Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Selamat menyambut Awal Muharram buat semua, semoga dengan kehadiran tahun baru ini kita semua dapat sama-sama 'menghijrahkan' diri ke arah yang lebih baik. In Shaa Allah.. saya sertakan sekali doa Awal dan Akhir Tahun untuk rujukan semua. Sekarang pun dah boleh baca Doa Akhir Tahun ni dah masuk waktu Asar dah. Selamat beramal :)
 
 
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun

 


 
 
 
 


Doa Awal Tahun di baca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"
 



Saya teringat bait-bait lirik dalam lagu sempena Maal Hijrah...

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

**Ya, hijrah harus kita mulai dari dalam diri kita sendiri. Moga terus menjadi Ummah yang mensejahterahkan dunia yang sekadar hanya persinggahan ini.



7 ulasan:

  1. Selamat mnyambut awal muharam

    BalasPadam
  2. Salam Maal Hijrah BT.... lama dah menjengah ke sini

    BalasPadam
  3. Salam Maal Hijrah BT. Terima kasih perkongsian ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama..harap dapat memberi manfaat buat semua

      Padam
  4. Salam Maal Hijrah Jastia.. :)

    jom berhijrah ke arah kebaikan. semoga dipermudahkan. amin.. :)

    BalasPadam