Assalamualaikum..
Harap semua dalam lindungan Ilahi, diberikan kesihatan yang baik dan dikelilingi dengan orang-orang yang membahagiakan dan menyenangkan. Andai kita ingin orang sekeliling positif pada kita biarlah kita mulakan dari dalam diri kita sendiri. cuba untuk berlapang dada dan tanamkan sifat-sifat mulia dalam diri sendiri.
Alhamdulillah.. itu yang selayaknya ku panjatkan di kala ini, selepas setengah tahun mendirikan rumah tangga saya kini sedang mengandungkan zuriat hasil perkahwinan dengan suami tercinta. Membesarlah dengan sihat anakku, membesarlah kamu dalam rahim ini, akan ku jaga dirimu sebaiknya, semoga terus diberi kesihatan yang berpanjangkan dan dikuatkan semangat untuk mengharungi tempoh 9 bulan 10 hari ini bersamamu sebelum kamu keluar melihat kehidupan yang sebenar-benarnya. Kehidupan yang punya banyak cabaran dan dugaannya.
Alhamdulillah.. itu yang selayaknya ku panjatkan di kala ini, selepas setengah tahun mendirikan rumah tangga saya kini sedang mengandungkan zuriat hasil perkahwinan dengan suami tercinta. Membesarlah dengan sihat anakku, membesarlah kamu dalam rahim ini, akan ku jaga dirimu sebaiknya, semoga terus diberi kesihatan yang berpanjangkan dan dikuatkan semangat untuk mengharungi tempoh 9 bulan 10 hari ini bersamamu sebelum kamu keluar melihat kehidupan yang sebenar-benarnya. Kehidupan yang punya banyak cabaran dan dugaannya.
PERKEMBANGAN JANIN DALAM KANDUNGAN MINGGU KE-8
Rupa bayi
sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung,
bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah
membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga
terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Pagi tadi ke klinik kesihatan untuk daftarkan kehamilan sekali buat buku pink, tiap kali ke klinik ataupun hospital dengan sendirinya rasa takut itu datang. Tak pasal-pasal tekanan darah aku naik..tenang-tenang sudah, tak payah nak gelabah. Tapi memang dari kecik macam tu la tiap kali pijak kaki ke klinik/hospital mesti berdebar semacam. Patut la aku tak jadi jururawat. ehe :)
**dulu nak sangat zuriat awal, sekarang baru aku dapat jawapan kenapa pada masa sekarang baru di beri zuriat, rupanya DIA mahu aku dekat dengan suami. Perancangan Allah itu maha cantik.. Alhamdulillah syukur padamu atas kurniaan rezeki yang tak ternilai ini
alhamdulillah.tahniah dear...jaga diri dlm trimester pertama ni...jgn aktif sgt k..
BalasPadamMakasih Puan Awin..
PadamSekarang dah tak aktif sangat dah
haiii sayang....waaaahhhh..best kan? tahniah sekali lagi..heheheh.....
BalasPadamAlhamdulillah perasaan yang bahagia sgt di saat dan ketika ini.chewah..
PadamAlhamdulillah..take care ye..makan makanan berkhasiat...minum susu ek..
BalasPadamCik mah pun sama, xlama lagi dah nak bsalin kan. harap semuanya dipermudahkan
PadamAlhamduliah... tahniah. Hapyy kan..kan..kan... teruja kan..kan..
BalasPadamTgk kat screen ada satu nyawa bergerak dlm tubuh kita.. ajaib dan menakjubkan.. hahaha.. akak sgt ingat perasaan itu.
Mesti sekrang rajin cari info kan..
Sila nikmati detik ini ya.. :D
Nong andy
iya kak nong,
PadamTengah happy skrg ni, tapi kena tenang-tenang jak, nda boleh jugak terlampau teruja. orang bilang nda bagus sebab baru lagi kan.
Yap perasaan itu hanya yang pernah rasa jak yang tau...
waahh..thousand like ni post!
BalasPadamAlhamdulillah..tahniah dear.. akhirnya kan.. betul, aturan Allah s.w.t itu sangat cantik..
please take care of urself. jangan buat dan angkat benda berat..
perasaan tu hanya Allah saja yg tau dear.. berbunga bungi. hihi..
