Selasa, 9 Disember 2014

Bercuti lagi

Assalamualaikum..

Jika tiada aral melintang esok aku akan mula bercuti..segan sebenarnya nak bercuti lagipun aku baru saja mula kerja selepas cuti bersalin 3 bulan..maafkan daku boss, kali ini aku terpaksa ambil cuti sebab hujung tahun begini mood balik kampung semakin membuak.ehe..lebih-lebih lagi kali ini kami pulang bertiga bersama 'orang baru'..

Cuti selalu ku manfaatkan untuk balik kampung :)

 
Dalam perancangan nak buat majlis Akikah sekali dah alang-alang balik kampung kan. kebetulan abang dan kakak semuanya balik. dapatlah kami 3 beradik berkumpul bersama. bukan senang nak berjumpa dalam satu masa tambah-tambah lagi bila semua dah kahwin. Kadang Hari Raya pun kami tidak dapat berkumpul semua sekali..
 
Dalam aku kalut tak sabar nak balik kampung, aku jua perlu siapkan semua kerja-kerja yang berkaitan dengan kewangan.  Semua kena di siapkan baru dapat bercuti dengan tenang tanpa fikirkan masalah kerja. ah.. cakap tu macam pekerja cemerlang kemain lagi.



6 ulasan:

  1. Wah, ada kolum khas cuti 'balik kampung'...

    5 hari cuit balik kg...mewah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. catatan balik kampung tu saya yg letak..
      maklumla kampung jauh seberang laut
      bila nak bercuti panjang, boss boleh pertimbangkan :)

      Padam
  2. Memang seronok jika bercuti dan balik kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yap seronok..tapi yang tak bestnya bila cuti dah berakhir dan terpaksa tinggalkan family di kampung

      Padam
  3. cuti seminggu macam tak cukup je..lain kali balik kg lagi

    BalasPadam
  4. betul... bila adik bradik dah besar, dah kerja, walaupun dekat, bukan senang nak dapat berkumpul ramai2 semua ada... kalau dapat tu memang rezeki la tu..

    BalasPadam