Kali ini rasa nak berkongsi pasal tanaman pula. Bab pokok-pokok ni memang saya cukup minat, suka tengok tanaman yang membuahkan hasil tapi sayangnya tangan ini tak berapa nak sejuk. Jadinya saya cuma jadi tukang petik je.
Lepas kenduri bertandang kat Melaka aritu, Ayah (FIL) ada tanam pokok jambu air kat halaman rumah, nak tanam sebelum majlis takut kena khemah masa kenduri. Jadinya ayah tanam lepas semua majlis dah selesai. Kalau di kira-kira belum sampai 6 bulan pun lagi, tapi pokok ni dah membuahkan hasil.
terlindung di sebalik rimbunan daun
Memula ayah bagitau pokok tu dah ada buah macam tak percaya je, yelah tengok pada fizikal pokok ni memang rendang tak sampai pinggang pun tinggi dia, daun je yang rimbun menghijau. Bila tengok dari jarak dekat baru saya perasan. Eh.. dah ada buah rupanya, dah boleh petik pun :)
buah yang sudah mulai masak.merah menyala..
betul la orang kata, tangan sejuk ni tanam apa pun menjadi.. ini la hasil yang dituai bila berbudi kepada tanah
**********************************************************************************
Saya teringat masa kecik-kecik dulu kat kampung (Lahad Datu, Sabah) arwah bapa ada tanam pokok ni betul-betul kat depan rumah. pokoknya agak tinggi kena panjat baru boleh petik buah dia. Masa tu panjat pokok dengan saya memang tak boleh dipisahkan. Sekarang dah tak buat dah sume tau, dah besar panjang dan dah jadi bini orang pun. Ah cepatnya masa berlalu, saya sudah dewasa rupanya!!
Apa nama lain jambu ni ea, kawan dekat opis bagitau ni jambu loceng...
Rendah gila pokok jambu dah berbuah. Mesti yg kena lakum tu kan..
BalasPadamNong andy
lovingustory.blogspot.com
Kak Nong,
Padampokok ni rendang yang berbuah
benih dia beli kat Jabatan Pertanian
oh ya, kena lakum tu apa?ehe...
jenis ni masam sikit kan?
BalasPadamKak IM,
Padamyap sedikit masam
tak semanis jambu madu :)
sedap cecah dengan kicap kak
Wah..best nya ada pokok macam ni. nak makan boleh petik sahajakan.
BalasPadammemang best bab petik2 buah ni :)
BalasPadamBestnya BT. Kakak suka jambu air ni. Cecah dgn kicap sambal sedap tau. Pokok kecik buah lebat. Ini kalau buah kali ke dua berbuah laaaaagi banyak tau.
BalasPadamSaya makan pun cecah dengan kicap kak..sedap dah la tiada biji. petik, basuh terus makan je. Ni buah pertama pun dah rimbun tunggu buah kedua dan seterusnya pula :)
Padamwak pon dh lama x makan jambu air nih.,ihhKKs
BalasPadambanyak jual kat pasar wak...
PadamSalam kenal dan singgah
BalasPadampokok rendah yang comel, jambu air cicah sambal kicap
Terima kasih sud@is sudi singgah sini..
Padamehe pokok kecik je dah di paksa berbuah
hantar la sket kat umah hehe.. dah pindah melaka ke?
BalasPadamjambu ni dah habis musim.he..
Padamjambu batu mau ka?
Belum dapat pindah lagi.
masih menunggu dengan penuh harapan..
Assalamualaikum..
BalasPadamnampak warna ja pun tau mesti sedap ni kan!
kawasan rumahku xda tmpt mau tanam apa2..huhuh..
Waalaikumsalam,
Padamsedap cecah dgn cili kicap tie,
ehehe...tanam dalam pasu jak la jimat ruang :)
Assalamualaikum.. :)
BalasPadamTerima kasih BT..alhamdulillah..lana sihat sgt skrg ni,hehe.
Semoga BT pun sihat selalu.. ^_^
Oh, kat tmpt lana pun, panggil jambu air. Lama benar tak makan..mana nak jumpa duk bandar..
Alhamdulillah saya pun sihat sentiasa je..
BalasPadamdi Bandar pun buah ni boleh jumpa liana,
cari kat pasar ^_^ heee
Assalamu'alaikum Bunga Tulip
BalasPadamDi kg Pak Temuk dulu-dulu kami memanggilnya jambu bertih... mungkin sebab kecil dan biasanya banyak, disamakan dengan bertih padi. Memang cantik pokok itu. Kalau dijaga jadi terus tak tinggi tentu seronok dan mudah mengutip hasilnya setiap kali ia berbuah.
Waalaikumsalam Pak Temuk..
Padamya, saiz jambu ni kecil berbanding saiz jambu air yang lain. rasanya sedikit masam. Pokok yang ni buah dia tak berbiji mungkin benihnya telah di inovasikan.ehe..
Assalam. Wah.. Macam tertarik jer.. Merah pulak tu jambu nyer.. memang sedap cicah ngan campuran kicap. sos. gula. cili!
BalasPadam*Jom jenguk entry terbaru blog kami...
http://vitaminformeandyou.blogspot.com/2013/12/apa-yang-omega-3-bantu-ke-atas-badan.html
Waalaikumsalam..
Padamyap, warnanya merah menyala
terima kasih sudi singgah :)
Tampak sihat dan sedap buahnya. Tapi acap kali saya tengok buah jambu ini di serang ulat. Macamana agaknya nak hindarkan ini?
BalasPadamya, memang ada juga buah yang mudah di serang ulat. mungkit kena tengok pada benih dia dan Baja yang di gunakan..yang ni xsilap ayah saya guna Baja organik
Padamsalam...nak tanya..kat mana ada jual benih pokok jambu bertih ni??
BalasPadambila tgk, teringat masa kecil2 dulu..hehe
Waalaikumsalam..
BalasPadamkadang ada jugak orang jual benih buah ni dekat pasar tani.
Hi sis, saya teringin nak mkn buah ni,,, ada tumbuh lagi x? boleh saya beli?
BalasPadam