Khamis, 19 Julai 2012

Asam pedas versi Sabah

Asam pedas? ehe bila sebut asam pedas je mesti teringat Melaka, begitu jua bila berkunjung ke Melaka mesti nak makan asam pedas kan..makanya asam pedas dengan Melaka memang tidak boleh di pisahkan :)

Pernah hari tu aku yang tak berapa reti nak masak ni saja nak cuba try taste, yelah selalu makan asam pedas air tangan housemate (anak jati Melaka) sekali sekala nak jugak merasa masakan sendiri.

Dengan gigih aku pun sediakan bahan-bahan yang diperlukan tapi tak ikut resepi sangat, menurut kata housemate je dia kan sumber rujukan bila aku nak masak. Bahan-bahan pun ikut apa yang ada kat rumah dan ini jelah yang mampu di sediakan...


2 ekor ikan untuk 2 orang makan...ok la kan


 ya...kami masih menggunakan lesung pipit batu. oldschool gitu kan


 
berbekalkan api nyalaan kuning yang sewenangnya menghitamkan periuk

Masak punya masak, gaul punya gaul dan bila rasa kuah sedikit pekat aku tambah lagi dengan air asam jawa, bila terlebih masam aku tambah lagi sedikit garam..bila semua sekali bahan dah masuk dalam periuk dan kuah dah nampak rupa asam pedas cecepat aku tutup api. Tak nak bagi bendi lembik dan ini la hasilnya...


asam pedas versi Sabah :)

Makan makanan yang di masak sendiri cukup puas hati kan, sedap tak sedap tolak tepi la yang penting kita sendiri yang masak :) bila selalu masak lama-lama pandai la kan kira dah boleh kawin dah tu..

7 ulasan:

  1. eheheheh!!saya pn selalu masak asam pedas simple mcm ni je ..sedap jgkkn,ngeheheh!!!

    BalasPadam
  2. ehe..yg simple2 pun sdap jugak kan, dah bahan ni je yang ada :)

    BalasPadam
  3. Salam...Ai tak kan tunjuk gambar masak asam pedas tu,,anta ler kat sini nak rasa..

    BalasPadam
  4. yummy..sedap cicah roti ni kuahnya ni../

    BalasPadam
  5. ni namanya asam pedas di leda hahaha

    BalasPadam
  6. dulu masa rajin masak, selalu jugak masak asam pedas ni..tp skng bila malaaas masak, ehm telan liur jak la tgk gambar di atas. :)

    BalasPadam
  7. AbilFikri~~Asam pedas x berapa nak sedap ni.ehe..
    WWK~~ahaha..ok la kan ada gak rupa asam pedas :)
    Atie~~Masa tgh rajin tu cecepat la cuba resepi lain pla

    BalasPadam