Khamis, 20 September 2012

Ucapan yang tertunda

Assalamualaikum...

Syawal yang sebulan kita raih sudah berlalu sebenarnya..arini dah 4 Zulkaedah..aci lagi tak nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' pada semua.Yelah terkadang tanpa kita sedari ada tutur kata mahupun perbuatan kita yang mengguris hati orang lain..


Raya bersama 'cucu kembar' @ 21 Ogos 2012
  
Walaupun perkenalan sekadar di alam maya ku mohon maafkan segala silap dan salah. bermaaf-maafan kan amalan mulia
 
bersama bonda..tahun pertama beraya tanpa arwah Bapa di sisi
 
 Tahun ni sempat beraya di kampung halaman 6 hari sahaja, tidak seperti tahun-tahun yang lepas menghabis masa di desa nan indah sehingga 2 ke 3 minggu lamanya. Raya ke-8 bertolak ke negeri Terengganu Darul Iman menghadiri kursus walaupun mod raya masih menguasai diri diketika itu..
 
 
buah tangan dari anak-anak Terengganu.Senyum sokmo dapat selendang pashmina


Kursus kali ini majoriti peserta dari Pantai Timur, ada yang bergelar ustaz ada jua ustazah yang kebanyakan mereka adalah guru di sekolah agama. Pengalaman dapat bekerjasama dengan kalian cukup indah untuk di kenang, banyak ilmu yang dikongsikan bersama.Terima kasih atas ukhuwah yang terjalin..


**bulan syawal tahun ni agak sibuk sebenarnya dari Sabah g Putrajaya g Terengganu g Melaka g Putrajaya balek sumanya dalam tempoh sebulan. Baru berkesempatan menjenguk blog..ulangtahun pertama blog pun sudah terlepas.aishhh..

6 ulasan:

  1. selamat hari raya jugak....
    takpe bahang2 raya masih terasa di bulan baru ni...masih leh wish...heehehe
    cucu-cucu?? tul ker?

    BalasPadam
  2. Tahniah dapat 'cucu kembar'. Semoga semuanya sihat.

    Selamat hari raya.

    BalasPadam
  3. Ena~~yap ni dah pangkat cucu dah :)
    Kak Ani~~Alhamdulillah semua sihat walafiat, makin membesar 'cucu kembar' ni

    BalasPadam
  4. tahniah dapat cucu :) syieda anak pun belum lg ni. hihihi anak sendiri lagi la jauh.. :)

    BalasPadam
  5. Bahang raya masih terasa suam-suam kuku... takpe ucapannya lambat sikit... janji ada ingatan

    BalasPadam
  6. hi...blog walking here...singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    BalasPadam