Selasa, 31 Mac 2015

Selamat Ulang bulan ke 7

Assalamualaikum...
 
 
Salam semuanya..sudah penghujung bulan tiga rupanya. suku tahun blog ini ditinggal sepi tanpa ada sebarang update terbaru..
 
Alhamdulillah semalam genap ulang bulan anak mama yang ke 7. Selama 7 bulan jugak Ammar Muhammad ku berikan 'titisan emas'. Harapnya dapatlah aku berikan sehingga dia dua tahun kelak.
 
 

Sibuk sekalipun..mama tetap akan selit sedikit masa untuk bekalmu sayang..
 
 
Sepanjang tempoh penyusuan ini aku jua pernah kecewa bilamana stok susu yang ku simpan semasa cuti bersalin rosak kesemuanya lebih kurang 400 oz jugak..kalau di kira-kira lebih kurang 80 botol penuh. Rasa nak nangis bila tau susu dah rosak (kes tertutup suis deep freezer masa balik kampung kat Sabah haritu) Aku fikir dari sudut positif, aku pujuk diri walaupun susah sebenarnya aku nak terima kenyataan yang kesemua susu tu dah rosak.uwaa..sedih
 
Mana tidaknya hampir setiap malam aku bangun semata-mata nak pam susu buat stok dengan harapan bila aku dah naik kerja nanti aku tidak perlu kelam kabut mengejar stok untuk bekal Muhammad ke rumah ibu pengasuhnya.ah...xmo la ingat cerita sedih tu lagi..sebab sekarang stok susu Muhammad dah cukup :) Syukur

 
 
 
tinggal kenangan...ini la stok susu Muhammad yang rosak tu



Aku akui bukan mudah sebenarnya untuk terus konsisten, kekuatan diri itu yang paling penting. Aku dari awal-awal mengandung memang dah pasang niat untuk terus susukan Muhammad.Alhamdulillah masih ada rezki untuk dia. semoga sentiasa cukup untuk bekalnya sehingga 2 tahun..perjalanan penyusuan masih jauh .


***oh ya harini dah 31 Mac 2015..selamat ulangtahun ke 37 buat abang sulung En. Jasman @ bapa sarah.. semoga terus diberikan kesihatan yang berpanjangan, bahagia di samping keluarga tersayang.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum awak. alhamdullilah. saya pun pernah stok rosak sebab dah lebih 3 bulan tak kerja haritu. lupa nak bagi ebm, asyik direct je. 10botol penuh buang. tu pun rasa down. lagi lah kes awak ni, banyaknya terbuang. takpelah.. masih ada rezeki Ammar Muhammad. teruskan bf ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam Sheila.kan...org yg pena rasa je tau cmne perasaan bila tpaksa buang susu yg dah rosak tu. xpelah anggap je takde rezeki...mungkin ada yg lebih baik untuk anak kita nanti. yang penting set nak susukan smpai 2 tahun ye :)

      Padam
  2. selamat ulang bulan dari dari maktok ya
    singgah follow bunga tulip disini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih maktok..
      mama kita dah singgah blog maktok jugak :)

      Padam
  3. Balasan
    1. hai uncle ewan..nak kawan dgn kak dina boleh?

      Padam
  4. Selamat hari Lahir.. Jadi anak yang solah yea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks untie..in shaa Allah kata Ammar Muhammad :)

      Padam