Selasa, 2 Disember 2014

Kembali selepas tiga bulan

Assalamualaikum...
 
Sepanjang tempoh 3 bulan banyak yang berlaku, dari berbadan dua hingga sekarang sudah bertiga :) Alhamdulillah aku sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 30 Ogos 2014 yang lalu..nampaknya dia keluar awal sehari dari tarikh jangkaan doktor..kalau si anak bertahan  sehari lagi boleh jadi 'Anak Merdeka'. takpe la yang penting semuanya selamat dan di permudahkan.
 
Sudah 3 hari aku naik kerja selepas cuti bersalin 3 bulan..masih mencari-cari mood kerja, tetiba rasa macam pekerja baru tak tau apa.. kebetulan office masih under renovation, dibesarkan bagi menampung penambahan ahli baru selepas penggabungan dua Bahagian, rakan sekerja pun makin bertambah dan aku harap moga semuanya boleh memberikan kerjasama yang baik.
 
Sesekali fikiran melayang terkenangkan si anak yang sudah 3 hari ku hantar ke rumah ibu pengasuhnya (bermula Jumaat lepas 28/11/2014). Alhamdulillah dia sepertinya serasi duduk di sana. bersabarla anak..bukan mama sengaja tinggalkanmu, mama harus bekerja sayang!

Assalamualaikum..nama kite Ammar Muhammad.
mama cuti 3 bulan rasa macam 3 ari je :P 
 
Semoga anak kita sentiasa dalam lindunganNya.. bersangka baik dan berterima kasih pada pengasuh semoga lembut hatinya menjaga anak kita seperti menjaga anak sendiri. Betul la orang kata menjadi seorang ibu harus kuat fizikal dan mental. Bangun berjaga di tengah malam perkara biasa, Amanah ini hanya pinjaman sementara semoga diri diberi kekuatan untuk membesarkan Anugerah terindah ini.. Begini rupanya perasaan seorang wanita bila sudah bergelar ibu..penat macam mana sekalipun diri akan jadi kuat juga demi anak yang tersayang.



**Melayan ragam anak kecil itu sebenarnya menyenangkan dan membahagiakan  andai kita menjadi seorang ibu yang bersabar.
 
 

13 ulasan:

  1. tahniah dah dapat baby...kena ajar bahasa bugis ini...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..mesti di ajar bahasa ibunda tu.ehe..walaupun surat lahirnya tercatat bangsa Melayu :)

      Padam
  2. tahniah... tak lama jer nanti.. 3 tahun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Pak IM..cepat sungguh anak membesar.

      Padam
  3. masa mula mula htr rumah pengasuh ni mesti rasa mcm nak balik keje cepat cepat je kan sebab dah mula rindu kat anak:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau je kan...memang begitulah. bila jam dah pukul 5 lebar je senyuman nak melangkah pulang :)

      Padam
  4. Alahai comeynya Ammar.. :)

    Ammar nda sabar mau keluar ba tu ibu..hehe..nda jadi anak merdeka pun xpa la. jadi anak malaysia jak. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Auntie Atie...
      Nda pa la bilang yang penting Ammar sudah selamat. Lusa Ammar mo balik kg jumpa nenek di Sabah pla

      Padam
  5. Assalam BungaTulip
    Setinggi-tinggi tahniah atas ketibaan ahli baru dalam famili! Semoa semua sihat sejahtera selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Pak Temuk..
      terima kasih, ya ahli baru yang menjadi kesayangan semua.
      semoga Pak Temuk sekeluarga sentiasa dalam lindungan DIA..diberikan kesihatan yang berpanjangan.

      Padam
  6. Thniah BT, selamt membesarkan Ammar menjadi anak soleh, semoga urusan diprmudahkan

    BalasPadam
  7. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    BalasPadam