Thanks Atie..
PadamMacam ni jugak perasaanmu masa mula-mula di sahkan pregnant dulu kan. Alhamdulillah diberikan rezeki ini..
Tahniah....
BalasPadamselamat menempuh saat2 manispregnant ya dik
teringat kenangan kita dulu...;)
Nanti da brsalin
rindu...;)
Ye kak AA,
Padammesti akak rindukan masa irfan masih dalam kandungan kan
sekarang dah ada depan mata, membesar dengan sihat..
permata hati tu kak :)
IM masih simpan buku pink anak-anak IM dulu. Kini lihat buku pin cucu IM pula...
BalasPadamSaudara IM,
PadamBuku pink masa saya kecik dulu pun masih ada lagi mak saya simpan..seperti tak percaya kini buku pink untuk generasi ketiga pula..
cepatnya masa berlalu
assalam...tahniah bakal menerima anugerah Allah yg tidak ternilai harganya...terima kasih sudi jadi follower blog karyaku....
BalasPadamWaalaikumsalam Paridah
PadamAnugerah berharga ni..
sama-sama dan terima kasih jugak sudi singgah :)
Assalamualaikum.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah.. Tak tahu nak cakap apa BT, hehehe. Tentu yang sedang dan pernah mengalaminya saja yg tahu betapa bersyukurnya bila dapat tahu ada insan bernyawa dalam badan kita.. :)
Eh, tak boleh nak bayangkan macamana perasaan tu.. :)
Waalaikumsalam Liana,
PadamBetul tu, nanti kamu sendiri juga akan merasa detik-detik sebegini..
kemana saja akan bersama si kecik dalam perut. Akan merasa gerakannya...Subhanallah..
Anugerah terindah dariNya
Dah semakin dekat. Jaga diri baik-baik.
BalasPadammasa berlalu tak sedar pun..
PadamTerima kasih :)
Alhamdulillah..semoga dipermudahkan semuanya..salam ukhwah bunga tulip yg mekar mewangi..
BalasPadamsyukur Alhamdulillah anajingga. salam ukhwah dari saya buat kamu jugak :)
PadamAs-Salam sis..
BalasPadamPertamanya nak ucap tahniah atas terbentuknya insan kecil dlm rahim kamu itu..and tq dtg singgah dan follow kat bloq akk...
salam kak eye_nee
Padamterima kasih, macam tak percaya ada satu nyawa lg dalam Rahim ni..salam kenal dari saya kak
Alhamdulillah semoga BT dan kandungan dilindungi Allah selalu hendaknya :)
BalasPadamTq follow akak... akak dah follow BT ye :)
terima kasih kak nur
Padammoga kita sentiasa dalam lindunganNYA
salam ukhwah :)
salam ziarah dan tahniahnyerr., eHHHee
BalasPadamterima kasih wak
PadamAlahamdulillah dan tahniah dari kakak..
BalasPadamJaga diri dan kesihatan dik. Awal-awal ni masih fragile kena jgn ligat ok.
Moga semuanya selamat..
Terima kasih atas ingatannya kakzakie
BalasPadammoga-moga selamat semuanya
Jaga kesihatan baik2 sis, jangan biar diri berada di dalam keadaan tertekan kena releks sentiasa... Akak doakan semuanya akan selamat dan akan lahir bayi yg comel nanti.
BalasPadamTahniah.
Salam Jas, Tahniah & i'm sooo happy 4u.. Semoga selamat semuanya yer. Doakan Kak zie pula yer selepas ni.. :)
BalasPadamTahniah!semoga segalanya dpermudahkan
BalasPadamJunAina~~terima kasih doanya kak Jun
BalasPadamAzie~~In Shaa Allah lepas ni rezeki kak Azie pla :)
Lavender~~kamu pun jaga diri dan kandungan ea
Assalamualaikum awak. alhamdullilah. jaga kesihatan baik2 ya. sheila singgah dan follow sini juga.. sheila masukkan awak dalam bloglist preggymom 2014 ya supaya senang sheila tengok mommies semua update news. heheee ~~~
BalasPadam