Jumaat, 19 Oktober 2012

Nikmat bahagia


Dewasa ini...
ujian hidup datang silih berganti
hadir menyapa tanpa di undang
 
terkadang...
terasa diri kembara sendirian
meniti hari membilang usia
berhadapan mereka yang punya sifat begitu dan begini
ah...sukar dimengertikan!
 

baru tersedar...
bersamaku ada keluarga yang sentiasa menyiram rasa kasih dan sayang
mendorong kala lemah,
membantu kala susah,
membayangkan wajah mereka sudah cukup buatku bahagia
 
Aku menSYUKURi kurniaanMU ini ya Allah
Terima kasih atas nikmat bahagia yang Engkau pinjamkan
 
Sayangi keluarga selagi mereka ada bersama kita..
 
 
 
Danau hatiku
~~bungaTulip~~
 

8 ulasan:

  1. Itulah kasih yg punya ikatan aliran darah tak mudah terlerai.

    BalasPadam
  2. betul tu Kakzakie..diorang yang sentiasa ada kala senang dan susah kita

    BalasPadam
  3. semakin meningkat usia... semakin banyak dugaan... insyaALLAH akan ditempuh selagi keluarga sentiasa menyokong...

    salam kenal dan follow sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga terus tabah meneruskan hidup, keluarga sentiasa ada di sisi. bahagiakan la mereka

      Padam
  4. >_< saya syg keluarga saya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yap CKJ keluarga adalah segalanya :)

      Padam
  5. bunga tulip dalam jambangan,
    dipandang orang sebelum kelayuan,
    baru sedikit ujian Tuhan,
    anggap ia rencam pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih IM
      realiti hidup beginilah..
      setiap ujian itu punya hikmah yang tersembunyi

      Padam