Bila sebut nama Lahad Datu pasti kita akan teringat dengan 'peristiwa itu'. Aku sendiri seperti tidak percaya perkara sebegini telah berlaku di daerah kelahiranku, tempatku dibesarkan, bertatih jatuh dan bangun semuanya bermula di sini..Terkadang kita lupa keamanan yang kita kecapi hari ini semuanya akan direntap sekelip mata andai kita sendiri tidak berusaha mempertahankan nikmat yang kita miliki hasil perjuangan mereka yang terdahulu.
Sekarang semua serba ada, bangun tidur semua sudah tersedia di depan mata. Mungkin itu yang buat kita leka kita alpa kita merasa sudah cukup selesa sedangkan musuh cuma menunggu masa ingin merobek keamanan yang kita pelihara sejak sekian lama di bumi bertuah Malaysia.apesal aku tetiba emo ni.adei...
trak tentera, pemandangan biasa di sana..
Sepanjang perjalanan pulang dari airport Tawau ke Lahad Datu aku sempat menangkap gambar, Lapangnya hati bila sudah berpijak di daerah ini. seakan lupa kejadian sebenar yang berlaku disini.
Teringat kawan kat office, semuanya tak bagi aku balik kampung. risau akan keselamatanku (untunglah ada kawan yang ambil berat) Siap ada yang kata 'tak takut kena tembak ke'? ehe.. tidak mengapalah niat aku balik kampung cuma satu, mahu menziarahi emak yang masih kurang sihat..Sempat jugak menghantar emak ke hospital sewaktu bercuti hari tu..
Hospital di buka seperti biasa cuma agak lengang orang pun tidak ramai
sampai kat pusat bandar, lalulintas sudah mulai sesak
Kali ini pulang bercuti tidak lama, cukuplah sekurang-kurangnya dapat berjumpa emak dan merasa sendiri suasana di sana. Takut dan risau itu memang ada cuma dengan kehadiran anggota keselamatan yang berkawal menambahkan lagi keyakinan semua di sana.
***hargailah keamanan yang dikecapi kini. Moga bumi Malaysia terus terpelihara hari ini, esok dan selamanya