terkadang pagi kadang petang turun nya..tak kira masa kadang tengah kita di buai mimpi hujan turun menambah lena kita.
 
Pokok dekat kebun Ayah semakin subur tumbuhnya. yang dulu rumput bertukar kekuningan kini semakin naik warna hijaunya. pokok buah semakin galak mengeluarkan buah, dan bunga tentunya semakin kembang berseri.
 
Pokok jambu air yang ayah tanam tahun lepas tengah mengeluarkan buah buat kali yang kedua. Masa buah pertama dulu daunnya lebih lebat dari buah, tapi kali ini agak berbeza daun jambu air semakin berkurang, buahnya agak banyak jika dibanding dengan saiz pokoknya yang rendang.
 
 
ni buah kedua jambu air selepas buah pertamanya pada hujung tahun lepas..
 
 
 
tengoklah daun yang semakin kurang tak serimbun dulu. pokoknya tak tinggi mana pun
 
 
 


 
buah disebalik daun.. ada buah yang sudah boleh dipetik ada jugak yang baru berbunga.
 
 
 
hasil tuaian..
 
 
 
semoga akan terus menghasilkan buah yang ketiga, keempat dan seterusnya...
 
 
 
Dalam entri mengenai jambu air yang lepas, ada rakan bloger bagitau buah ini jua di panggil jambu bertih. mungkin sebab saiznya yang kecil, ada juga yang panggil jambu loceng kerana ia mirip loceng :) nama yang berbeza tapi buahnya sama sahaja. rasanya sedikit masam tapi sedap
 

19 ulasan:

  1. merah menyala buat kecur liur nak makan...sedap tu cicah ngan kuah rojak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dari jauh warna merahnya dah nampak.ehe..sedap kan masam masam rasanya :)

      Padam
  2. Amboi merah berkilat warna jambu tu.. bila tengok jambu air ni teringat akak masa kecik2 dulu ... duduk bawah pokok cecah dengan kicap + gula+ cili api... memang berasap makan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak, makan cecah cili kicap memang berasap..makan banyak pun tak sedar dah. masa kecik-kecik dulu banyak pokok jambu ni kat kampung tapi pokoknya agak tinggi :)

      Padam
  3. Menggoda betul jambu air ni. Kakak rasa dah berpuluh tahun kakak tak dapat menikmati jambu air ni. Dulu rumah arwah atok kakak ada. Kami makan bawah pokok colek dgn kicap cili sedapnya... terkenanglah kakak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak zakie,
      lama jugak tu kalau dah berpuluh tahun, dulu memang senang nak jumpa pokok ni cuma sekarang makin berkurang.jarang jumpa dah kan. makan lepas di petik memang sedap kak

      Padam
  4. mak aihh..beliur terus aku nampak jambu air ni..teringat dulu zaman kecik2..sebelah rumah nenek ada pokok jambu air..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atie,
      bikin beliur kan, takut baby dalam perut tu yang teringin, kalau setakat mak buyung je takpa lagi. gi cari di pasar Kunak, manatau ada jual :)

      Padam
    2. hehehe..mesti mau cari..teliur sdh ni..ptg ni ada pasar sabtu dekat rumah..mmg wajib singgah..hehehe..

      Padam
  5. Color merah menyala tu buat tegoda, cicah cili kicap spai tebatuk sllunya memang sedappp,.

    BalasPadam
  6. As salam tuan rumah...,

    Sedapnya jambu ni. Dah lama saya tak tgk dan mkn buahnya. Saya suka rasa buah ni yg agak manis dan teksturnya rangup. Jambu ni ada nama lain yg khas utknya tapi saya dah tak berapa nak ingat. Jambu air lbh spesifik kpd jambu yg berwarna putih tu.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.

    BT..pinknyaaaaa buah dia,hahaha

    Da tak ingt da bila kali terakhir pegang n makan jambu air ni BT.. :)

    BalasPadam
  8. Ya Allah, bertahun dah xmkn buah jambu ni. Kalo dekat akak mintak sikit.hihi

    dulu kecik2 buah jambu ni la makanan mainan. Panjat pokok

    BalasPadam
  9. Cantiknya macam hiasan tanglung.

    BalasPadam
  10. kalau tak salah jambu air yang kecil2 tu kan?..kalau tempat bunda kat perak panggil jambu bertih...
    Kalu bunda masa budak2 dulu suka belah2 jambu tu ,,campur kicap n gula.. tumbuk cili pecah2 gaul sekali ...sedap..

    BalasPadam
  11. merah ranum colornya...suka juga kecik2 dulu mkn..skang dah jarang jumpa

    BalasPadam
  12. lebat buahnya... dah lama tak makan buah jambu air ni..sedapnya klau cecah kicap...
    TQ follo sy... follow balik sni...#227 :)

    BalasPadam
  13. Kata orang jambu air ni kalau musim hujan rasa tawar sikit. Skrg jarang jumpa jambu kecik2 ni

    BalasPadam
  14. Hi sis, saya teringin nak mkn buah ni,,, ada tumbuh lagi x? boleh saya beli?

    BalasPadam