Siang tadi aku baru je Sampai dari Sarawak setelah berkampung 6 hari di sana..Esok aku dah mula kerja. Adoi rasa malas menguasai diri..aku kena gak tido awal malam ni agar esok aku dapat bangun g keja dengan senang hati sambil tersenyum simpul.hehe..
Pemergian aku ke bumi kenyalang atas urusan kerja sempena Sarawak Regatta Expo 2011..aku mendapat arahan itu semasa aku masih di kampung. mahu tak mahu aku kena gak pegi walaupun poket sedikit kering memandang kan Hari Raya yang baru saja berlalu..ahaha...apa kaitan Hari Raya dan poket kering?? sendiri mo ingat la kan, aku pasti korang paham.hehehe...sabar la nak :)
Sebelum Regatta..sempat lagi diorang wat latihan kayak
Sepanjang di Sarawak hari tu ada la jugak sedikit gambar yang sempat aku tangkap..Yang paling aku ingat makanan dia.huh memang terbaik la. saje nak cari makanan yang susah nak jumpa dan yang hanya ada di Sarawak. Antaranya Ayam Penyet
made in Rj Ayam Penyet Kopitiam..terbaek la
Nasi + Ikan Bawal Bakar
Mee Kolok Sarawak
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak ni berbeza dengan Laksa yang ada kat Semenanjung ni sebab kuah die guna santan. rasa pun masam sedikit. lagi pekat kuah die rasa pun makin sedap tambah dengan isi ayam dan udang sekali. Laksa kat sini pla guna isi ikan. amat berbeza.. Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian makanannya..I love Malaysia :)
So korang-korang yang ada menyimpan niat untuk berkunjung ke Sarawak silakan cuba menu seperti yang dinyatakan di atas..tak rugi tau.harga pun berpatutan..ikut selera masing-masing la. macam aku ni jenis yang suke nak mencuba makanan yang tak pernah makan..kire tolak kayu ngn besi jelah yang lain semua bleh masuk :)
Okey la sekian entri makanan untuk hari ini. haha.. nanti ada kesempatan leh sambung cita lagi..nak tidur dah. gud nite.oppsss sebelum tu saje nak tempek gambar tuan punya blog.hehe...masa ni dah nak balik sempat lagi tangkap gambar..
cakkKK..
Mood: Malasnya nak keja esok. aci ke nak EL :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan