Selasa, 5 Ogos 2014

Syawal 1435H

Assalamualaikum..
 
 
 
Dah masuk Syawal ke 9 hari ini..Harapnya masih belum terlambat untuk aku menitipkan Salam Hari Raya buat semua. mohon kemafaan andai ada salah dan silap.. Dalam kita bertegur sapa di alam maya mungkin ada silap yang mana aku sendiri tidak menyedarinya.
 
Raya tahun ni sambutan agak sederhana, aku tidak pulang ke kampung halaman seperti tahun-tahun yang lepas. Cuma merayakan Aidilfitri di sini bersama suami, lagi satu faktor keadaanku yang tidak mengizinkan untuk berjalan jauh. 1 syawal yang lepas genap 9 bulan usia kandunganku. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan dapat jua berpuasa penuh dalam keadaan berbadan dua. Baby tidak banyak meragam..cuma sesekali perut mengeras, orang kata itu perkara biasa..selagi tidak memudaratkan tidak mengapa.

Raya pertama aku dan suami  ke rumah akak di Puchong, Selangor. Berjumpa emak di sana. Aku tahu jauh di lubuk hatinya dia rindu nak balik ke kampung. Rindu rumahnya yang sudah hampir setahun di tinggalkan, rindu saudara mara di sana, dan yang pastinya rindu akan suasana di kampung, yang sememangnya tidak akan sama dengan apa yang ada di sini. Sebenarnya sudah kerap kali emak menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung. Tapi buat masa ini kesihatan emak masih belum pulih sepenuhnya, kami adik beradik sepakat mahu mak terus tinggal di sini bersama akak. Biasa memang begitu orang tua mana mahu tinggalkan rumahnya, biar semua susah senang dia semahunya mahu berada di rumah sendiri..itu yang perlu kita paham.


 
 
Aku tidak menyambung cuti selepas Hari Raya..masuk Raya ke-3 dah mula kerja macam biasa. Cuti bukan tiada, tapi sengaja ku simpan yelah nanti bila dah ada baby mana tau kan kena ambil cuti selalu. kesihatan anak kita tak boleh nak jangka, itu antara nasihat kawan-kawan yang dah ada pengalaman..


**jika tiada aral melintang tahun depan boleh beraya di Sabah, masa tu balik beraya bertiga dah.. apa pun aku mengharapkan semoga dapat melahirkan 'cinta hati' ini dengan selamat. dah masuk minggu yang ke37, nurse bagitahu bila-bila masa baby akan keluar. doakan ye...


 
 

11 ulasan:

  1. Dah semakin hampir akak yea. Selamat hari raya. Jaga diri baik-baik. semoga dimudahkan urusan nak bersalin nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas ingatannya

      Padam
  2. Selamat hari raya untuk BT dan keluarga....

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Jas..
    apa kabar? tinggal tunggu hari ja lagi kan..semoga dipermudahkan yaa.. amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atie,
      yap menunggu hari dengan penuh sabar ni :) doakan ya..

      Padam
  4. Selamat Hari Raya!!
    view my latest entry
    http://bit.ly/cubahamil

    BalasPadam
  5. SHR juga dari IM. Kandungan yang keberapa tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kandungan yang sulung Pak IM

      Padam
  6. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    BalasPadam