Khamis, 16 Mei 2013

Lilin seorang guru

16 MEI 2013
SELAMAT HARI GURU

Tiada kata yang selayaknya boleh digambarkan untuk menyatakan betapa besarnya budi dan jasa seorang guru, pengorbanan mendidik anak bangsa, ilmu di curah tanpa mengharapkan balasan. Hanya mahukan pelajar itu berjaya, itulah hadiah yang paling berharga buatnya.
 
5 tahun lepas aku pernah menjadi guru sandaran di kawasan pedalaman. Memang betul-betul menjadi lilin yang membakar diri. ehe.. pengorbanan untuk tinggal dan mengajar di sana meskipun dalam keadaan yang serba kekurangan.



Cuma berbekalkan air hujan sebagai sumber air bersih. Kalau hujan tak turun dalam masa yang lama, terpaksa mandi air sungai, bukan sungai yang jernih ada air terjun bagai, tapi air Sungai Kinabatangan yang menjadi habitat buaya, sungai yang menjadi laluan kayu balak yang sengaja di hanyutkan sampai ke hilir sungai. Silap haribulan ada jugak yang hanyut sekali :) 
 
Bekalan elektrik pula hanya pada waktu malam sahaja, jadi guru di kawasan pedalaman jiwa memang kena kental kalau tidak, mau hari pertama lapor diri terus nak minta hantar balik rumah mak. Namun, di sebalik kekurangan yang ada di kawasan pedalaman ada jua hikmahnya. Dapat pelajar yang sangat menghormati guru. Senang nak mengajar memandangkan mereka semuanya bersemangat  untuk belajar.
 
 
 
 
Aku mengharapkan moga satu hari nanti mereka akan berjaya, tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Mahu melihat mereka terus maju dan sama-sama merasai nikmat pembangunan di bumi bertuah Malaysia. In Shaa Allah..
 
***Tetiba jadi sedih bila teringat kisah Amira dengan bekas nasi goreng.. Harap pelajar seperti Amira mendapat bantuan sewajarnya. 

17 ulasan:

  1. Bukan lilin membakar diri dik tapi lilin menerangi / memberi cahaya pada kegelapan..

    BalasPadam
  2. ye kak, itulah maksud di sebaliknya..guru yang menerangi kehidupan dengan ilmu yang dicurahkan :)

    BalasPadam
  3. sebelum di serang stroke pada 2008, ibu_suri juga seorang guru.
    Guru tadika...

    Hari ini ramai anak muridnya sudah dewasa dan mendaki tangga IPT..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap ibu_suri terus di berikan kesihatan yg baik
      Selamat Hari Guru juga buatnya. Terima kasih Cikgu!

      Padam
  4. Wah BT pernah jadi cikgu eh.... seronok tengok gambar yg first tu... kiut jer anak2 murid posing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehe..yg ni cite 5tahun lepas. budak tahun 1, skrg mst sume dah besar panjang.nak amek UPSR dah :)

      Padam
  5. Salam.

    Biasanya, bila dalam keadaan susah, kita jumpa nikmat yg lain :)

    Kita lebih tahu macamana nak hargai sesuatu..cam BT, dapat anak2 murid yang lebih menghormati guru2nya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,
      Lana..selalu macam tu la, budak2 kat sana semua hormat cikgu, lalu depan kita pun diorang tunduk minta izin tumpang lalu..

      Padam
  6. terima kasih cikgu-cikgu sekalian :)

    BalasPadam
  7. Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik. Promosi dan GA jg sedang diadakn sempena pembukaan blog shop ini. Jangan lupa follow juga ye..

    Terima kasih =)
    http://hijab-valley.blogspot.com

    BalasPadam
  8. wah... awak pernah jadi cikgu. satu pengalaman yang menarik dan menguji diri... >_< bukan senang nak dapat pengalaman yang macam awak alami ni.. >_<

    BalasPadam
  9. Kerja yang sangat mulia. Mengajar yang tidak tau kepada menjadi tahu dan bijak.

    Semoga cikgu terus bahagia bersama murid2 tercinta.

    BalasPadam
  10. salam kenal,
    awak cikgu ke? sempat lagi tak nak wish selamat hari guru..hehe

    BalasPadam
  11. mulianya tugas guru..akak sampai la ni ingat jasa cikgu BM yg ajar akak mengarang..

    BalasPadam
  12. assalamualaikum,

    satu pekerjaan yang mulia, harap cikgu terus berbakti mencurah ilmu kepada anak2 murid dengan ikhlas..
    jasa mu dikenang ..

    BalasPadam
  13. pengorbanan guru itu tidak ternilai. Akan di kekang sepanjang hidup. Guru akan tetap dipanggil cikgu sehingga bila2.

    BalasPadam