Khamis, 8 November 2012

Dari Melaka ke negeri Pahang...

Assalamualaikum..

Serasa macam lirik lagu tajuk entri kali ini..cuma kebetulan itu antara catatan perjalananku sepanjang 2 minggu kebelakangan ini. Raya Aidiladha tahun ni aku dan akak sekeluarga menghabis masa bercuti di negeri bersejarah itu. Sempat berkunjung ke rumah si dia mengeratkan lagi silaturahim yang sudah sedia terjalin.


kena naik beca, baru lengkap pecutian ke Melaka :)

Tiga hari berikutnya aku  mengikuti teambuilding di Taman Negara Pahang. Menyusuri Sungai Tahan menaiki bot mengingatkan aku pada tempat pertama mencari rezeki satu ketika dulu..SK Bilit, Kinabatangan. Suasana tidak jauh berbeza sungai dan hutan yang masih terpelihara saujana mata memandang.

dah naik beca kat Melaka naik bot la pulak kat sini

Menyusuri sungai menikmati keindahan alam, jauh dari segalanya, jauh dari keriuhan kota yang kedengaran cuma kicauan burung yang setia menghuni kawasan ini..bunyi air yang mengalir tenang dari hulu hinggalah ke hilirnya.

tiba di 'lubuk kelah' warna gelap di dalam air itu lah bayang-bayang ikan kelah :)


sungguh....aku teruja lihat keindahan dan kejernihan sungainya

3 hari yang ku rasakan cukup bermanfaat di sini.

 

***Sepanjang di sini kami tidak berkesempatan singgah di perkampungan orang asli. Mungkin di lain hari aku boleh kembali lagi bertemu mata dengan mereka.


8 ulasan:

  1. air sungai tu memang memukau... cantik... rasa nak gi rendam kaki jer kat sana :D

    BalasPadam
  2. saya dah rendam satu badan.ehe..sempat gak mandi di sini, airnya sejuk yang teramat.menggigil :)

    BalasPadam
  3. wah.. bestlah kamu kan.. :D

    BalasPadam
  4. Nong saya teringin p mandi kolam air panas d poring tu :D

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. bah jom kita p berendam sampai kecut heheheheh

    BalasPadam
  7. Memang cantik...kalau ade peluang sweetyz nak mai cney

    BalasPadam
  8. rs fresh je tgk...heee....blog walking here...singgah r blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko atau wat yg tersyg...

    BalasPadam