Assalamualaikum...
Tiga hari pertama kita di tahun baru 2014. Pastinya 2013 yang telah pergi meninggalkan seribu satu kenangan buat kita semua. Mengharapkan 2014 yang baru sahaja membuka tirainya menjadi satu titik permulaan yang baik buat kita semua. In Shaa Allah
Alhamdulillah permulaan tahun 2014 ini membawa berita gembira buatku. Apa yang di impikan selama ini akhirnya tertunai jua. Permohonan untuk bertukar mengikut suami telahpun di luluskan, Hari ini hari pertama saya di tempat baru. Semuanya serba baru. Tidak mengapalah demi tuntutan dan tanggungjawab kepada keluarga saya mulakan semuanya dengan lembaran baru. Saya tidak boleh membandingkan tempat dahulu dengan yang sekarang, di mana sekalipun kita mencari rezeki sama sahaja tiada apa yang berbeza. Jangan difikirkan bebanan yang ditanggung, kita perlu niatkan ia sebagai satu ibadah. Mungkin kan lebih mudah buat kita. kan...
sebahagian pemberian mereka buatku..
terima kasih untuk segalanya..
Tempoh masa saya di JPDP tidak panjang cuma lebih kurang setahun setengah sahaja, belum puas bersama mereka, bersama teman sekerja yang telah banyak memberikan tunjuk ajar padaku. Sokongan dan bantuan kalian akan selamanya dalam ingatan. semoga ikatan ukhuwah antara kita berkekalan selamanya.
** SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 **
sy plak tahun baru x bpe hepi sbb anak x sihat smpi ke arini.huhu
BalasPadamp/s : semoga hepi ditempat bru ye :-)
moga-moga anak tu cepat sembuh ye Mama Safiy, semua ni ujian dariNya..
Padamsaya masih cuba menyesuaikan diri di tempat baru :)
Rezeki Tahun Baru..
BalasPadamYe Encik Abil /DIM, ni yang dinamakan rezeki kan
Padamselamat memulakan tugas di tempat baru..insya Allah semuanya akan ok2 saja. :)
BalasPadamMudah-mudahan Atie..kena pandai suaikan diri jak ni
PadamAssalamualaikum.
BalasPadamAlhamdulillah.. dapat juga dekat dengan suami :).
Ditempat baru, perkara normal bila perlu menyesuaikan diri.. semoga berjaya ditempat baru ni BT..
Selamat Tahun Baru 2014.. ^_^
Waalaikumsalam Liana,
PadamSyukur akhirnya dapat jugak duduk sekali..
Di tempat baru ni tidak ramai kakitangan dan bidang tugasnya lain dari yang saya pernah buat dulu. itu yang jadi cabaran buat saya..
IM bekerja di tempat sekarang dari mula habis belajar hingga sekarang. Tak berani berubah angin...
BalasPadamSaudara IM,
PadamJika di beri peluang saya memang mahu kekal di tempat lama, mungkin jiwa sudah serasi di sana. Namun atas tuntutan sebagai isteri saya kena akur dan berubah angin ke tempat baru.
doakan saya dipermudahkan segala urusan kerja di tempat baru ini. Lain tempat lain dugaannya. Harap saya terus bertahan di sini.
alhamdulillah....
BalasPadamsemoga kehidupan lebih baik
:)
Terima kasih Rapunzel Cikilolo.
PadamHarap kamu pun begitu juga :)
Selamat Tahun Baru 2014! Semoga sihat walafiat hendaknya...
BalasPadam*Jom jenguk entry terbaru saya..
http://bit.ly/1gyQ9cc
Selamat tahun baru 2014,
Padamsemoga membawa seribu kebahagian buat awak juga..diberikan kesihatan yang baik itu yang paling penting kan.
Salam tahun baru
BalasPadamAlhamdulilah...
Dekat dgn suami. Isteri tu kan tulang rusuk suami..
Kena lah dekat..
Moga dpt sesuaikan diri d tmpat baru
Nong andy
Kak Nong,
PadamYa itu yang sebaiknya kan. orang bilang susah senang bersama, Chewah :)
Selamat tahun baru, Shinta pun dah start sekolah kan. suruh jak dia belajar rajin-rajin ya.